Bab 12

Romance Series 410

"Tolong saya.. Tolong saya.." suara perempuan sayu-sayu kedengaran meminta pertolongan.

"Siapa tu?" soal Mim. Dia mengigil ketakutan. Tetapi dia seolah-olah mengenali suara itu.

"Tolong..." suara itu berbunyi lagi.

"Mim tahu ini mimpi. Siapa awak? Apa yang awak nak?" soal Mim. Ketika ini dia berada dialam mimpi. Mim berada disebuah gudang kosong. Tiada apa yang disitu. Tempat itu usang dan kotor.

"Kenapa awak cari saya?" soal Mim. Dia perlu mendapatkan jawapan. Hal ini kerana perempuan itu sentiasa muncul. Mim perlu tahu mengenai apa yang berlaku pada perempuan itu. Mim percaya yang dia telah meninggal dunia.

Mim pun berjalan sekitar gudang itu. Dia perlu mencari petunjuk. Mungkin ada petunjuk disitu.

"Kenapa?" Mim terkejut. Dia terdengar suara lelaki menjerit.

"Siapa pulak tu?" bisik Mim. Dia mula rasa meremang.

Mim berjalan senyap ke arah suara tersebut. Dia menyorok dibalik tiang. Senyap-senyap dia mengintai. Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Mim tidak dapat melihat wajah mereka dengan jelas.

Apa yang Mim nampak perempuan itu diikat disebuah kerusi. Sepertinya dia telah diculik.

"Perempuan tu.." Mim teringat baju perempuan yang selalu muncul dimimpinya. Pakaiannya serba putih.

"Kenapa?" soal lelaki itu kepada perempuan tersebut.

"Kenapa bukan aku?" soal dia lagi.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Lepaskan aku." pinta perempuan itu.

"Aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila." kata lelaki itu.

"Lepaskan aku! Kau dah gila." jerit perempuan itu. Mim masih lagi memerhati ke arah mereka.

"Ye, aku gilakan kau." balas lelaki.

"Aku tak suka kau. Lepaskan aku." kata perempuan itu.

"Aku akan lepaskan kau kalau kau terima aku." kata lelaki itu.

"Sampai bila-bila pun aku takkan terima kau. Aku rela mati daripada bersama dengan orang macam kau. Kau jahat! Kau kejam!" kata perempuan itu.

"Okay! Kalau macam tu aku takkan lepaskan kau." suara lelaki itu meninggi.

"Lepaskan akulah. Tolong! Tolong!" perempuan itu menjerit.

"Diam jangan bising." kata lelaki itu.

"Tolong! Tolong!" perempuan itu meronta dan menjerit sekuat hati.

"Aku kata diam." lelaki itu menekup mulut perempuan itu dengan tangannya. Perempuan itu meronta-meronta. Hampir sepuluh minit dia bergelut dengan lelakk itu dan akhirnya dia senyap. Lelaki itu terkejut.

Begitu juga dengan Mim. Mim terkejut dan dia bergerak ke belakang dan melanggar sesuatu dibelakangnya.

"Hah?" Mim terkejut dan pusing ke belakang.

"Tolong saya." perempuan tadi betul-betul berada didepan Mim. Wajahnya pucat dan berlumuran darah.

"Argh!" Mim menjerit sekuat hati. Lalu dia terus pengsan.

Beberapa minit kemudian Mim tersedar semula. Dia sudah kembali ke dunianya. Dia terjaga daripada tidurnya.

"Alhamdulillah." kata Mim. Dia berasa lega. Tetapi dia agak terganggu dengan mimpi tadi.

"Siapa mereka? Apa yang jadi sebenarnya?" soal Mim.

"Siapa perempuan tu? Dia dah mati?" bisik Mim. Dia tekun berfikir.

Tok.. Tok.. Pintu bilik Mim diketuk.

"Siapa tu?" bisik Mim.

"Adik dah bangun ke? Tak pergi kelas ke hari ni?" soal Puan Maznin.

"Oh.. Mama." kata Mim.

"Ye ma, adik dah bangun. Ada. Adik tengah nak siap." Mim terus bangun untuk mandi.

"Okay." balas Puan Maznin.

Mim segera mandi dan bersiap. Setelah itu dia turun bawah untuk bersarapan. Nasib baik hari ni kelas pukul 10 pagi. Kalau tidak tentu Mim dah lambat.

"Mama, papa.." kata Mim. Dia duduk dimeja makan. Puan Maznin dan Encik Azzan senyum ke arah Mim.

"Kelas adik pukul berapa hari ni?" soal Puan Maznin.

"Pukul sepuluh ma." kata Mim.

"Oh. Lewat. Kalau tak boleh papa hantarkan." kata Encik Azzan.

"Ha'ah." kata Puan Maznin.

"Takpe papa, mama lagipun adik kan naik basikal." kata Mim sambil tersengih.

"Oh yelah. Study semua okay tak dik?" soal Encik Azzan.

"Em.. Okay je pa." balas Mim.

"Oh.. Seronok?" balas Encik Azzan.

"Bolehlah. Ramai kawan." kata Mim.

"Baguslah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa bagitahu papa tau. Pasal duit belanja ke, apa-apalah." pesan Encik Azzan.

"Okay pa." jawab Mim.

"Takpelah papa, mama pergi kerja dulu. Adik nanti hati-hati bawa basikal." pesan Encik Azzan.

"Okay pa." kata Mim sambil mengangguk. Dia bersalaman dengan papa dan mamanya. Papa dan mama Mim pun berangkat ke tempat kerja mereka.

Mim membaca buku sementara menunggu masa untuk ke kolejnya. Apabila masa berlalu beberapa minit Mim pun ingin ke kolej.

"Pergi dulu Chik Yan." kata Mim. Dia tegur Chik Yan yang ada didapur.

"Ye, hati-hati." balas Chik Yan. Mim pun ke kolejnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience