Bab 1

Romance Series 410

Syamim Athiyyah, seorang gadis yang berasal dari utara Malaysia. Sungguhpun begitu dia telah menetap lama di Selangor bersama orang tuanya. Dia anak bongsu, kakak dan abangnya sudahpun berumah tangga.

Mim seorang gadis berkaca mata dan agak naif. Dia baru sahaja mendaftar diri dikolej barunya iaitu Kolej Primamera Berhad, sebuah kolej swasta. Keputusan SPM Mim pula hanya biasa-biasa sahaja.

Umur Mim 18 tahun dan dia antara orang paling lewat mendaftarkan diri ke institusi pengajian tinggi. Rakan-rakan sekolahnya kebanyakkan sudah bermula semester satu.

"Alamak, kenapa la jam tak bunyi tadi?" kata Mim. Dia mengayuh basikal laju. Dia mengerling jam ditangan. Dia dah lambat ke sesi orientasi.

Mim tidak tinggal dihostel tetapi dia hanya ulang alik sahaja dari rumah dan kolej memandangkan kolej dekat dengan rumahnya. Dia hanya mengayuh basikal ke kolej.

Ibu bapanya pula kedua-duanya bekerja. Kebiasaannya mereka akan bertolak ke tempat kerja pada awal pagi. Mama ada mengejut Mim pagi tadi tapi Mim yang tidak sedarkan diri.

Kalau tidak kerana mimpi semalam tentu dia tidak akan terlambat macam ni.

Semalam dia mimpi buruk lagi. Semalaman dia tidak dapat lelapkan mata. Tetapi lepas solat subuh barulah dia dapat melelapkan mata sampai terlajak tidur.

Mim letak basikalnya ditempat parking motor. Setelah selesai mengunci basikalnya. Mim berlari ke Dewan Tunku Jalal.

Bedebuk Mim langgar seseorang. Mim terjatuh.

"Aduh." Mim mengosok lututnya.

"Err.. Sorry awak. Kita tak sengaja." kata Mim tanpa mengangkat mukanya. Dia tahu dia yang salah.

"Aku bukan awak. Aku Ziqry." kata orang yang dilanggar Mim.

"Eh?" Mim terasa pelik.

"O..okay Ziqry. Sorry." kata Mim. Dia kutip begnya. Mim bangun. Dia tengok Ziqry terus berlalu pergi.

"Eh?" soal Mim. Tanpa membuang masa dia terus ke dewan.

"Fuhh. Bismillah." Mim membuka pintu dewan tersebut.

"Alhamdullilah. Tak ramai orang lagi." kata Mim. Dia menarik nafas lega. Dia berjalan ke arah tempat yang kosong.

"Mim." seseorang melambai ke arah Mim. Mim tersenyum. Dia menghampiri gadis itu.

"Hi Mim." tegur Farah Auni rakan baru Mim dikolej. Dia duduk disebelah Auni.

"Hi." kata Mim.

Mereka bertemu semasa kelas asas yang diadakan pada minggu lepas. Ketika itu hanya ada empat orang sahaja yang menyertai iaitu Mim, Auni, kak Bell dan seorang pelajar lelaki bernama Ilhan Iskandar. Hal ini kerana hanya mereka sahaja yang tinggal berdekatan dengan kolej. Rakan yang lain belum tiba dan jauh dari kolej.

Tidak wajib tetapi kelas asas itu bertujuan untuk memperkenalkan subjek-subjek yang bakal pelajar pelajari juga sebagai motivasi dan pendedahan kepada mengenai bidang yang telah mereka pilih. Ianya juga percuma sahaja sebab itu Mim sertai.

Rakan-rakan sekelas Mim mula memenuhi Dewan Tunku Jalal. Mim perasan sesuatu.

"Oh my god.." kata Mim. Mereka semua pakai tshirt dan seluar. Mim sahaja yang pakai baju kurung. Dia tidak tahu pula orientasi kena pakai tshirt bukan baju kurung.

"Habislah aku." bisik Mim. Tentu dia akan jadi tumpuan nanti. Mim menggeleng kepalanya.

"Kenapa Mim?" soal Auni.

"Hah? Tak." Mim tersenyum. Dia rasa malu sekarang ni.

"Salam sejahtera. Okay semua cepat masuk." kata Justin, seorang senior merangkap ketua fasilitator orientasi pada hari ini dan berikutnya.

Setelah cukup masa, aktiviti orientasi dimulakan dengan bacaan doa dan surah Al-Fatihah.

"Selamat pagi semua." kata Justin.

"Selamat pagi." jawab para pelajar.

"Seperti yang korang tahu. Hari ni first day orientasi. Kenalkan saya Justin, fasilitator korang untuk tiga hari ni." kata Justin. Para pelajar mengangguk.

"Sekarang kita berkenal dengan semua fasilitator." kata Justin. Dia beri microphone kepada rakannya.

"Hi aku Fiq." kata Fiqry. Dia beri microphone kepada rakannya yang lain.

"Saya Syahida. Ni Grace dan belakang sana Fendi." kata Syahida. Dia beri semula microphone kepada Justin.

"So kita orang fasi korang untuk tiga hari ni. Sekarang korang semua kenalkan diri." kata Justin. Orientasi ini akan dikelolakan oleh lima orang fasilitator tersebut memandangkan bilangan para pelajar baru tidak ramai. Para pelajar mengangguk.

"Semua bangun." kata Justin. Dia turun dari pentas. Para pelajar pun bangun.

"Korang beritahu nama, asal dan umur. Tak perlu nama penuh just nama panggilan." kata Justin.

"Cakap guna microphone." kata Justin. Dia menghulurkan microphone kepada pelajar pertama.

"Alamak.." Mim berdebar tangannya berpeluh. Dia mula rasa gemuruh.

"Saya Ferra dari Sarawak berumur 21 tahun." kata Ferra.

"Saya Kila dari Selangor, 18 tahun." kata Kila.

"Sama umur dengan aku." bisik Mim.

Hampir semua pelajar telah mengenalkan diri. Kini tiba giliran Auni dan Mim memandangkan mereka orang yang terakhir.

"Saya Auni dari Kuala Lumpur, 19 tahun." kata Auni. Dia duduk dan memberi microphone kepada Mim.

"Jap." Justin ambil microphone tersebut.

"Okay semua dengar sini. Untuk tiga hari ni pakaian yang korang kena pakai adalah pakaian sukan bukan baju kurung. Kita bukan nak buat kenduri. Tapi orientasi." kata Justin sambil memandang Mim. Dia tersenyum. Para pelajar yang lain ada yang tutup mulut menahan ketawa dan ada yang turut tersenyum.

Mim jadi malu sangat. Dia sudah menjangka dia akan jadi tumpuan. Dia tundukkan wajahnya.

"Ehem." Justin berdehem. Dia beri microphone kepada Mim. Mim ambil microphone tersebut.

"Saya.." kata Mim. Dia malu. Tangan Auni memegang tangan kiri Mim. Mim memandang Auni. Auni tersenyum sambil mengangguk. Dia memberi dorongan kepada Mim. Dia faham perasaan Mim. Dia juga rasa simpati pada Mim.

"Saya Mim asal Perlis, 18 tahun." kata Mim dengan perlahan perlahan.

"Apa tak dengar?" kata Justin. Dia ambil microphone ditangan Mim.

"Korang dengar tak?" soal Justin. Para pelajar menggeleng.

"Kenalkan diri sekali lagi." kata Justin.

Mim mengeluh dalam senyap.

"Saya Mim asal Perlis, 18 tahun." kata Mim.

"Apa?" soal Justin. Nampaknya dia nak main-main dengan Mim.

Mim rasa sedih sangat. Dia malu.

"Saya Mim asal Perlis, 18 tahun." kata Mim dengan kuat. Dia terus duduk selepas itu.

"Okay sekarang kita teruskan dengan aktiviti seterusnya." kata Justin sambil bergerak ke pentas.

"Semua nampak lemau. So kita buat senaman sikit. Bangun semua." kata Justin.

"Semua kena buat. Tiada siapa dikecualikan." kata Justin. Dia pandang tepat ke arah Mim. Mim menunduk.

Setelah itu, mereka pun membuat senaman dan menjalankan beberapa aktiviti yang dirancang oleh fasilitator.

Kebanyakkan masa Mim hanya senyap sahaja. Dia terpaksa mengikutkan sahaja arahan fasilitator. Mim harap yang hari ini cepat berakhir. Dia ingin segera pulang.

"Mim okay ke?" tegur Auni. Dia perasan yang Mim senyap sahaja dari tadi. Mim pun nampak tak gembira.

"Okay." Mim mengangguk.

Beberapa jam berlalu dan akhirnya tamat sesi orientasi hari pertama. Mim terus keluar dari dewan. Dia tidak sabar nak balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience