BAB 5

Romance Completed 9652

Aimi Nadila. Namanya secantik orangnya. Gadis manis bertudung bawal berbaju kurung tampak sopan. Aimi masih seperti dahulu. Senyuman manis gadis itulah yang menggamit perasaan Airil Fikri. Cinta dan Sayang.

Namun apa yang diungkapkan Aimi Nadila tiga hari yang lepas hampir mematikan semangat Airil. Sangkanya Aimi mahu menjalinkan hubungan mereka semula memandangkan Aimi tidak dapat menerima cinta lelaki lain selepas Airil.

Tetapi lain jadinya. Aimi meminta hubungan mereka cukuplah sekadar teman biasa. Airil terpaksa akur walaupun bukan itu jawapan yang dia mahukan. Tetapi apabila difikirkan semula memang harus begini.

“Don’t worry,man. Kau kena cuba dulu baru mengalah kalau tak menjadi. Jadi kawan dulu baru ‘angausawan’. Hahaha!” Jefri lantang memberi sokongan. Airil turut ketawa.

“Angausawanlah sangat. Tapi Jef,aku tahu Aimi masih belum percayakan aku sepenuhnya. 5 tahun dia anggap aku penipu,mainkan perasaan dia.” Ucap Airil.

“Alah,itu benda kecil aje. Kalau hati ikhlas buat apa pun menjadi,bro! Sudah-sudahlah tu. Aku tahulah kau tu bos besar kat syarikat ni tapi jangan asyik cintan-cintun aje. Kerja tu mesti excellent ” Jefri acung tangan tanda bagus.

Kata-kata semangat teman baiknya itu membuatkan Airil tergelak. Namun dirasakan ada terselit pengajaran. Dia yakin andai dia gagal memiliki Aimi sebagai suri hidupnya mungkin cukuplah sekadar menjadi teman baik kepada gadis itu walaupun hakikatnya dia tak rela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience