BAB 9

Romance Completed 9652

“Airil,Airil Fikri Dato’ Fattah!”

Airil Fikri menoleh. Hah! Elena? Si bekas tunangnya yang muncul dari celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam pusat membeli-belah itu menuju ke arah Airil. Walaupun sedikit kehairanan dan tidak selesa,Airil tetap menghadiahkan senyuman kepada Elena.

“Hai Airil. You sorang aje ke?” Tegur Elena yang mengenakan pakaian yang agak menggoda seperti biasa.

“No,I dengan kawan I. Dia pergi toilet kejap.”Jawab Airil. Dia gelisah. Ditoleh ke kiri dan ke kanan tetapi Jefri masih belum kelihatan.

“I tahu you rasa pelik kan? Don’t worry,handsome. Lupakanlah soal yang dulu. Oh ya,actually I cari you sebab nak bagi something.”

Elena mengeluarkan sekeping kad berwarna-warni dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Airil.
“Jemputan ke Majlis Perkahwinan Elena dan Rayyan. Wah,congratulation Elly.” Ucap Airil,gembira. Elena bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya! Ternyata dia tersalah menilai wanita itu.

“I harap you akan datang majlis I nanti. Bawalah kawan you sekali. I tak kisah.” Elena tersenyum.
Airil mengangguk sambil tersenyum lebar. Kad jemputan itu dipegang kemas. Perbualan kosong mereka masih berterusan. Tanpa disedari,Airil diperhatikan seseorang dari jauh.

Airil? Siapa perempuan tu? Jangan-jangan Elena,ex-fiancee Airil? Kenapa nampak mesra sangat? Aimi Nadila tiba-tiba dihambat rasa cemburu membuak-buak. ‘Baru semalam I’m sorry bagai dalam whatsApp tapi hari ni menyakitkan hati!!! Tapi untuk apa dia cemburu pulak? Dia sendiri cakap yang dia tak cintakan Airil!

Telefon bimbit Aimi berdering. Abg Irham,nama itu tertera di skrin telefon pintarnya.
“Helo,ada apa abang Am?”Lembut suara Aimi menyapa.

“Aimi,kita perlu berbincang…”Suara Irham kedengaran serius di hujung talian. Aimi terdiam.
Dua Hari Kemudian…

“Abang Am tetap akan kahwin dengan Aimi. Suka atau tak ini permintaan Daddy abang. Aimi tak boleh tolak.” Tegas Irham Hakimi.

“Tapi Abang Am,kita berdua kan sepupu. Aimi tak boleh.” Aimi cuba menolak.
“Kahwin dengan sepupu tak salah. Abang cuma nak Aimi jadi pengantin abang. Gantikan tempat Kak Miera.”

“Tapi,Aimi…”

“Aimi,abang boleh sayangkan Aimi,cintakan Aimi. Aimi jugak boleh belajar cintakan abang. Tolong selamatkan maruah abang dan keluarga abang.”

Aimi Nadila menekup telinganya. Suara Irham dan dirinya seakan-akan masih bermain-main di ingatannya. Mengapa masalah ini tiba-tiba datang menghempapnya? Dia dipinta menjadi isteri kepada Irham Hakimi tanpa kerelaan. Keluarganya seolah-olah tidak membantah malah menyokong hasrat Irham.
Hanya tinggal 2 minggu sahaja perkahwinan Irham dengannya akan berlangsung. Aimi sendiri buntu kenapa Kak Syamiera sanggup lari membawa diri meninggalkan Irham sedangkan hari bahagianya hampir tiba.

Sekarang lihat siapa yang menjadi mangsanya? Aimi sendiri yang terpaksa menghadapi semua masalah ini. Bagaimana dengan perasaannya? Dia terpaksa mengorbankan cinta dan hatinya yang masih tertinggal pada seseorang. Semua ini demi menjaga maruah keluarga bapa saudaranya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience