Mim dan Auni belajar dikelas dengan tekun. Mim salin nota-nota penting yang diberikan oleh pensyarah. Apabila selesai waktu kelas mereka pun ingin pulang ke rumah.
"Mim nanti kita sambung buat assignment tu tau." kata Auni. Mereka berdua berbual diluar bilik kuliah.
"Okay." balas Mim. Dia tersenyum.
"Takpelah Mim, Auni balik dulu. Bye." kata Auni.
"Okay. Bye. Hati-hati." mereka pun ikut haluan masing-masing. Seperti biasa Mim ke tempat dimana dia meletakkan basikalnya.
"Bismillah.." Mim menunduk untuk membuka kunci basikalnya. Sejak dia nampak tangan bawah basikal tempoh hari, dia sentiasa membaca doa terlebih dahulu.
Selesai membuka kunci, dia bangun dan letak rantai didalam bakul basikal. Kunci dia simpan dalam poket tetapi belum sempat simpan kuncinya terjatuh dan dia menunduk semula.
"Eh?" Mim terpandang sesuatu. Dia berasa hairan. Rasanya sejak dari tadi ada dia seorang sahaja. Tetapi kali ni ada sesuatu dihadapannya. Mim pun tegakkan badannya.
"Oh mak." Mim terkejut.
"Ziqry?" soal Mim. Tiba-tiba sahaja Ziqry muncul. Tetapi dia senyap sahaja.
"Awak pergi mana? Dah lama kita tak jumpa awak." kata Mim.
"Aku ada je." balas Ziqry.
"Ziqry.. Nak tanya sikit boleh tak?" soal Mim.
"Tanya apa?" soal Ziqry.
"Pasal apa yang jadi sebelum awak meninggal." kata Mim.
"Sebelum aku meninggal?" soal Ziqry.
"Ye. Awak ingat tak apa yang jadi?" soal Mim.
"Err.. Entahlah." kata Ziqry.
"Awak tak ingat?" soal Mim.
"Tak. Sikit pun tak." kata Ziqry.
"Habis tu apa je yang awak ingat?" soal Mim.
"Err.. Aku rasa aku pengsan. Masa bangun rasa sakit badan. Tu je." kata Ziqry.
"Oh.. Jadi awak tak ingat yang awak jatuh bangunan?" soal Mim.
"Aku jatuh bangunan?" Ziqry terkejut.
"Ye." Mim mengangguk.
"How?" soal Ziqry.
"Tak tahu." Mim mengangkat bahu.
"Aku bunuh diri ke?" soal Ziqry.
"Abang awak kata tak." kata Mim.
"Nasib baik." kata Ziqry.
"So, awak memang tak tahulah kan sebab awak meninggal?" soal Mim.
"Yup memang tak tahu." kata Mim.
"Susahlah macam ni." fikir Mim.
"Selain yang awak cakap tadi. Apa je yang awak ingat?" soal Mim.
"Nama aku, family aku. Tu je. Yang lain tak ingat." kata Ziqry.
"Dewi?" soal Mim.
"Siapa Dewi?" soal Ziqry.
"Awak tak ingat Dewi? Dewi tu gf awak." kata Mim.
"Tak ingat pun." kata Ziqry.
"Oh.." balas Mim.
"Kau kena tolong aku. Cari punca kematian aku. Kalau tak roh aku tak tenang." kata Ziqry. Mim mengeluh.
"Okay.. Kita cuba." balas Mim.
"Apa-apa cari aku." kata Ziqry.
"Hah? Cari kat mana? Macam mana?" soal Mim. Sebelum ni pun Ziqry sendiri yang muncul bukan Mim yang cari.
"Ye tak ye. Hm.. Macam nilah kau sebut nama aku lepas tu tepuk tangan tiga kali, aku muncul." kata Ziqry.
"Hah?" Mim kebingungan.
"Buat je. Kalau tak jadi cari jelah area sini." kat Ziqry.
"Awak memang kat area sini je ke? Asal tak balik rumah?" soal Mim.
"Aku familiar kat sini je. Aku tak ingat tempat lain. Tapi aku boleh muncul kat tempat lain selagi ada kau." kata Ziqry. Mim adalah pengantaraan antara dunia Ziqry dan dunia sebenar sebab itulah dia boleh muncul bila ada Mim.
"Patutlah." kata Mim.
"Patutlah apa?" soal Ziqry.
"Patutlah masa Fiq main spirit coin awak tak muncul. Rupanya awak lupa jalan balik rumah." kata Mim.
"Abang aku main spirit coin? Haih." balas Ziqry. Dia jadi rindu pada abangnya. Mim mengangguk.
"Takpelah kau pergilah balik. Dah lewat." kata Ziqry.
"Okay." Mim menoleh dan letak begnya didalam bakul basikal. Dia toleh semula untuk melihat Ziqry tetapi Ziqry telah hilang.
"Eh cepatnya." kata Mim.
"Hmm.. Ziqry." Mim tepuk tangan tiga kali.
"Tak jadi pun." Mim cuba lagi sekali. Ziqry tak muncul juga.
"Tipu ni." kata Mim.
"Kau nak apa?" soal Ziqry yang berdiri dibelakang Mim.
"Eh ada rupanya." kata Mim sambil tersenyum.
"Kenapa panggil?" soal Ziqry.
"Saje test." kata Mim.
"Main-main. Dah pergi balik." kata Ziqry.
"Okay-okay." Mim pun pulang ke rumahnya.
Share this novel