Bab 8

Romance Series 410

Setelah tiga jam didalam kelas akhirnya kelas tamat juga. Mim kemas barangnya dan keluar dari kelas. Dia bersembang sebentar dengan rakan baiknya Auni diluar dewan kuliah.

"Tak sangkakan nak dekat seminggu kita masuk kolej. Rasa macam baru semalam kita orientasi." kata Auni.

"Ye betul tu." kata Mim.

"Masa berlalu cepat betul. Assignment pun dah mula banyak. Hmm.. Lepas ni kena siapkan lah. Err.. Mim nanti kita bincang eh pasal assingment kumpulan tu." kata Auni. Mereka dalam satu kumpulan dalam membuat tugasan.

"Okay. Boleh je. Nanti Auni whatsapp je kita bila nak buat." kata Mim.

"Okay.. Rasanya kita buat lepas kelas hari Isnin nanti. Sebab cuti Sabtu Ahad saya kena balik kampung. Ada kenduri." kata Auni.

"Oh boleh je. Lagipun lambat lagi kena hantar." kata Mim. Auni mengangguk.

"Hi Mim." sapa Fiqry. Mim dan Auni terkejut. Mereka saling berpandangan.

"Fiq?" soal Auni. Dia pelik.

"Mim kawan dengan Fiq ke?" bisik Auni. Dia tertanya-tanya.

Fiqry hanya membalas dengan senyuman. Dia tidak mahu menjelaskan apa-apa walaupun dia tahu yang Auni mesti pelik apabila dia tiba-tiba sahaja muncul disini.

Suasana senyap sunyi jadi Auni minta diri terlebih dahulu. Dia tahu dia cuma orang ketiga antara Mim dan Fiqry. Tentu ada sesuatu yang mereka ingin bualkan dan tidak mahu Auni terlibat.

"Err.. Takpelah saya balik dulu ye Mim. Jumpa minggu depan." kata Auni.

Kelas dah habis untuk hari ini. Hari ni ada kelas pagi je. Sabtu Ahad pula tiada kelas. Maknanya minggu depan barulah Mim dan Auni dapat jumpa lagi.

"Err.. Okay. Hati-hati tau." kata Mim. Dia serba salah pula dengan situasi ini.

Setelah Auni pergi, Min pandang Fiqry.

"Apa?" soal Fiqry.

"Tak pergi solat Jumaat ke?" soal Mim. Apalah yang Fiqry nak pula ni?

"Baru pukul 11. Awal lagi." kata Fiqry.

"Jom ikut aku." kata Fiqry tanpa berlengah lagi.

"Pergi mana?" soal Mim. Dia nak balik. Baru dia nak happy-happy sebab kelas dah habis. Fiqry pula muncul. Dahlah dia tengah lapar sekarang ni.

"Kau lupa?" soal Fiqry. Baru beberapa hari lepas mereka berjumpa. Fiqry ada beritahu sesuatu. Tidak sangka Mim sudah lupa.

"Lupa? Lupa apa?" soal Mim. Dia tidak ingat langsung.

"Hmm.. Memang patut pun aku jemput kau hari ni." kata Fiqry sambil menggeleng.

"Oh. Yang tu. Kita tak janji apa-apa pun." kata Mim. Baru dia teringat. Tapi dia tak berjanji pun. Setuju pun tidak.

"Jom." kata Fiqry. Mim berdiri tegak sahaja. Hendak pergi ke mana pula ni?

"Kau nak ikut ke tak nak? Kalau tak aku heret kau." kata Fiqry. Terpaksalah dia berkeras sedikit. Dia mahu menyelesaikan hal ini dengan cepat. Lagi cepat lagi bagus.

"Haish. Dua beradik ni sama je. Suka kacau aku. Sorang hantu, sorang lagi manusia. Macam tiada beza je." bisik Mim. Mim sudahlah banyak masalah. Fiqry nak tambah dengan masalah Ziqry pula.

Mim pun terpaksa juga ikut. Mereka duduk distudent zone. Ada jugalah beberapa pelajar disitu. Mereka pandang memandang. Mim jadi malu. Sudahlah si Fiqry ni senior. Pelajar ijazah pula tu. Mim pula budak diploma. Mesti dorang pelik nampak Mim ada dengan Fiqry.

Nanti dorang fikir bukan-bukan macam mana? Haih. Rosaklah reputasi Mim dimata pelajar kat kolej ni. Sudahlah dia baru masuk belajar. Baru masuk sudah ada isu. Haish.

"Kenapa kena datang sini eh?" soal Mim. Dia tidak selesa apabila pelajar lain memandangnya. Macam dia ada buat salah besar sahaja.

"Kenapa?" soal Fiqry. Dia pelik tengok Mim.

"Tak nampak ke buat-buat tak nampak?" soal Mim. Fiqry memandang sekeliling. Rupanya mereka berdua diperhatikan. Fiqry mengeluh.

"Jumpa kat library." kata Fiqry. Dia bangun.

"Hah?" soal Mim.

"Aku pergi library. Lepas tu kita jumpa kat sana. Sekarang!" kata Fiqry. Dia pun berlalu pergi. Dia memang nak jumpa Mim hari ini.

Beberapa minit Mim pun ke perpustakaan. Mim ambil buku dirak secara rawak dan duduk dihadapan Fiqry.

"Asal lama sangat?" soal Fiqry.

"Oh. Saje." kata Mim. Fiqry senyap.

"So.. Kau boleh tolong aku ke tak ni?" soal Fiqry.

"Err.." Mim tidak tahu. Susahlah.

"Takpe aku cerita dulu pasal Ziqry. Lepastu kau decide." kata Fiqry. Lepas Mim dengar cerita Fiqry mesti Mim akan terpanggil untuk membantu. Mim mengangguk.

"Macam yang kau tahu aku dan Ziqry adik-beradik. Aku abang dan dia adik. Dia satu-satunya adik yang aku ada. Kita orang dua beradik je." kata Fiqry.

"Sebelum ni family kita orang okay je. Bahagia. Gembira. Tapi lepas Ziqry meninggal. Semuanya berubah. Mak bapak aku sedih. Terutamanya mak akulah. Dia sedih sangat. Orang luar buat cerita macam-macam pasal kematian Ziqry." kata Fiqry. Dia nampak sedih.

"Sebab tu aku nak minta tolong kau. Aku nak bersihkan nama Ziqry. Dia tidak layak terima semua gosip-gosip buruk tu.." kata Fiqry. Dia pandang Mim.

Sebagai abang dia kecewa sangat apabila kematian adiknya menjadi bualan orang lain. Orang yang tidak tahu apa-apa pun sibuk buat cerita itu ini. Kalau cerita yang baik okaylah juga tapi ni cerita negatif.

"Oh.." balas Mim. Dia jadi kesian pada Ziqry. Tapi apa yang boleh Mim lakukan?

"Tapi kita bukannya tahu apa-apa pun. Macam mana nak tolong." kata Mim. Dia bukan sahaja tidak tahu apa yang berlaku. Dia sendiri langsung tidak tahu pasal Ziqry. Kenal secara peribadi pun tidak.

"Sigh." Fiqry mengeluh. Betul juga kata Mim.

"Kau tanyalah Ziqry." cadang Fiqry.

"Tanya dia?" soal Mim. Fiqry mengangguk.

"Kau kan selalu jumpa dia." kata Fiqry.

"Err.. Yelah nanti aku tanya dia. Tapi jangan expect macam-macam." kata Mim. Entah macam manalah Mim nak tanya. Ziqry tu muncul ikut suka hati dia je.

"Okay.. Takpe. Kalau ada apa-apa terus bagitahu aku. Nah." Fiqry bagi kitkat dan sekeping kertas. Pada kertas itu tertera nombor telefon Fiqry.

"Kau boleh call atau mesej aku bila-bila masa je." kata Fiqry.

"O..kay. Terima kasih." ucap Mim. Fiqry pun berlalu pergi.

"Hmm.." Mim rancang nak duduk dekat perpustakaan sebentar. Alang-alang tu dia nampak pinjam buku. Dia lihat buku yang dia ambil tadi.

"Mimpi atau realiti?" Mim baca tajuk buku itu.

"Macam menarik." Mim buka dan baca buku itu.

"Beza mimpi dan realiti. Mimpi adalah mainan tidur dan boleh berubah. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu yang pertama mimpi yang benar. Kedua mimpi mainan syaitan dengan tujuan untuk menakutkan atau menyedihkan anak Adam. Yang ketiga mimpi yang terkesan daripada kehidupan nyata dan realiti manusia sehingga dibawa ke dalam tidur." Mim baca dalam hati.

"Aku yang kedua.." kata Mim.

"Mimpi yang benar merupakan khabar yang baik daripada ALLAH SWT, manakala mimpi daripada syaitan ialah mainan tidur yang didatangkan untuk tujuan menakut dan melemahkan iman anak Adam." Mim baca lagi.

"Realiti pula perkara benar yang terjadi semasa manusia sedar." kata Mim.

"Hmm.. Aku rasa aku dah tahu nak pinjam buku apa." bisik Mim.

Mim pun pinjam buku tersebut. Dia ingin baca buku tersebut lagi. Dia ingin lebih tahu mengenai mimpinya.

Setelah itu, dia pun pulang ke rumahnya. Dia sambung membaca dirumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience