BAB 3

Romance Completed 9652

“Aimi,kau masih belum maafkan Airil?” Sekali lagi Syakira inginkan kepastian.

Bukan mahu ‘jaga tepi kain orang’ tetapi sejak kehadiran Airil Fikri dalam hidup teman baiknya itu semula seolah-olah lebih suka menyendiri. Kadangkala dia berlinangan dengan air mata.

Aimi Nadila sekadar menggeleng perlahan. Mendengar sahaja pertanyaan Syakira,dia teringatkan lelaki itu. Airil Fikri. Lelaki yang pernah memungkiri janjinya. Menjanjikan cinta setia namun kesudahan hidupnya disinggahi duka.

Mengapa dia mesti kembali? Mengapa lelaki itu bermati-matian inginkan perhatiannya? Ingin meleraikan segala-galanya? Sedangkan selama ini Aimi sentiasa menanti penjelasan datang menghadapnya. Tapi kenapa? Kenapa baru kini Airil tampil saat hatinya hampir terasa hancur!
“Aku bukanlah nak sebelahkan Airil tapi aku rasa dia betul-betul menyesal. Aku tahu kau masih sayangkan Airil kan? Tak baiklah kalau kau berterusan bermusuh dengan dia.” Ucap Syakira.

“Tapi Kira,apa yang dia buat betul-betul menyakitkan hati. Dia tinggalkan aku! Dia mungkir janji!” Bidas Aimi.

“Aku tahu,Aimi. Aku pun rasa sakit hati bila Airil tinggalkan kau macam tu aje tapi dari riak muka dia,aku rasa dia bersungguh-sungguh nak kemaafan kau. Maafkanlah.”

“Aku tak tahu,Kira. Aku dah buntu.”

“Lupakanlah benda yang dah lepas. Sekurang-kurangnya kau boleh anggap dia sebagai kawan biasa aje. Itupun kalau kau ikhlas maafkan dia. Kalau kau masih macam ni nanti kau jatuh sakit pulak. Kau fikirlah masak-masak. Dengarlah dulu penjelasan Airil sebelum kau hukum dia.” Ujar Syakira sambil mengusap lembut bahu Aimi.

Syakira tahu Aimi masih menyimpan perasaan sayang pada Airil. Cuma di bibirnya sahaja mengucap benci tetapi dalam hati masih terselit rasa kasih terhadap lelaki itu. Mata Aimi Nadila kelihatan mulai berkaca.

Fikirannya terasa kusut benar. Rimas! Tetapi saat Airil Fikri menatap matanya,terasa jantungnya bagaikan hendak gugur. Cintanya seakan-akan ingin digamit kembali. Namun saat dia terkenangkan perbuatan lelaki itu,dia kembali sedar. Perlukah dia mengetahui segala kebenaran lelaki itu?
Tiga Hari Kemudian…

“Saya bukan berniat nak putuskan hubungan kita macam tu aje. Tapi saya terpaksa turutkan kehendak papa saya. Dia nak jodohkan saya dengan anak kawan baik dia,Elena. Tapi saya selalu mengelak bila papa saya tanya pasal pertunangan.

Lepas tu,papa saya dapat tahu hubungan kita dan anggap awak punca saya memberontak. Dia beri saya pilihan sama ada saya putuskan hubungan dengan awak atau papa saya akan buatkan awak dibuang dari kolej.

Saya terpaksa putuskan hubungan kita sebab tak nak awak tercicir dalam pengajian. Saya tahu awak benci saya sebab putus tanpa bagitau apa-apa pun. Tapi saya tak dapat buat apa-apa. Sebagai anak,saya terpaksa akur. Saya minta maaf,Aimi.” Terang Airil Fikri panjang lebar.

Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Aimi Nadila dimanfaatkan sebaik-baiknya. Airil menceritakan segala-galanya pada pertemuan antara dia dan Aimi di tasik itu. Selama 5 tahun dia memendam perkara ini seorang diri. Namun kali ini dia tidak mampu menahan rasa kesakitan hidup tanpa cinta gadis itu.

Aimi Nadila terus membisu. Jantungnya bagaikan hendak luruh mendengar penjelasan lelaki itu. Dia berasa sedih berbaur terharu. Memang jauh ke lubuk hatinya ingin sahaja Aimi katakan dia yang turut bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience