BAB 1

Romance Completed 9652

“Aimi,tunggu dulu. Let me explain!”

“Apa lagi yang awak nak daripada saya?”

“Saya cuma nak awak dengar penjelasan saya. Itu aje!”

“Penjelasan apa? Airil,saya tak nak dengar apa-apa lagi!”

“Please,saya betul-betul nak awak dengar penjelasan saya.”
“Penjelasan apa lagi? Kenapa awak tak jelaskan 5 tahun yang dulu? Waktu awak sakitkan hati saya! Waktu awak tipu saya!”

Sebulan Kemudian…

Semenjak berpisah kira-kira 5 tahun yang lalu tampaknya masih sama. Aimi Nadila masih dingin terhadapnya. Airil Fikri semakin dihimpit perasaan bersalah yang menebal dalam diri. Dia tahu semua ini salahnya. Dia yang memulakan dahulu. Jadi,dia yang harus menanggungnya.

Aimi Nadila tidak bersalah. Gadis itu cuma menjadi mangsa keadaan. Ikatan cinta yang terjalin sewaktu di kolej dahulu terlerai kerana Airil sendiri. Dia gagal mempertahankan cintanya pada Aimi. Namun apakan daya kehendak orang tuanya perlu dituruti walaupun hati sendiri yang terluka,cintanya terkorban.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience