BAB 6

Romance Completed 9652

Hari berganti hari hampir dua bulan istilah ‘teman biasa’ terjalin antara Aimi Nadila dan Airil Fikri. Saat itu Aimi seakan-akan merasakan suatu kelainan dalam hidupnya. Namun saat ini dia belum menceritakan apa-apa kepada Syakira.

Dia seolah-olah dapat merasakan ‘bahagia’ kembali. Setiap apa yang dilakukan oleh Airil dirasakan sangat istimewa baginya walaupun Aimi tidak terlalu mempamerkan reaksi ‘terlampau’ gembira bertemu lelaki yang masih dicintainya dalam diam itu.

Masih segar diingatannya saat dia dalam kedinginan menunggu hujan lebat reda pada malam itu di luar sebuah restoran. Agak sukar untuk dia terus pulang ke rumah kerana cuaca tidak mengizinkan.
Pada waktu itu Airil yang bertanggungjawab mengajak dia menikmati makan malam di situ bertindak menyelimuti Aimi yang hanya mengenakan t-shirt lengan panjang putih dan bertudung bawal merah dengan jaket milik Airil.

Pada masa itulah Aimi Nadila berasa dia sangat dihargai dan diberi perhatian. Paling menyentuh hati gadisnya apabila Airil sanggup meredah hujan seorang diri semata-mata untuk mengambil payung buat memayungi Aimi mengiringinya masuk ke dalam kereta.

Aimi sendiri tertanya-tanya. Mengapakah layanan terbaik yang diberikan oleh lelaki itu sama seperti mereka berpasangan dahulu? Apakah Airil ingin hubungan mereka erat semula? Bercinta? Aimi benar-benar ingin tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience