Bab 10

Romance Series 410

"Haish." Mim mengeluh. Apa yang Fiqry katakan tempoh hari bermain difikirannya. Kalau boleh dia tidak mahu terlibat dalam hal ini. Dia ada rasa ingin membantu Fiqry tetapi dia sendiri pun tidak tahu bagaimana.

"Hi Mim." tegur Auni.

"Hi Auni." balas Mim.
"Ingat tau hari ni kita bincang pasal assignment." kata Auni.

"Alright." balas Mim sambil tersenyum.

"Nah." Auni memberi sesuatu kepada Mim.

"Apa ni?" soal Mim. Dia ambil huluran Auni.

"Goodies bag orang kahwin. Kan hari tu saya kata saya pergi kenduri. So dapat lebih saya bagi Mim." kata Auni.

"Oh.. Thank you." ucap Mim.

"Welcome. Dah la jom masuk kelas. Kelas nak mula dah ni." Auni mengerling jam tangannya.

"Okay." Mim simpan goodies bag ke dalam tote bagnya.

Mereka pun belajar dengan tekun.

Setelah sejam belajar, Mim terasa hendak ke tandas pula.

"Aduh.. Nak pergi toilet pulak." bisik Mim. Auni pandang Mim yang seperti tidak senang duduk.

"Kenapa Mim?" soal Auni.

"Err.. Takde. Rasa nak pergi toilet." kata Mim.

"Oh.. Angkatlah tangan, minta izin lecturer." cadangan Auni.

"Err.." Mim malu memandangkan pensyarah ketika iaitu ialah Sir Firdaus. Seorang pensyarah lelaki yang segak dan muda. Ramai pelajar meminati Sir Firdaus dek rupanya yang kacak. Tetapi Mim tiada perasaan pun pada Sir Firdaus. Cuma dia malu sikit.

"Okay kelas, take 5 minit." kata Sir Firdaus.

"Alhamdulillah." Mim menarik nafas lega. Dia terus ke tandas.

"Lega.." kata Mim. Dia basuh tangannya dan segera kembali ke kelas semula.

"Ziqry?" soal Mim. Dia nampak Ziqry dari jauh. Mim pun menghampirinya.

"Ziqry?" panggil Mim.

"Hah?" lelaki itu menoleh. Ternyata orang itu bukan Ziqry. Dia cuma memakai sweats shirt kuning sama seperti Ziqry.

"Eh? Sorry-sorry." kata Mim. Dia terus berlalu pergi.

"Mana Ziqry eh? Dah lama tak jumpa." bisik Mim. Sudah berhari dia tidak terserempak dengan Ziqry. Kali terakhir jumpa minggu lepas.

"Entahlah." Mim masuk ke kelasnya semula. Setelah itu pembelajaran diteruskan semula sampailah kelas tamat.

"Jom makan." kata Auni.

"Ye." Mim mengangguk. Mereka pun keluar kelas.

"Mim." panggil Fiqry.

"Fiqry?" Mim menoleh melihat Fiqry. Fiqry tersenyum.

"Takpelah Mim saya pergi dulu. Nanti awak datanglah ye." kata Auni.

"Sorry Auni. Tapi tak janji tau. Kalau kita lambat Auni terus gi surau. Jumpa sana." kata Mim.

"Oh. Okay. Pergi dulu." kata Auni.

"Okay." kata Mim.

Fiqry berjalan ke arah Mim.

"Nak apa?" soal Mim.

"Of course nak kau Mim." kata Fiqry.

"Hah?" Mim terkejut.

"Maksud aku nak pertolongan dari kau." kata Fiqry.

"Hmm.." balas Mim.

"Mim.." panggil Fiqry.

"Ye?" balas Mim.

"Free tak?" soal Fiqry.

"Bolehlah." kata Mim.

"Okay. Nak tanya sikit boleh?" soal Fiqry.

"Tanya pasal Ziqry kan?" Mim malas hendak basa basi.

"Yup." Fiqry mengangguk.

"Kita tak jumpa dia lagi." kata Mim.

"Tak jumpa?" soal Fiqry.

"Ziqry tak muncul. Tak boleh nak tanya." kata Mim.

"Eh? Kenapa?" soal Fiqry.

"Tak tahu." Mim angkat bahunya.

"Hm.. Takpe nanti dia muncul kot." kata Fiqry.

"Mungkin." kata Mim.

"Mim kau ada syak siapa-siapa tak?" soal Fiqry. Mim mengangkat bahu. Nak syak siapa? Satu habuk pun Mim tak tahu.

"Aku ada syak someone." kata Fiqry.

"Siapa?" soal Mim.

"Adalah someone." kata Fiqry.

"So apa alibi dia?" soal Mim.

"Hah? Err.. Entah." balas Fiqry.

"Dah tu macam mana boleh syak?" soal Mim.

"Sebab dia suka Dewi." kata Fiqry.

"Hah? Maksudnya?" balas Mim.

"Macam yang aku pernah cerita, Dewi gf Ziqry. Tapi dalam masa yang sama someone tu pun ada perasaan pada Dewi. Dia nampak jelous bila Dewi dengan Ziqry." cerita Fiqry.

"Mana awak tahu?" soal Mim.

"Oh. Dia pun budak degree jugak." kata Fiqry.

"Oh.." balas Mim.

"Tapi Dewi memang tak suka langsung kat someone tu. Sebab someone tu sepupu Dewi." kata Fiqry.

"Hah? Suka sepupu sendiri?" soal Mim. Peliknya. Mim tidak pernah suka sepupu sendiri. Setakat puji handsome tu adalah tapi tak pula cakap secara terus. Cuma cakap dalam hati tanpa wujud sebarang perasaan. Lagi pula sepupu tu kan keluarga. Janggallah.

"Ha'ah." kata Fiqry. Dia mengangguk.

"So apa kena mengena dengan Ziqry?" soal Mim.

"Haish. Dia dengki dengan Ziqry. Then dia tolak Ziqry sampai jatuh." kata Fiqry.

"Seriuslah?" soal Mim. Dia terkejut. Takkanlah sampai membunuh pula. Kes cemburu je lagipun Dewi bukan kekasih someone tu.

"Aku syak je. Tak confirm pun. Tu contoh je." kata Fiqry.

"Tak baik tau tuduh orang macam tu. Nanti jatuh fitnah." kata Mim.

"Sebab tulah aku cakap macam tu." kata Fiqry.

"Okay.." kata Mim.

"Sentap ke?" perli Fiqry.

"Eh? Bila masa?" soal Mim.

"Dengar okay tu macam sedih je." kata Fiqry.

"Takdelah okay jew." kata Mim dengan nada main-main.

"Kau merajuk mesti comel kan?" kata Fiqry.

"Mengarut." kata Mim. Dia nampak macam marah. Dia tidak suka.

"Okay gurau je." kata Fiqry.

"Ada apa-apa lagi nak cakap ke? Orang busy ni." kata Mim.

"Err.. Takde kot. Tu je." kata Fiqry. Itu sahajalah yang boleh dikatakan.

"Okay. Bye." kata Mim.

"Okay. Baik-baik study." pesan Fiqry.

"Erk?" bisik Mim. Tiba-tiba sahaja Fiqry pesan macam tu. Mim hanya membalas dengan senyuman.

Mim terus jumpa Auni. Setelah itu mereka solat disurau kolej. Usai solat mereka ke perpustakaan untuk membuat tugasan sementara menunggu kelas yang seterusnya.

"Mim, nak tanya sikit boleh tak?" soal Auni.

"Apa?" soal Mim. Mim sedang mencari maklumat berkaitan tugasan dikomputer ribanya.

"Pasal Fiq." kata Auni.

"Hah?" Mim angkatkan badannya sedikit memandang Auni yang duduk dihadapannya.

"Err.." balas Auni.

"Kenapa Auni?" soal Mim. Laptopnya ditolak sedikit kerana menghalang pandangannya melihat muka Auni.

"Takdelah hari tu kan Mim kata dia minta tolong sebab pasal kes Ziqry ke siapa tu. Hm.. Dah settle ke?"

"Betullah Ziqry. Tak settle lagi." kata Mim.

"Oh.. Mim boleh nampak roh Ziqry eh?" soal Auni.

"Boleh." Mim mengangguk.

"Oh. Jadi maknanya Mim boleh bercakap dengan roh?" soal Auni.

"Kalau Auni nak tahu dulu tak boleh. Sebab roh-roh yang Mim nampak cuma dalam mimpi sahaja. Tapi sekarang boleh." kata Mim.

"Mim tak takut ke?" soal Auni. Sebenarnya dia masih musykil lagi. Bila dia tengok Fiqry tadi terus dia teringat apa yang Mim ceritakan tempoh hari.

"Dah banyak kali nampak. Jadi dah biasa. Macam orang katalah alah bisa tegal biasa." kata Mim.

"Oh.." balas Auni.

"Sebenarnya Mim. Saya ada tahu pasal sorang ustaz ni. Mungkin dia boleh tolong. Nama dia Ustaz Dollah." Auni beri sekeping kad.

"Terima kasih." Mim ambil kad itu.

"Sama-sama. Nanti trylah call ustaz tu." kata Auni.

"Okay. Insha Allah." kata Mim. Dia simpan kad itu didalam poket seluarnya.

"Eh. Auni dah nak dekat waktu kelas. Jom." kata Mim selepas melihat jam ditangan.

"Oh ye. Jom." mereka pun ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience