"Auni tahu tak pasal makhluk ghaib?" soal Mim.
"Hah? Makhluk ghaib?" soal Auni. Mim mengangguk.
"Maksud Mim 'han' ke?" soal Auni sambil membuat gaya hantu mak lampir. Mim mengangguk.
"Kenapa?" soal Auni. Auni terasa meremang pula bila Mim tanya soalan macam tu.
"Auni percaya yang makhluk tu wujud?" soal Mim.
"Err.." Auni tidak pasti tentang itu.
"Auni percaya tak kalau kita cakap kita boleh nampak makhluk ghaib?" soal Mim secara tiba-tiba. Dia dah banyak kali buat kelakuan pelik depan Auni. Dia perlu ceritakan hal yang sebenar.
"Hah? Macam mana?" soal Auni. Mim senyap. Dia memikirkan sesuatu.
"Macam mana boleh nampak?" soal Auni. Dia ingin tahu. Sejujurnya dia tidak pernah makhluk sebegitu.
"Sebenarnya dulu kita pernah excident." kata Mim untuk membuka cerita lamanya.
"Excident?" soal Auni. Dia tidak sabar nak dengar cerita Mim.
"Ye. tujuh tahun lepas kita excident. Excident kereta. Teruk jugak. Masa tu on the way nak pergi sekolah dengan ayah kita. Ayah kita cedera ringan. Kita cedera teruk jugaklah. Mata kita tercucuk kaca serpihan kemalangan. Kita hampir buta masa tu. Tapi nasib baik sebab ada penderma kornea. Penderma tu orang yang baru meninggal masa tu dan dia berdaftar sebagai penderma organ." cerita Mim.
"Lepastu apa jadi?" soal Auni. Auni pegang lenganya dia terasa seram sejuk.
"Sejak dari tu hidup kita berubah. Kerap mimpi buruk. Rumah terbakar, orang lemas, kemalangan dan macam-macam lagi. Macam-macam yang kita nampak. Yang pastinya orang-orang tu mesti dah mati." kata Mim.
"Mim boleh nampak orang mati ke?" soal Auni. Mim mengangguk.
"Kita nampak roh. Dia minta tolong." kata Mim.
"Hah?" Auni jadi takut.
Mim selak lengan bajunya. Terdapat kesan parut calar ditangan kanan dan kirinya.
"Ni dorang buat." kata Mim.
"Hah?" Auni terkejut.
"Dulu orang ramai cakap kita gila. Cuba nak cederakan diri. Tapi sebenarnya bukan kita yang buat, dorang yang buat. Setiap kali mimpi parut ni akan muncul." cerita Mim.
"Dorang marah kalau kita buat-buat tak percaya dengan kewujudan dorang sebab tu wujud parut ni. Biasanya kalau kita mimpi tu maknanya dorang nak minta tolong. Kebanyakkan tunjuk tempat dorang mati atau macam mana dorang mati. Kita buat report polis berdasarkan apa yang kita nampak dan polis jumpa mayat dorang." kata Mim.
"Err.. Polis tak syak apa-apa ke? Dorang tak pelik macam mana Mim boleh tahu?" soal Auni.
"Oh.. Ada polis ada syak tapi tak bukti yang buat kita ni macam pesalah. Jadi takde apa-apa tindakan pada kita. Kita just jadi saksi. Lagipun kita budak sekolah lagi dan kita langsung tak kenal mangsa-mangsa tu." jawab Mim.
"Oh.. Lepastu?" soal Auni.
"Setiap kali lepas tu kita akan baca yassin untuk dorang. Lepastu kita tak mimpi dorang lagi." kata Mim.
"Err.. Dorang tu.." Auni terkejut. Mim mengangguk.
"Betul ke?" Bukan Auni tidak percaya cuma dia agak skeptikal sebab dia tidak pernah nampak. Dia cuma tahu dari filem seram sahaja.
"Ye. Semua orang pun tak percaya dengan cerita kita." kata Mim.
"Parent kita bawa jumpa macam-macam orang dan tempat. Hospital, ustaz tapi masih sama. Kita tetap mimpi." kata Mim.
"Ada orang kata hijab kita dah terbuka. Sejak dari tu hidup kita jadi terganggu sangat. Benda tu datang dalam mimpi. Kita jadi takut nak tidur." kata Mim.
"Habis tu?" soal Auni.
"Keadaan kita jadi teruk. Nak pejam mata pun takut. Tapi nasib baiklah benda tu cuma datang dalam mimpi." kata Mim.
"Jadi parent kita bawa jumpa pakar. Kita buat terapi. Orang kata mungkin kita yang berhalusinasi. Sebab masa tu kita budak lagi. Jadi tiada siapa yang percaya cakap kita dan percaya apa yang kita nampak." kata Mim.
"Mim okay tak lepas tu?" soal Auni.
"On off. Kejap okay kejap tak." kata Mim.
"Bertahun jugaklah terapi tu dan akhirnya hidup kita jadi normal balik. Kita dah tak mimpi lagi. Cuma.." kata Mim.
"Cuma apa?" soal Mim.
"Cuma bila masuk kolej ni.. Mim jadi mimpi balik dan lebih teruk." kata Mim.
"Mimpi buruk lagi?" soal Auni. Mim mengangguk.
"Macam mana?" soal Auni.
"Tak tahu." kata Mim.
"Parent tahu tak pasal ni?" soal Auni.
"Tak." Mim menggeleng.
"Mim tak bagitahu dorang lagi." kata Mim.
"Kenapa?" soal Auni.
"Tak nak dorang risau. Mama risau sangat kalau Mim mimpi lagi." kata Mim.
"Habis tu macam mana?" soal Auni. Mim mengangkat bahu.
"Mim kata lagi teruk. Apa yang teruk?" soal Auni.
"Mim boleh nampak dorang walaupun tak tidur." kata Mim. Dia pun tidak tahu mengapa jadi begini.
"Mim.." panggil Auni. Dia panik bercampur takut.
"Jadi yang masa kat toilet tu?" soal Auni. Dia teringat masa Mim mengelabah ditandas tempoh hari. Mim mengangguk.
"Mim nampak. Mim nampak benda tu jalan masuk tandas hujung. Masa tu Min dalam toilet. Sebab tu cepat-cepat Mim ajak Auni keluar." kata Mim. Auni meremang bulu roma.
"Yang depan kelas tu pun?" soal Auni.
"Ye." kata Mim. Auni terasa takut.
"Mim patut jumpa ustaz." kata Auni.
"Ustaz mana? Dulu pun Mim jumpa ustaz tapi sama je. Mula-mula okay lepas tu jadi balik." kata Mim.
"Habis tu? Takkan nak macam ni je." kata Auni.
"Entahlah. Biasanya mimpi tu akan hilang bila kita tolong dorang dan dorang pun tak cederakan Mim macam dulu" kata Mim.
"Yang Mim nampak tu?" soal Auni.
"Mungkin itu cuma jelmaan. Lagi pun dorang tak kacau Mim." kata Mim.
"Mim? Mim nak tunggu dorang kacau baru nak bertindak?" soal Auni.
"Susah Auni. Takde siapa akan percayakan cerita Mim. Tak tahu macam mana nak cakap. Dulu pun orang kata kita gila." Mim mengeluh.
"Sabar Mim." kata Auni.
"Auni jangan risau. Kita okay je." kata Mim. Auni mengangguk.
"Tapi kalau apa-apa jadi pada kita. Auni tolong eh?" kata Mim.
"Okay." balas Auni.
"Mim.. Kalau Mim nampak benda tu Mim bagitahu tau. Supaya kita boleh berhati-hati." kata Auni.
"Yup. Kita cerita semua ni kat Auni sebab nak Auni tahu pasal tu. Kita pun nak bantu Fiqry selesaikan hal Ziqry." kata Mim.
"Hah?" balas Auni.
"Err Fiqry minta tolong kita siasat pasal punca kematian Ziqry." kata Mim.
"Oh? Jadi yang cerita dia bunuh diri tu tak betul?" soal Auni.
"Tak betul rasanya." kata Mim. Dia belum tahu lagi cerita sebenar.
"Oh.." balas Auni.
"Sebab tu nak siasat. Cuma Auni jangan cerita kat sesiapa tau. Ni secret." kata Mim.
"Okay." Auni buat gaya mengunci mulutnya.
"Patutlah hari tu Fiqry datang jumpa Mim." bisik Auni.
Mereka pun bergerak masuk ke dalam kelas. Mereka sedang rehat sebentar tadi.
Share this novel