Mim gembira dapat masuk kolej ni. Kawan-kawan dia baik dan pensyarah pun baik juga. Dia mudah untuk suaikan diri dikolej ini.
Gangguan dan mimpi masih ada cuma Mim berlagak seperti tiada apa-apa. Dia tidak mahu terlalu ikutkan perasaan. Dia perlu bertenang dan berdoa pada Allah. Dia tawakal. Cuma kadang-kadang rasa takut masih ada.
Cuma apa yang buat Mim rasa pelik ialah hantu perempuan itu. Dia kerap sangat datang dalam mimpi Mim. Dia juga muncul dimana-mana sahaja.
Hantu itu minta tolong tetapi dia tidak beri sebarang pertunjuk. Mim tidak tahu bagaimana caranya untuk membantu.
"Jom makan." ajak Auni. Mim berhenti mengelamun. Dia mengangguk.
"Err.. Auni boleh tunggu sekejap tak? Nak pergi toilet." kata Mim. Dia rasa nak buang air sekejap. Penyaman udara didewan kuliah terlalu sejuk.
"Toilet? Jomlah pergi sama-sama. Auni pun rasa nak pergi toilet." kata Auni.
"Okay." mereka pun masuk ke tandas yang berada ditingkat satu. Mim masuk ke dalam untuk membuang air.
Tiba-tiba dia ternampak sesuatu bawah pintu tandas. Sesuatu itu berjalan masuk ke kubikel sebelah Mim. Mim telan air liur. Dia pam tandas, cuci tangan dan terus keluar.
"Jom keluar Auni." Mim tarik tangan Auni yang sedang membetulkan tudung. Mereka terus keluar.
"Kenapa Mim?" soal Auni. Mim nampak pelik.
"Takde apa." Mim menggeleng. Auni berkerut sikit. Dia berasa aneh.
"Takde apa saje je tadi." kata Mim. Dia tidak tahu nak kata apa.
"Lah." balas Auni. Mim tersenyum.
Setelah itu mereka makan distudent zone sahaja memandang waktu rehat tak lama sangat. Mim bawa bekal untuk dia dan Auni. Chik Yan yang buat. Lepas makan mereka solat disurau kolej.
Hari ini juga mama yang hantar Mim ke kolej. Balik nanti pun mama yang akan jemput. Mama cuti pada hari ini.
"Kak Yan, saya nak tanya sikit boleh?" soal Puan Maznin.
"Ada apa Puan Az?" soal Chik Yan.
"Pasal Mim." soal Puan Maznin.
"Mim?" soal Chik Yan. Puan Maznin mengangguk.
"Kenapa dengan Mim?" soal Chik Yan.
"Akak ada nampak apa-apa yang pelik tak pasal Mim?" soal Puan Maznin. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena tentang Mim.
"Apa yang pelik? Saya rasa biasa je. Kenapa puan?" kata Chik Yan. Dia rasa Mim okay sahaja. Tiada yang pelik pun.
"Oh ye ke? Takpelah kalau macam tu. Bukan apa saya nak tanya je sebab Mim selalu nampak mengantuk." kata Puan Maznin.
"Oh.. Tapi puan, saya perasan yang Mim selalu tidur lewat. Saya nampak dia pergi dapur ambil makanan. Pastu saya saje tengok. Lampu bilik kadang-kadang Mim tak tutup sampai pagi. Saya saje intai, tengok dia tengah mewarna sambil dengar lagu. Padahal dah lewat." kata Chik Yan.
"Oh.. Selalu ke dia buat macam tu?" soal Puan Maznin. Sebenarnya dia pun ada perasan juga.
"Adalah dalam beberapa kali." kata Chik Yan. Dia cuma lihat beberapa kali sahaja.
"Oh.. Nanti saya tanya dia kenapa." Puan Maznin. Dia perlu tanya Mim. Mana tahu Mim ada masalah. Dia perlu ambil tahu.
"Tapi puan jangan cakap saya yang cakap." kata Chik Yan.
"Eh taklah." kata Puan Maznin.
"Okay puan." balas Chik Yan.
Beberapa jam setelah itu, tiba-tibalah masa untuk mama jemput Mim dikolej. Mama terus memandu ke kolej Mim.
"Assalamulaikum mama. Sorry lambat ada presentation tadi." ucap Mim sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"Waalaikummussalam. Takpe mama baru sampai." Kereta mama pun bergerak.
"Adik.. Mama nak tanya sikit." kata Puan Maznin.
"Tanya apa ma? Tanyalah." balas Mim.
"Selalu pagi-pagi mama selalu tengok adik macam mengantuk. Kenapa? Adik tak tidur malam ke?" soal Puan Maznin.
"Hah? Err.. Tidur.. Cuma adik tidur lewat sebab ulangkaji. Kadang-kadang siapkan assingment. Cuma kadang tu susah nak tidur." kata Mim. Mama perasan rupanya.
"Susah tidur kenapa?" soal Puan Maznin.
"Err.. Takde apa cuma kan adik buat assignment lepastu tak ngantuk." kata Mim.
"Oh.. Betul ni takde apa-apa?" soal Puan Maznin.
"Betul." kata Mim. Mim mengangguk.
"Okay, lepas ni kita singgah kedai jap tau. Mama nak beli jagung. Papa nak makan bubur jagung." kata Puan Maznin.
"Wah bubur jagung. Mim suka bubur jagung." kata Mim.
Mama dan Mim pun singgah ke kedai. Selepas itu pulang ke rumah. Mama terus siapkan bubur jagung. Apabila papa balik mereka makan sama-sama.
"Sedapnya bubur jagung." puji Encik Azzan iaitu papa Mim. Mama tersenyum.
"Yup sedap, sedap." kata Mim. Mim pun habiskan makanannya dengan beselera.
Usai makan, Mim minta diri untuk masuk bilik dulu. Dia mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mama dan papa pula menonton televisyen. Chik Yan pula sudah masuk tidur.
"Bang, saya nak cakap sikit ni." kata Puan Maznin.
"Cakap apa?" soal Encik Azzan. Dia pandang isterinya.
"Pasal adik." kata Puan Maznin.
"Kenapa dengan adik?" soal Encik Azzan.
"Saya rasa adik mimpi baliklah bang." kata Puan Maznin.
"Eh? Kenapa awak cakap macam tu pulak? Bukan adik dah okay ke?" soal Encik Azzan.
Yang sebenarnya Mim memang selalu mimpi yang bukan-bukan pun dulu. Papa dan mama risau bila Mim asyik tak tidur malam. Jadi papa dan mama dah bawa Mim jumpa ustaz dan doktor juga.
Lepas buat terapi dan sebagainya Mim jadi seperti biasa semula. Lagipun hal tu dah lama masa Mim sekolah lagi. Dia dah semakin pulih dan Mim pun tidak mimpi dah selepas itu.
"Err entah cuma masa tu saya baru balik kerja. Tiba-tiba dengar Mim menjerit. Pastu saya tengok Mim tengah tidur masa tu. Terus saya kejutkan dia. Bila saya tanya kenapa dia kata ada lipas. Abang tahu jelah kerja kak Yan tu macam mana habuk semua dia kemas. Mustahil rumah kita ada lipas." kata Puan Maznin.
"Hm.. Adik mengigau je kot." kata Encik Azzan.
"Mungkin.. Tapi kak Yan kata adik selalu tidur lewat malam. Kadang-kadang lampu bilik pun dia tak tutup. Kak Yan pernah nampak adik dengar lagu lepas tu mewarna." kata Puan Maznin. Dulu masa Mim selalu mimpi dan tidak boleh tidur itulah yang menjadi tabiat Mim, mewarna sambil mendengar lagu.
"Err.. Adik takde cakap apa-apa ke?" soal Encik Azzan. Sebagai bapa dia juga risau dengan keadaan anak bongsunya. Dulu mereka risau sangat bila Mim ada masalah.
"Saya dah tanya tapi dia kata takde apa-apa." kata Puan Maznin.
"Tapi dia pernah kata yang dia susah nak tidur. Saya risaulah bang. Takut dia mimpi balik." kata Puan Maznin.
"Awak janganlah fikir bukan-bukan. Mungkin adik baru nak menyesuaikan diri. Yelah adikkan baru masuk kolej. Mungkin dia nak sesuaikam diri sebagai pelajar. Memang biasa pelajar tidur lewat." kata Encik Azzan.
"Hm.. Kalau macam takpelah. Saya bukan apa.." kata Puan Maznin.
"Tak baik fikir bukan-bukan. Awak doakan je yang adik tu tak apa-apa. Doa ibu dimakbulkan." kata Encik Azzan.
"Yelah." kata Puan Maznin. Dia cuba sedapkan hatinya. Mungkin betullah kata papa.
Setelah itu, papa dan mama pun masuk tidur.
Mim pula macam biasa. Dia buat tugasan kolejnya dan bila dia benar-benar mengantuk barulah dia tidur. Dia pun pasang penggera untuk berbunyi dua jam sekali.
Share this novel