BAB 4

Romance Completed 9652

Namun selama 5 tahun dia dalam tanpa kepastian hati perempuannya seakan-akan hambar. Mungkin dia dan Airil tidak serasi di alam percintaan walaupun dia akui masih mencintai Airil. Buktinya hubungannya dengan Airil tidak direstui bapanya walaupun keluarga Aimi menyenangi Airil.

“Saya selalu maafkan awak kalau awak betul-betul jujur. Cukuplah pertemuan kita setakat ini aje. Saya tak nak hubungan awak dan papa awak renggang disebabkan saya. Cukuplah saya dah dapat kepastian.” Ucap Aimi.

“Papa saya dah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Sakit jantung lepas dapat tahu yang saya putuskan pertunangan dengan Elena.” Ucap Airil,tenang. Sekali lagi Aimi bagaikan terkejut.

Walaupun papanya telah meninggalkan dunia ini Airil takkan sesekali membenci kerana arwah tetap bapanya,yang telah memberikan segala keselesaan dan kekayaan setelah pemergian ibunya sewaktu dia masih kanak-kanak. Kini dia tiada sesiapa kecuali sahabat yang sentiasa berada di sisi.
“Takziah,Airil. Saya…” Belum sempat Aimi habis berkata,Airil mencelah.

“It’s okay. Benda dah lepas. Saya dah biasa hidup sendiri. Tapi Aimi,macam mana dengan kita?”
Pertanyaan Airil Fikri mematikan kata-kata Aimi Nadila. Tatkala itu mereka berdua saling berpandangan. Angin petang di tasik itu tampak menenangkan hati masing-masing. Namun saat itu Aimi dapat merasakan sesuatu yang berlainan dalam dirinya. Jefri,teman baik Airil hanya memerhati dari jauh. Senyuman lebar terukir dibibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience