"Mim.." Auni melambai ke arah Mim. Dia pelik apabila Mim cepat sangat nak balik.
"Ala." Mim mengeluh. Dia nak cepat balik. Tak nak lama-lama dekat sini.
"Ye." Mim tersenyum sambil menunggu Auni datang ke arahnya.
"Mim kenapa nak balik cepat sangat?" soal Auni.
"Err.. Saje." kata Mim. Dia membariskan giginya.
"Mim.. Jomlah teman saya. Saya nak pergi makan." kata Auni. Dia mengusap perutnya yang lapar.
"Err.." Mim pun lapar juga tetapi dia nak balik.
"Jomlah makan kat kedai tu. Orang kata nasi ayam penyet kat situ sedap." kata Auni. Dia tunjuk ke arah kedai makan yang berdekatan dengan kolej.
"Mim.." Mim serba salah.
"Mim nak balik ke?" soal Auni. Mim mengangguk.
"Kalau macam takpelah lain kali je okay. Saya ajak kak Bell dengan Ilhan." kata Auni. Dia tidak mahu memaksa. Mim pun nampak macam nak balik sangat.
Mim mengangguk.
"Okaylah. Bye Mim. Jumpa esok." kata Auni.
"Okay, bye." Mereka pun ikut haluan masing-masing.
Tetapi baru sekejap kaki melangkah Mim patah balik.
"Auni." panggil Mim.
"Ye?" Auni menoleh.
"Kita pun lapar." kata Mim. Auni tersenyum.
"Jom." mereka pun ke kedai makan itu. Mereka hanya berdua sahaja.
Sebenarnya Mim nampak Justin ditempat letak motorsikal. Tu yang dia patah balik. Dia jadi takut untuk berjumpa dengan Justin. Sebenarnya ada sesuatu pada Justin yang menyebabkan Mim takut untuk berada dekat dengan Justin.
Mim nampak sosok tubuh seorang perempuan dibelakang Justin. Perempuan itu sentiasa ikut ke mana sahaja Justin pergi. Dia seolah-olah berdamping dengan Justin.
Walau bagaimanapun Mim tidak nampak wajah perempuan itu. Apa yang Mim nampak hanyalah bayangan putih. Berbaju serba putih dan berambut panjang. Sebab itulah Mim tahu yang dia seorang perempuan.
Lagipun kalau Mim balik tentu dia kena makan mee segera lagi. Mim bukan pandai masak pun. Di rumah pun tiada siapa. Mim sendirian.
Jadi Mim ikut Auni makan dikedai makan tersebut.
Mereka membuat pesanan dan berbual sementara pesanan makanan disiapkan.
"Tak sukalah orientasi." kata Auni.
"Kenapa?" soal Mim. Dia pun tidak suka orientasi juga.
"Fasi asyik buli kita buat itu ini." kata Auni. Mim mengangguk. Rupanya Auni rasa apa yang dia rasa.
"Kenapalah sampai tiga hari? Sehari cukuplah." Auni membebel.
"Ye." kata Mim.
Mim mendengar tapi matanya pandang ke arah jalan raya. Dia terlihat sesuatu. Tiba-tiba Mim ketakutan dan menutup mukanya.
"Mim?" Auni terkejut.
"Kenapa ni?" soal Auni. Mim alihkan tangan yang menutup mukanya.
"Err.." Mim menggeleng. Dia membetulkan cermin matanya.
"Okay tak?" Auni nampak risau.
"Okay." Mim pandang arah jalan raya. Auni pun menoleh ke arah yang sama. Tiada apa. Hanya kereta yang lalu lalang.
"Mim nampak apa?" soal Auni. Dia kebingungan.
"Tak. Err.." Mim tidak tahu untuk membalas.
"Kenapa Mim?" soal Auni.
"Err.. Kita nampak kucing macam kena langgar tadi." kata Mim.
"Ohh.. Kucing ke? Rasanya kucing tu dah lari." kata Auni. Mim mengangguk.
"Kat sini memang banyak kucing. Hari tu pun Auni nampak kucing kat kolej." kata Auni.
Sebenarnya Mim bukan nampak kucing. Tetapi seorang nenek tua yang melintas jalan. Ada sebuah kereta hampir sahaja melanggar nenek itu. Tetapi yang peliknya selepas Mim buka mata nenek itu terus ghaib. Padahal nenek itu jalan terbongkok-bongkok tadi. Mim pasti yang nenek tu bukan manusia.
Setelah beberapa minit menunggu pelayan kedai tersebut pun datang menghantar pesanan yang dibuat Mim dan Auni. Dia meletakkan makanan didepan Mim dan Auni.
Tiba-tiba Mim menjerit terkejut. Ada sesuatu dibawah meja terkena kaki Mim. Mim tertepis cawan menyebabkan minumannya tertumpah. Auni lihat dibawah meja.
"Kucing." kata Auni. Dia mengusap kucing itu
"Alamak dik air tertumpah." kata pelayan itu.
"Takpe bang. Bagi air yang baru ye." kata Auni.
"Kejap ye dik." kata pelayan itu. Mim mengangguk.
"Mim takut kucing ke?" soal Auni.
"Tak. Terkejut je tadi." kata Mim.
"Oh.. Saya suka kucing. Kat rumah pun saya ada bela kucing." kata Auni.
"Banyak ke?" soal Mim.
"Tak banyak 5 ekor je." kata Auni.
"Oh.." kata Mim.
"Mim tak bela kucing?" soal Auni.
"Tak." Mim menggeleng.
"Mim tak suka haiwan?" soal Auni.
"Suka.. Cuma saje tak nak bela." kata Mim.
"Oh." balas Auni.
Mim bukan malas nak bela haiwan. Dulu dia ada bela haiwan. Dia beli ikan tetapi tiba-tiba sahaja akuarium pecah dan ikan-ikan itu mati. Mim jadi sedih sangat. Jadi papa belikan arnab untuk Mim. Tapi arnab tu tiba-tiba sahaja hilang.
Disebabkan hal itu, Mim tidak lagi membela haiwan. Dia takut haiwan itu mati ataupun hilang.
"Nah air." kata pelayan kedai itu.
"Terima kasih." kata Mim. Pelayan itu mengangguk.
Mim dan Auni pun menjamu selera.
"Betullah sedap." kata Auni. Mim mengangguk. Memang sedap pun nasi ayam penyet kat kedai ni.
"Lepas ni kita boleh makan kat kedai ni lagi." kata Mim.
"Yup. Mesti." kata Auni.
"Tak sabarnya nak start sem. Kalau boleh nak skip orientasi." kata Auni.
"Ye.." kata Mim.
"Sorry tau Mim sebab saya tak ingatkan awak yang orientasi kena pakai baju apa." kata Auni.
"Eh takpe. Bukan salah Auni pun. Mim yang tak peka." kata Mim.
"Okay." kata Auni.
"Baiklah Auni ni." bisik hati Mim. Dia harap dia boleh jadi rakan baik Auni sampai hujung sem. Kalau boleh sampai bila-bila.
"Lepas ni kan.. Bolehlah kita explore tempat ni." kata Auni.
"Maksudnya?" soal Mim. Dia pandang Auni.
"Maksudnya nanti bila dah start class kita boleh jalan-jalan tempat ni untuk cari tempat-tempat makan best macam kat sini. Yelah saya pun first time datang tempat ni. Saje nak cuci mata." kata Auni.
"Oh.. Samalah." kata Mim.
"Eh? Bukan Mim kata Mim tinggal area sini ke?" soal Auni. Dia terasa pelik.
"Err.. Memang kita tinggal area sini. Tapi jarang keluar macam ni. Selalu duduk kat rumah je. Kalau keluar dengan family je." kata Mim. Mim pun tidak ada ramai kawan nak jalan sana-sini.
"Oh.. Kiranya Mim home person la ni?" soal Auni.
"Ye." Mim mengangguk.
"Oh.. Auni pun sama. Dulu masa sekolah, pergi balik sekolah je. Jarang keluar rumah. Cuma bila habis sekolah ni baru nak explore macam-macam. Takpe nanti kita try sama-sama eh?" kata Auni.
"Okay." kata Mim. Dia gembira.
"Dulukan nak naik MRT pun Auni tak tahu. Yelah nak pergi mana pun ayah Auni yang hantar. Tapi sekarang dah tahu sebab kakak Auni yang ajar. So lepas ni bolehlah kita jalan-jalan naik MRT lepas kelas macam orang selalu buat tu." kata Auni.
"Ye.." Mim tersenyum.
Mereka pun sambung makan sehingga habis.
Share this novel