BAB 8

Romance Completed 9652

“Hah? Kau nak lamar Aimi?” Soal Jefri inginkan kepastian.
“Yup!” Jawab Airil.

“Tapi Ril,dia kan anggap kau just friends. Macam mana kalau dia reject?”
“Kalau dia reject,aku terpaksa terima tapi kau jugak yang cakap cuba dulu baru menyerah. Aku nak cuba.” Airil meyakinkan teman baiknya.

Jefri mengangguk lantas tersenyum. Kemudian dia meminta diri untuk menyambung semula kerjanya. Airil tersenyum tawar. Dia terfikirkan Aimi Nadila.

Setelah menatap foto milik Aimi yang tercicir di Cafe tempoh hari,Airil tidak menyangka gambar mereka berdua masih disimpan. Gambar itu diambil sewaktu menyambut hari lahir Aimi pada 27 September 5 tahun yang lalu. Saat itu terlalu indah.

Percintaan mereka tatkala itu bukan membuatkan diri asyik berkhayal soal cinta tetapi mengukuhkan prestasi mereka dalam pelajaran. Airil dan Aimi saling bertukar pendapat dan nota-nota ringkas yang dihasilkan sendiri.

Tetapi sayang,Airil terpaksa menghancurkan harapan Aimi atas kehendak orang tuanya. Dia terpaksa diterbangkan ke London dan menjadi tunangan seorang wanita yang langsung tidak dikenali apatah lagi menyukai.

Kalau Aimi benar-benar membencinya saat mereka terputus pasti Aimi sudah membuang gambar itu sejauh-jauhnya. Mungkin sahaja dia membakarnya. Tapi kenapa tidak? Apakah kerana cintanya masih ada? Yes!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience