Bab 3

Romance Series 410

"Thanks teman makan." kata Auni.

"Sama-sama. Terima kasih sebab belanja kita." kata Mim. Dia tidak menyangka pula yang Auni akan belanja dia makan hari ini.

"Sama-sama. Mim balik macam mana ni?" soal Auni.

"Kita naik basikal." kata Mim sambil tersenyum.

"Hah? Basikal? Macam mana?" Auni terkejut. Macam mana Mim naik basikal dengan berbaju kurung? Mim tersenyum. Dia faham apa yang Auni fikirkan.

"Kita pakai legging." kata Mim. Dia angkat kainnya sedikit.

"Oh.." kata Auni.

"Auni balik macam mana?" soal Mim

"Saya balik naik grab kot. Kalau rajin naik bas." kata Auni. Kalau naik grab boleh terus balik. Kalau naik bas kena tunggu. Waktu macam ni mesti kena berdiri dalam bas.

"Oh.." balas Mim.

"Takpelah jom balik. Dah petang ni." kata Auni.

"Okay. Bye Auni." kata Mim.

"Bye Mim. Hati-hati bawa basikal." kata Auni.

"Insha Allah." Mim mengangguk.

Mim berlalu ke arah tempat dia meletakkan basikal.

"Ziqry?" soal Mim apabila dia nampak Ziqry dari jauh. Dia mengangkat bahu. Lalu dia menunduk untuk membuka rantai basikal. Tiba-tiba dia nampak ada tangan dibawah basikalnya.

"Argh!" Mim terkejut dan dia ke belakang.

"Argh!" Mim terkejut sekali lagi apabila dia rasa telah melanggar sesuatu dibelakangnya.

"Kau pahal?" soal Fiqry.

"Hah?" Mim tersentak. Dia menjauh sedikit dan pandang Fiqry. Fuhh.. Nasib baik manusia.

"Err.." Mim kelu lidah.

"Apa hal jerit macam orang gila?" soal Fiqry.

"Err.. Ulat. Ada ulat." kata Mim. Dia tunjuk basikalnya.

"Ulat?" soal Fiqry. Dia lihat bawah basikal Mim.

"Mana ada ulat?" kata Fiqry.

"Takde?" Mim pura-pura lihat bawah basikal.

"Oh.. Ulat tu dah lari kot." kata Mim.

"Yelah kot terkejut dengar kau jerit tadi." kata Fiqry. Mim tersengih.

"Kau buat apa kat sini tak balik lagi? Aku rasa semua orang dah balik." soal Fiqry.

"Ye ke? Mana ada semua orang dah balik. Tadi kita nampak Ziqry kat sana." kata Mim.

"Kau nampak Ziqry?" soal Fiqry. Mim mengangguk. Fiqry memandang tepat ke arah Mim. Dia nampak terkejut.

"Nanti kalau kau nampak dia cakap kat dia aku nak jumpa." kata Fiqry.

"Okay." kata Mim.

"Dah pergi balik. Dah petang ni. Tempat ni tak elok." kata Fiqry.

"Tak elok? Apa yang tak elok?" soal Mim.

"Takde apalah." kata Fiqry sambil memakai helmet.

"Hm.. Cakap jelah. Tempat ni keras. Aku dah nampak tadi." kata Mim dengan perlahan sambil membuka kunci basikalnya.

"Kau cakap apa?" soal Fiqry.

"Hah?" soal Mim. Ingatkan Fiqry dah pergi rupanya ada lagi.

"Takde apa." Mim menggeleng.

"Pergilah balik cepat." kata Fiqry.

"Ye. Ye." kata Mim. Dia pun berlalu pergi. Fiqry pun sama.

"Assalamulaikum." ucap Mim apabila masuk ke dalam rumah.

"Walaikumsalam. Mim dah balik?" sapa seseorang.

"Ye kit.." baru Mim hendak menjawab tetapi dia telan semula kata-katanya. Dia terus kunci pintu dan lari masuk bilik.

Mim sendirian kat rumah. Mana ada sesiapa. Pembantu rumah keluarga Mim balik kampung. Entah siapalah yang menjawab salam Mim. Mim jadi takut. Dia buka surah yassin dikomputer riba dan terperap didalam bilik sampai mama dan papanya balik.

Mim masuk ke tandas untuk bersihkan diri. Setelah itu, dia keluar dari tandas dan kemudiannya dia nampak seorang perempuan berlumuran darah sedang menangis ditepi katilnya.

"Ni mimpi. Ni mimpi." Mim tampar pipinya berkali-kali. Dia takut.

Perempuan itu bangun dan menghampiri Mim. Langkahnya longai. Darahnya menitis dilantai bilik Mim. Perempuan itu semakin dekat dengan Mim.

"No. Mim, bangun!" kata Mim berkali-kali. Dia ketakutan.

"Tolong.. Tolong saya.." kata perempuan itu sambil menangis. Tangan perempuan itu memanjang ke arah Mim.

"Argh..." Mim menjerit.

"Adik? Kenapa ni?" soal Puan Maznin. Mim terjaga dari mimpinya. Benar Mim sedang bermimpi.

"Mama?" soal Mim. Mim lihat jam ditangannya.

"Dah pukul 7." bisik Mim. Maknanya dia dah tertidur sejak balik kolej tadi.

"Kenapa adik?" Puan Maznin nampak risau.

"Err.. Takde apa ma. Adik.. Err.. Ada lipas tadi." tipu Mim.

"Oh.. Nanti mama bagi spray ubat. Adik tak mandi lagi ke?" soal Puan Maznin. Dia lihat Mim masih berbaju kurung, anak tudung pun masih dikepala.

"Err.." Mim tersengih.

"Dah cepat mandi lepas tu solat maghrib. Nanti turun bawah kita makan sama-sama." kata Puan Maznin.

"Okay mama." kata Mim. Puan Maznin pun keluar dari bilik Mim.

Setelah selesai mandi dan solat, Mim turun ke bawah. Puan Maznin sedang menyiapkan makanan.

"Mama." kata Mim sambil tersenyum. Dia duduk dimeja makan.

"Nah." Puan Maznin memberi sepinggan spaghetti bolognese kepada Mim.

"Terima kasih mama." ucap Mim. Puan Maznin tersenyum.

"Bismillahirohmanirrohim.." Mim menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.

"Ma.. Papa tak balik lagi ke?" soal Mim. Dia perasan yang papa tiada dirumah. Ada mama je.

"Oh.. Papa pergi outstation sayang. Urgent katanya." balas Puan Maznin.

"Oh.." Mim mengangguk.

"Ma.. Kalau hari ni adik nak tidur dengan mama boleh tak?" soal Mim. Dia terasa agak takut dengan apa yang dia alami sepanjang hari ni.

"Hah?" soal Puan Maznin. Dia terasa sedikit aneh. Dia fikir ada sesuatu yang Mim rahsiakan.

Mim tersenyum janggal sambil menguis perlahan makanan dipinggan dengan garfu.

"Boleh sayang." kata Puan Maznin. Mim tersenyum.

"Macam mana orientasi okay?" soal Puan Maznin. Masa beginilah dia boleh berbual dengan anak perempuannya.

"Okay je." kata Mim. Malas nak cerita apa yang jadi.

"Baguslah. Esok mama hantar adik tau." kata Puan Maznin.

"Eh? Kenapa?" balas Mim. Sebelum ni Mim dah minta izin papa dan mama yang dia akan menaiki basikal ke kolej. Papa dan mama pun sudah bersetuju.

"Saje. Sebab papa kan takde so mama drive dan boleh pergi office lambat sikit." kata Puan Maznin. Selalunya mama dan papa pergi kerja awal sebab papa nak hantar mama. Papa pun mahu sampai awal ke tempat kerja. Cumanya mama akan tiba awal dipejabatnya.

"Oh.. Okay-okay." kata Mim. Okay juga kalau mama hantar.

"Adik ada apa-apa tak nak bagitahu mama?" soal Puan Maznin.

"Bagitahu apa?" soal Mim.

"Apa-apa je?" kata Puan Maznin.

"Err.. Takde kot." kata Mim. Dia tidak mahu membuat mama risau.

"Sure?" soal Puan Mazin.

"Yup." kata Mim.

"Okay.." kata Puan Maznin.

"Duit belanja adik ada lagi?" soal Maznin.

"Ada, adik tak guna pun." kata Mim.

"Eh? Adik tak makan ke?" soal Puan Maznin.

"Makan.. Tapi kawan adik belanja." kata Mim.

"Oh.. Adik dah ada kawan?" soal Puan Maznin.

"Ada. Nama dia Auni." kata Mim.

"Oh.. Baguslah. Dah makan cepat." kata Puan Maznin.

Mim pun menghabiskan makanannya.

"Sedap mama masak." puji Mim.

Puan Maznin tersenyum. Sebenarnya dia jarang masak untuk Mim dan suaminya. Dia terlalu sibuk bekerja dan hanya berkesempatan untuk masak pada hari cuti sahaja.

Usai makan Mim menonton televisyen sebentar. Apabila mengantuk barulah dia masuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience