BAB 13

Romance Completed 9652

Suasana di halaman rumah Encik Zaiful kelihatan saudara-mara terdekat mulai beransur pulang. Syukur. Persiapan untuk hari esok telah selesai. Esok tibalah hari bahagia buat anak gadisnya. Tetapi bagi Aimi esoklah hari yang paling malang buatnya.

Saat ini dia mulai merasakan bebannya. Andai waktu dapat diputarkan kembali,dia ingin membantah sahaja permintaan sepupunya itu. Dia tak sanggup! Dia tak rela! Ikutkan hati ingin dia meraung,menjerit memanggil nama Airil. Mengharapkan lelaki itu ada di sisinya tatkala ini.

“Kenapa kau terima permintaan Abang Am dulu? Kalau tak,semua ni takkan jadi. Kenapa kau nak hancurkan hidup kau sendiri ?” Kata-kata Syakira makin membuatkan hati Aimi sebak.

“Aku tahu aku yang salah. Aku silap buat pilihan. Aku mengaku aku masih sayangkan Airil tapi aku tipu dia selam ni. Aku kecewakan dia. Aku…”

“Aimi…”

Aimi tersentak. Bagaikan sedang bermimpi,suara yang didengarinya itu seolah-olah satu suara yang amat dirinduinya selama ini. Syakira sudah tersenyum di sisi Aimi. Tampaknya dia berjaya memanggil Airil tampil bersuara.

Airil? Saat Aimi menoleh,dia bagaikan tidak percaya. Baru sebentar tadi dia mengharapkan kedatangan lelaki itu. Sekarang,Airil muncul di hadapannya. Dari jauh,Puan Syidah memerhatikan mereka.

Dia mendapat tahu kedatangan Airil melalui Syakira kerana semua itu perancangannya. Sebagai seorang ibu,dia inginkan kebahagiaan terus menetap dalam hidup anak kesayangannya itu. Soal suaminya,Puan Syidah sudah bersedia untuk menjelaskan segala-galanya.

“Airil,apa yang awak buat kat sini?” Aimi sempat bertanya. Saat itu hatinya mulai berdebar-debar.
“Saya mahukan kepastian. Betul ke apa yang saya dengar tadi? Awak masih sayangkan saya? Hubungan kita? Please,Aimi. Jangan tipu hati awak. Bagitau saya sejujurnya. Please.”Pinta Airil,penuh mengharap.

Airil dan Aimi saling menatap wajah antara satu sama lain. Tatkala itu hati masing-masing berdebar-debar. Jantung berdegup kencang. Pandangan kasih mula membara. Cinta seakan-akan digamit kembali. Aimi semakin berasa serba salah. Untuk mengelak,dia tak sanggup lagi.

“Ya,apa yang awak dengar tadi memang betul. Saya masih sayangkan awak,Airil. Sampai hari ni,saya cintakan awak. Saya…”

“Aimi Nadila!!!”

Airil dan Aimi tersentak. Pandangan mereka beralih ke arah satu suara keras yang berdiri di belakang Aimi. Berderau darah Aimi. Dia langsung tidak menyedari Irham berada di situ. Airil tidak berganjak. Untuk cinta,dia akan pertahankannya. Namun tatkala itu Aimi mulai tidak sedap hati apabila Irham mulai menuju ke arahnya. ‘Apa yang akan berlaku?’
Sebulan Kemudian…

“Aimi,Airil mari minum dulu!” Laung Puan Syidah.

Panggilan Puan Syidah disahut Aimi Nadila dan Airil Fikri yang ralit berdua-duaan di kolam ikan yang berhampiran halaman belakang rumah.

“Ayik nak berkepit aje sampai tak ingat nak minum petang ya? Kalau macam tu nanti bolehlah aturkan cucu berbelas-belas untuk ibu.” Kata-kata Puan Syidah disambut gelak Airil. Aimi yang berasa malu terus mencubit lengan suaminya.

“Aduh,apa ni?” Airil mengusap-usap lengannya yang terasa sakit. Puan Syidah sekadar tersenyum melihat gelagat pasangan suami isteri itu.

“Ibu nak pergi mana? Minumlah sekali.” Ajak Airil apabila melihat ibu mertuanya ingin masuk ke dalam rumah.

“Minumlah dulu. Ibu nak panggil abah kat atas. Entah apa yang dibuat lama sangat nak turun.” Jawab Puan Syidah lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Sebenarnya dia sengaja ingin membiarkan Anak dan menantunya itu menikmati minuman petang secara berdua tanpa diganggu sesiapa. Biarkan lebih romantik! Airil sekadar mengangguk lantas tersenyum.
“Sayang,saya tak sangka Abang Am baik hati sangat. Kalau tak kerana dia,saya takkan dapat awak.” Ucap Airil membuatkan Aimi tersenyum.

“Sebenarnya saya pun tak percaya. Tapi manusia boleh berubah termasuk kita.” Aimi mencuit pipi Airil.

Irham Hakimi. Sangkaannya hati lelaki itu keras dan sukar untuk dicairkan lagi. Tetapi Airil percaya inilah takdir Ilahi. Pada malam sebelum hari Aimi diijab kabulkan,Airil bergegas ke rumah Aimi selepas mendapat panggilan daripada Syakira yang memintanya memulihkan keadaan.

Katanya Aimi tidak akan bahagia menjadi isteri kepada Irham kerana hati wanita itu masih untuknya. Kenyataan itulah yang membuatkan Airil ingin mendapatkan kepastian. Apabila terbukti bahawa cinta Aimi masih untuknya Irham yang berada di situ mendengar pengakuan Aimi.

Pada saat yang tegang itulah Airil menyangka Aimi akan teruk dimarahinya. Pasti teruk juga Airil dibelasahnya. Tetapi ajaibnya keadaan tatkala itu.

“Aimi,Abang Am minta maaf. Abang tak sepatutnya paksa Aimi kahwin dengan abang. Abang tahu Aimi cintakan Airil. Abang harap Aimi bahagia dengan Airil. Terimalah Airil.”

Kata-kata Irham Hakimi membuatkan Aimi dan Airil sukar mempercayainya. Namun setelah Irham membatalkan perkahwinan dan mahu menyatukan semula hubungan Aimi dengan Airil yang telah terputus,dengan hati terbuka kedua-dua orang tua Aimi mempersetujui niat murninya. Malah Syakira turut ‘melompat’ gembira.

“Saya harap apa yang Abang Am buat untuk kita berdua,ikhlas dari hati dia.”
Aimi lantas bangun dari kerusi dan berdiri memandang langit biru yang indah. Cuaca petang yang redup itu menenangkan hatinya. Airil tersenyum memandang wajah ayu isterinya. Bahu Aimi dipaut.
“Saya harap saya takkan kehilangan awak lagi.” Lembut suara Aimi

Airil terharu mendengarnya. Tatkala ini dia benar-benar rasa bersyukur pada Yang Maha Esa kerana mendengar doanya. Permintaanya dimakbulkan. Aimi Nadila,wanita yang sekian lama menghuni hatinya kini telah menjadi milik halalnya.

Dia berjanji pada diri sendiri untuk terus mencintai Aimi dan menerima segala kelebihan dan kekurangan wanita itu seadanya. Begitu juga dengan Aimi. Dia berasa bahagia kerana dia masih dicintai Airil Fikri walaupun selama ini dia pernah menyakiti hati lelaki itu.

“Sayang,awak sayang saya tak?” Soal Aimi sambil memaut lengan suaminya.

“Kenapa tanya macam tu? Sayanglah. Kalau tak,saya takkan ada di sisi awak. Saya dah tak ada sesiapa dalam dunia ni melainkan awak dan family awak. Jadi,jangan tinggalkan saya sebab saya takkan cintakan orang lain melainkan sayang seorang.” Ucap Airil mencuit dagu Aimi.

Aimi mengangguk lantas tersenyum. Encik Zaiful dan Puan Syidah yang hanya memerhatikan dari jauh tersenyum bahagia. Benar,tak salah gerak hati mereka mengatakan hanya Airil yang mampu mengukirkan senyuman anak kesayangan mereka itu. Moga mereka terus bahagia.

Biarkan cinta kita seindah langit biru,biarkan sayang kita terus kekal di hati kerana cinta tak selalunya menyakitkan… Andai saja kita memberi ruang merawat hati yang luka dan menerima insan baru dengan perspektif baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience