BAB 10

Romance Completed 9652

Tanah lapang yang hanya dihiasi pepohon kehijauan menenangkan hati Aimi Nadila. Sesekali angin petang meniup tudungnya. Tempat ini dirasakan sama seperti dulu.

“Awak masih sukakan tempat ni?” Suara Airil Fikri menyentakkan Aimi Nadila.

Aimi sekadar mengangguk dan senyum sebentar. Airil masih berdiri di sebelahnya. Aimi tidak pasti mengapa dia dibawa ke situ. Pada mulanya dia ingin menolak kerana masih berasa marah terhadap lelaki itu ditambah pula dengan kepenatannya yang baru pulang dari sekolah tetapi apabila difikirkan tidak sewajarnya begitu.

Dia sendiri yang mengatakan di hadapan Airil bahawa cintanya tiada lagi untuk lelaki itu. Tetapi itu hanya di bibir bukan di hati. Segala penat lelah tersingkir sekejap.

“Kenapa awak bawa saya ke sini? Tempat ni…” Belum sempat Aimi habis berkata,Airil mencelah.
“Mengingatkan awak masa kita in love dulu? Aimi,sebab itulah tujuan saya dan awak ada kat sini.” Airil merenung wajah ayu Aimi.

Melihat Airil tidak berkerdip menatapnya,Aimi mengalihkan pandangannya ke arah setiap ruang di situ. Memang dirasakan masih terpalit memori terindah di situ. Di situlah Aimi dan Airil menghabiskan masa mengulang kaji bersama-sama ditemani rakan-rakan yang lain dan di situlah Airil meluahkan perasaannya lantas mengucap janji.

“Aimi,Aimi!” Panggil Airil.

Aimi tersentak lantas memandang Airil. Berdebar hatinya tatkala Airil sudah menatap wajahnya.
“Aimi Nadila,sudi tak awak jadi teman hidup saya?”

Hampir luruh jantung Aimi apabila mendengar luahan Airil. Seriuskah lelaki itu? Ingin sahaja dikatakan Ya! Namun ianya hanya tersimpan di dalam hati. Saat itu jugalah dia teringatkan Irham Hakimi. Permintaan lelaki itu!

“Maafkan saya,Airil. Saya tak boleh terima awak. Saya ada orang lain.” Suara Aimi kedengaran sebak di penghujungnya.

Aimi Nadila mula memusingkan tubuhnya menghadap ke arah lain. Saat itu kakinya terasa ingin melangkah pergi.

“Nanti dulu! Aimi,jangan tipu saya. Awak jugak masih cintakan saya bukan? Kalau tak,kenapa awak masih simpan gambar kita berdua sampai sekarang dan kenapa awak masih tulis I Love U Airil dan Aimi dalam kertas ni? Kenapa? Sebab awak masih cintakan saya kan?” Mata Airil mulai berkaca.

Sekeping gambar dan kertas kecil yang ditunjuk oleh Airil mengejutkan Aimi lantas mematikan langkahnya. Eh,bagaimana gambar mereka berdua dan kertas itu berada pada Airil? Syakira! Pasti teman baiknya itu yang memberikannya kepada Airil.

“Saya simpan gambar dan kertas tu buat kenangan. Itu semua dulu. Saya tak tipu awak,Airil. Untuk pengetahuan awak,saya akan kahwin tak lama lagi. Harap awak faham.” Ucap Aimi.

Dia tidak menunggu lama. Hatinya makin berasa sebak. Secara kebetulan teksi yang lalu di situ ditahannya. Gambar dan kertas itu terlepas dari pegangan Airil. Dia melutut ke tanah. Retak! Segalanya telah musnah. Hatinya hancur berkecai!!! AIMI!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience