"Morning mama." sapa Mim kepada mamanya. Pipi mamanya dikucup.
"Morning." balas Puan Maznin. Dia tersenyum.
"Adik dah siap?" soal mama.
"Dah." Mim makan roti bakar yang dibuat oleh mama.
"Nah lunch box." Puan Maznin memberi bekas makanan kepada Mim.
"Wah.. Mama buatkan lunch? Thank you mama." Mim gembira. Dia masukkan bekas makanan itu dalam tote bag miliknya.
"Sama-sama. Nanti kongsilah dengan kawan adik." pesan Puan Maznin.
"Okay ma." balas Mim.
Setelah itu, mereka pun menaiki kereta dan bertolak ke kolejnya. Seperti yang dibualkan semalam, mama yang menghantar Mim ke kolej pada hari ini.
"Okay ma. Adik pergi dulu." Mim salam tangan mamanya.
"Balik nanti adik nak mama ambil tak?" soal Puan Maznin. Mim menggeleng.
"Tak kot. Adik naik bas je." kata Mim. Orientasi tu tidaklah lama mana. Beberapa jam sahaja. Kalau mama ambil mesti kena tunggu lama sebab mama mesti ambil lepas balik kerja.
"Okay. Take care." kata Puan Maznin.
"Okay ma, bye." kata Mim. Dia pun turun dari kereta mama.
"Bye ma." Mim lambai ke arah mama. Kereta mamanya pun berlalu pergi.
Hari ini dia rasa semangat sikit. Semalam dia tidak mimpi apa-apa. Mungkin sebab dia selesa tidur disebelah mama. Malam-malam pula dia cuma terjaga untuk ke tandas dan minum air.
Dia nampak juga ada kelibat diluar pintu bilik masa ke tandas. Tetapi dia buat bodoh je. Orang kata jangan tegur.
Mim pun berjalan masuk ke bangunan kolej. Dia sampai awal. Rakan yang lain belum ada lagi. Mungkin ada yang sudah masuk dewan.
"Tu.. Ziqry.." kata Mim. Dia nampak Ziqry dari jauh. Dia pun menghampiri Ziqry.
"Ziqry." panggil Mim. Ziqry senyap sahaja.
"Ada orang kata dia nak awak jumpa dia. Nama dia.." Mim cuba untuk mengingati nama orang yang dia jumpa sebelum ini.
"Apa nama dia eh?" bisik Mim.
"Hah.. Fiq! Fiq kata dia nak awak jumpa dia." kata Mim. Ziqry mengangguk dan berlalu pergi. Dia tak cakap apa-apa pun. Senyap je.
"Hm.." Mim pelik dengan kelakuan Ziqry.
"Takpelah." Mim terus masuk ke dewan Tunku Jalal. Ada beberapa pelajar dalam dewan tersebut. Beberapa orang fasilitator pun ada. Justin pun ada. Nampak saja Justin Mim menunduk. Dia takut.
"Hi Mim." tegur Feera.
"Hi kak." balas Mim. Mim duduk dikerusi yang disediakan.
"Akak dah lama sampai?" soal Mim.
"Bolehlah." jawab Feera.
"Oh.." Mim mengangguk.
Suasana dewan senyap sunyi. Feera pula sedang membaca novel. Malas pula Mim nak kacau.
"Bosan pulak." bisik Mim.
Mim pun mengambil buku mewarna yang ada didalam beg. Dia pun ambil pensel warna sekali. Buku mewarna ni dia beli kat kedai buku. Begitu juga pensel warna tersebut.
Mim memang suka mewarna dari dulu lagi. Dulu dia paling suka masuk pertandingan mewarna. Banyak juga dia dapat hadiah. Boleh dikatakan mewarna adalah hobi masa lapang Mim.
Mim mewarna bukunya sementara menunggu sesi orientasi bermula. Sedang Mim mewarna terdapat beberapa titisan jatuh pada kertas bukunya.
"Apa ni?" bisik Mim.
"Darah?" soal Mim. Dia pegang darah tersebut. Dia terkejut dan pandang sekeliling. Tiada apa-apa.
"Mim.. Awak okay tak?" soal Feera. Feera nampak terkejut.
"Hah?" balas Mim.
"Hidung awak tu berdarah." kata Feera.
"Hidung kita?" soal Mim. Dia pegang hidungnya. Ye, ada darah.
"Nah ambik ini." Feera menghulurkan beberapa keping tisu.
"Terima kasih." Mim terus berlari ke tandas.
"Kenapa tu?" soal fasilitator Syahida.
"Hidung dia berdarah." kata Feera.
"Hidung berdarah?" kata Syahida.
Mim terus masuk ke dalam tandas. Tandas kosong tiada orang.
"Kenapa pula ni?" soal Mim. Hidung dia tak rasa sakit pun. Dia pun tidak rasa apa-apa. Pening pun tidak.
Mim menunduk dan pili air dibuka. Mim basuh hidungnya. Setelah itu dia tegakkan badannya semula.
"Tolong.." kedengaran suara seorang perempuan. Sudah.
"Alamak.." Mim jadi cuak.
Tiba-tiba dia nampak bayang seorang perempuan didalam cermin. Tangan perempuan tu berdarah.
"Aduh." Mim gigit bibirnya. Dia pejam matanya. Dia takut.
"Tolong saya.." kata perempuan tu.
"Ni mimpi." kata Mim. Biasanya perempuan tu muncul dalam mimpi Mim.
"Mim?" tegur perempuan itu.
"Alamak dia tahu nama aku." bisik Mim.
"Mim.. Awak okay tak?" soal perempuan itu.
"Eh macam lain je suara." bisik Mim. Dia buka matanya.
"Fasi Syahida." kata Mim.
"Awak okay tak?" soal Syahida.
"Okay. Okay." kata Mim. Syahida bawa Mim keluar. Mim direhatkan sementara waktu.
Mim sertai orientasi itu setelah fasi telah yakin yang Mim benar-benar okay. Mim pun sudah makan bekal yang disediakan mamanya. Dia pun dah bagi makanan itu pada Auni. Mamanya buat ayam goreng dan bebola keju goreng.
Orientasi hari ni macam biasa sahaja. Ada beberapa permainan dan juga aktiviti. Antaranya permainan teka teki makanan kegemaran. Caranya setiap pelajar perlu buat gaya makanan kegemaran masing.
Mim suka ayam goreng. Tapi dia malu pula nak buat gaya ayam jadi dia buat gaya makan pizza je senang. Lepas tu ada sesi membalas pantun.
Orientasi hari ketiga pun sama sahaja. Cuma aktiviti yang berbeza sikit kerana ia orientasi hari terakhir. Orientasi ini lebih santai. Para pelajar diberi peluang untuk berkongsi cerita pada hari ketiga ini. Ada cerita suka dan duka. Mereka pun diminta beritahu apa yang mereka dapat sepanjang orientasi itu berlangsung.
Mim cuma ceritakan kisah suka. Dia gemuruh tapi dia paksakan sahaja. Hal ini kerana setiap pelajar diwajibkan untuk naik ke pentas dan bercerita.
"Okay thank you." kata Justin sebaik sahaja pelajar terakhir berkongsi cerita.
"So. Aku dan fasi yang lain nak minta maaflah kalau kita orang ada salah dan silap. Kot-kot ada yang terasa." kata Justin.
"Lepas ni, good lucklah untuk korang." kata Justin. Pelajar lain mengangguk.
Mereka bersalaman antara satu sama lain. Lelaki salam lelaki dan perempuan salam sesama perempuan.
"Yes, akhirnya habis pun." kata Auni.
"Yup." balas Mim. Dia gembira sangat.
Lepas ni Mim tidak perlu lagi bertentang mata dengan Justin. Walaupun Justin ada dikolej yang sama tetapi mesti tak terserempak sangat. Hal ini kerana Justin pelajar ijazah. Manakala Mim pelajar diploma.
"Jumpa minggu depan." kata Auni.
"Alright. Jumpa minggu depan." kata Mim. Dia melambai ke arah Auni.
Setelah itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Mim macam biasa pulang ke rumah dengan berbasikal. Mim tidak sendirian lagi kerana pembantu rumahnya sudah pulang dari kampung.
"Assalamulaikum Chik Yan." sapa Mim.
"Waalaikumsalam." balas Chik Yan.
Chik Yan wanita dalam lingkungan 40 an. Dia baru sahaja bekerja dengan keluarga Mim, baru tiga tahun. Tapi Mim selesa dengan Chik Yan. Chik Yan pun baik dengannya.
"Mim nak makan?" soal Chik Yan.
"Err.. Jap lagi lah chik. Kita nak mandi dulu." kata Mim.
"Okay, kalau nak makan nanti bagitahu achik." kata Chik Yan.
"Oh takpe chik nanti kita lapar kita ambik sendiri. Achik rehat je." kata Mim. Dia dah biasa buat sendiri. Lagipun kesian Chik Yan asyik buat kerja je.
"Okay." balas Chik Yan.
Share this novel