BAB 12

Romance Completed 9652

Seminggu Kemudian…

Aimi Nadila. Gadis itu akan menjadi milik Irham Hakimi sepenuhnya selepas majlis akad nikah yang akan dilangsung pada hari esok. Itu bererti Airil Fikri akan disisihkan daripada cinta gadis itu. Perasaannya terpaksa ditolak ke tepi.

“Sudahlah Ril,lupakanlah Aimi. Mungkin jodoh kau bukan dia. Jangan risaulah ramai lagi ‘bunga’ kat luar sana.” Jefri cuba menenangkan teman baiknya.

Airil tersenyum tawar. Lupakan Aimi Nadila? Entah. Dia sendiri berasa berat hati untuk melepaskan gadis yang dicintainya sepenuh hati mahupun melupakannya. Terlalu sukar buatnya.

“Aku tahu kau susah nak lupakan dia kan? Tapi Ril,kalau dia bahagia nanti takkan kau nak musnahkan rumah tangga dia?”

“Apa pulak sampai ke situ? Aku bukan tak nak lupakan dia tapi dia sangat special bagi aku. Yang aku tak pernah jumpa pada perempuan lain. Tapi kalau dia bahagia tanpa aku,it’s okay. Aku tumpang gembira.” Ujar Airil,tenang walaupun bukan itu yang ingin dia katakan.

Tumpang gembira? Arrghh!!! Susah! Dia hanya akan gembira andai Aimi menjadi miliknya. Jefri sekadar mengangguk. Sesekali bahu Airil ditepuk perlahan. Cuba untuk memberikan kekuatan kepada teman baiknya sejak di bangku sekolah itu.

“Jef,aku…” Belum sempat Airil menghabiskan kata-katanya,telefon bimbitnya berdering.
“Helo,Waalaikumussalam. Syakira,ada apa?”
“Airil,sebenarnya Aimi…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience