Bab 5

Romance Series 410

Hari ini bermulalah hari pertama semester satu. Mim teruja sedikit.

"Morning Mim." sapa Auni dengan ceria.

"Morning." balas Mim.

Mereka pun masuk ke dalam dewan kuliah untuk kelas yang pertama. Hari pertama ni berjalan dengan lancar sahaja. Untuk hari pertama ini tiada apa sangat cuma sesi berkenalan dengan pensyarah dan pengenalan mengenai subjek yang akan dipelajari.

Mim berjalan dikoridor kolej menuju ke tempat letak basikal. Dia baru sahaja habis kelas dan sekarang dia hendak pulang.

"Mim.." panggil Fiqry. Mim menoleh.

"Fiq? Eh dia tahu nama aku?" bisik Mim.

"Eh lupa.. Dia kan fasi orientasi hari tu. Rasanya semua orang yang ada kat situ kenal aku. Hmm.." bisik Mim lagi.

"Apa?" soal Mim. Dia tertanya sebab apa Fiqry panggil dia.

"Nak tanya sikit." kata Fiqry. Fiqry nampak serius. Macam tidak keruan sikit.

"Tanya apa?" Mim kebingungan.

"Betul ke kau nampak Ziqry?" soal Fiqry.

Mim mengangguk. "Banyak kali." kata Mim. Banyak kali jugaklah dia nampak Ziqry.

"Hari tu kita nampak dia. Kita dah cakap apa yang awak pesan hari tu." kata Mim.

"Hah? Kat mana?" soal Fiqry. Dia nampak terkejut. Ada apa ke ni?

"Err.. Kat kolej ni?" kata Mim.

"Bila?" soal Fiqry. Mukanya nampak agak serius.

"Err.. Minggu lepas." kata Mim.

"Kau tahu apa-apa tak pasal Ziqry?" soal Fiqry. Mim mengangkat bahu.

"Macam mana kau tahu nama dia?" soal Fiqry.

"Hari tu kita terlanggar dia lepas tu dia kata nama dia Ziqry." kata Mim.

"Hah?" Dahi Fiqry berkerut.

"Hmm.. Kau nak tahu sesuatu tak?" kata Fiqry. Dia macam ada benda nak bagitahu.

"Apa?" soal Mim.

"Err.. Kau ada masa tak sekarang ni?" soal Fiqry.

"Hah? Ada." Mim mengangguk. Dia baru je habis kelas dan lepas ni dia tiada kelas. Dapat tamat dua kelas hari ni.

"Jom ikut aku." ajak Fiqry. Dia ingin tunjuk sesuatu.

"Pergi mana?" soal Mim.

"Ikut jelah." kata Fiqry. Mim pun menurut. Mereka berjalan pergi ke arah belakang bangunan kolej.

"Tahu kenapa aku bawa kau kat sini?" soal Fiqry. Mim menggeleng.

Tiada apa pun kat situ ada longkang, pagar lepas tu ada semak-semak sikit. Tempat ni okay dijadikan port untuk ponteng kelas. Mim tersenyum dalam diam.

"Kau nampak flat kat sana?" soal Fiqry. Dia tunjuk ke arah flat yang beberapa meter dari kolej. Mim mengangguk.

Flat lama. Setahu Mim ada pelajar yang tinggal diflat tu. Flat tu terdapat rumah sewa untuk pelajar kolej yang tidak mahu tinggal dihostel yang disediakan kolej. Yang Mim tahu sewa diflat itu jauh lebih murah berbanding hostel kolej. Al maklumlah yang hostel kolej adalah sebuah kondominium dekat dengan kolej. Sebelah je manakala flat jauh sedikit dari kolej.

"Kat sanalah tempat Ziqry meninggal. Dia jatuh dari bangunan tu." kata Fiqry.

"Hah?" Mim terkejut.

Jadi yang dia nampak tu? Alamak! Tetapi muka Ziqry nampak elok je. Macam manusia bukan hantu. Mim pun tak rasa apa-apa bila Ziqry muncul. Cuma cuak sikit kadang-kadang sebab Ziqry muncul ikut suka hati dia. Tapi biasalah tu pelajar lain pun sama je. Bukan hari-hari jumpa orang yang sama.

"Kau tahu tak Ziqry dah meninggal? Dia meninggal sebulan lepas." kata Fiqry. Wajahnya nampak sedih.

"Err.." Mim tidak tahu untuk membalas. Dia menggeleng.

"Kau nampak muka dia?" soal Fiqry. Dia nak tahu sama ada orang yang Mim nampak tu Ziqry yang dia kenal atau tidak.

"Nampak." Mim mengangguk. Banyak kali jumpa bolehlah dia cam muka Ziqry tu macam mana.

"Muka dia sama macam aku kan?" soal Fiqry. Fiqry berdiri dihadapan Mim, dia turut merendahkan sedikit ketinggian badannya memandangkan ketinggian mereka agak berbeza. Tetapi sekarang mereka sama tinggi. Mim pandang muka Fiqry. Mim betulkan cermin matanya untuk fokus.

"Eh? Yelah sama cuma dia ada tahi lalat kat sini." kata Mim. Dia tunjuk ke arah pipi Fiqry. Fiqry tegakkan semula badanya. Fiqry meraup rambutnya beberapa kali sambil mengeluh.

"Kenapa?" soal Mim.

"Dia.. Dia adik aku. Lebih tepat lagi dia kembar aku." kata Fiqry. Dia kelihatan sedih. Tentu berat apabila kehilangan ahli keluarga. Tidak terbayang kalau abang atau kakak Mim meninggal dunia. Mesti Mim sedih sangat-sangat.

Fiqry duduk diatas tembok yang tidak berapa tinggi. Mim pun duduk disitu. Mim pandang Fiqry.

"Masa tu dia baru balik dating dengan gf dia, Dewi. Student sini jugak. Dia datang situ pun sebab nak hantar Dewi balik. Lepas tu dia tak balik-balik dah. Family kita orang risau sangat. Merata kami cari dia tak jumpa. Tapi esoknya tu ada orang jumpa mayat Ziqry kat tepi belukar sana." kata Fiqry. Dia sebak. Mim turut merasa sedih.

"Tiada siapa pun yang tahu apa yang jadi pada Ziqry. Benda ni jadi kes polis. Tapi polis tak jumpa bukti dan kat situ takde cctv. Saksi pun takde. Orang ramai fikir Ziqry bunuh diri. Tapi aku yakin Ziqry tak buat macam tu. Aku kenal dia." kata Fiqry. Fiqry berdiri semula.

"Gf dia tak cakap apa-apa?" soal Mim. Ziqry kan hantar teman wanitanya. Takkanlah teman wanita Ziqry tidak cakap apa-apa. Mesti teman wanita dia yang jadi saksi masa tu.

"Hmm.. Gf dia hilang lepas tu. Tiada siapa tahu dia pergi mana." kata Fiqry. Dewi dikategorikan sebagai orang hilang selepas kejadian itu. Sampai sekarang pihak polis tidak menjumpai Dewi.

"Jadi yang kita nampak tu.." Mim meremang. Patutlah Ziqry tu lain macam. Sekejap ada, sekejap takde. Patutlah dia asyik pakai baju sama je. Fiqry mengangkat bahu.

"Err.." balas Mim.

"Hmm.. Mesti Ziqry nak aku tolong dia. Tapi kenapa dia tak pernah muncul dalam mimpi aku?" bisik Mim.

"Woi berangan." kata Fiqry. Dia petik jari depan muka Mim.

"Hah? Err.. Tak." kata Mim.

"Kau boleh nampak hantu kan?" soal Fiqry.

"Hah?" Mim telan air liur. Dia membetulkan cermin matanya.

"Aku rasa kau boleh nampak. Kau boleh tolong aku?" soal Fiqry.

"Tolong apa?" soal Mim. Fiqry membisikkan sesuatu ditelinga Mim.

"Hah? Gila ke?" soal Mim.

"Ye aku gila, tolong aku." rayu Fiqry.

"Mana boleh." balas Mim.

"Aku teringin nak tahu pasal kematian Ziqry. Aku nak tahu apa yang jadi." kata Fiqry.

Mim senyap. Selama ini roh yang minta tolong Mim cuma tunjukkan dalam mimpi je. Mim tak pernah berkomunikasi secara terus.

"Tolonglah aku nak kau berkomunikasi dengan Ziqry." kata Fiqry.

"Mana boleh." Mim menggeleng.

"Kau tahu aku teringin sangat nak jumpa Ziqry. Aku siap main spirit coin lagi. Tapi Ziqry tak pernah muncul." kata Fiqry.

"Biar betul Fiqry ni? Aku punyalah tak nak jumpa benda tu. Dia siap seru lagi. Haish." bisik Mim.

"Boleh tak tolong aku?" soal Fiqry.

"Err.." Mim menggeleng. Dia tidak mahu mengambil risiko. Lagipun dia tidak tahu kemungkinan yang boleh berlaku.

"Kenapa?" soal Fiqry.

"Takut." kata Mim. Dia memang takut.

"Aku kan ada. Aku teman kau. Aku jaga kau." kata Fiqry.

"Tapi awak tak nampak." kata Mim.

"Tolonglah." kata Fiqry. Dia merayu.

"Tak boleh. Sorry.." Mim berlalu pergi. Dia takut.

"Mim." panggil Fiqry.

"Aduh ada apa lagi ni?" bisik Mim.

"Jumaat nanti jumpa aku kat student zone pukul 11. Kalau kau tak datang aku jemput depan kelas kau." kata Fiqry. Biasanya semua kelas akan habis awal kalau hari Jumaat.

"Hah?" balas Mim.

"Aku tunggu kau nanti." balas Fiqry. Dia terus berlalu pergi.

"Haish." Mim rasa tak puas hati. Suka hatinya Fiqry ni.

Mim pun pulang ke rumahnya. Takut kalau terjumpa dengan Ziqry.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience