BAB 11

Romance Completed 9652

Tiga Hari Kemudian…

Selepas peristiwa itu,Airil Fikri lebih banyak menyendiri. Urusan kerja di pejabat langsung tak diendahkannya. Malah dia sudah tidak berhubung dengan Aimi. Mana taknya,sms tak dibalas dan panggilan langsung tak dijawab.

Airil berasa hampa. Pada saat dia benar-benar ingin memiliki Aimi Nadila hasratnya tak kesampaian. Mengapa saat ini sang kumbang datang menyinggahi bunga pujaannya? Mengapa? Hatinya terasa bagaikan ditusuk sembilu. Perit. Kelukaannya berpanjangan.

Aimi,kenapa dia tak pernah berterus-terang dari awal? Kenapa? Adakah semua ini salahnya? Airil seakan-akan menyesal. Kenapa dia dan Aimi dipertemukan dan akhirnya dipisahkan. Salahnya! Dia yang harus dipersalahkan tatkala ini! Mungkin ini pembalasan untuknya! ‘Aimi,aku rindu kau! Air mata lelakinya yang cuba ditahan menitis jua.

Gambar Aimi yang manis bertudung bawal merah jambu ditatap. Kalau dia tak putuskan hubungan mereka dahulu,pasti semua ini takkan terjadi. Dia takkan kehilangan Aimi. Cinta gadis itu pasti takkan direbut oleh sesiapa pun! Namun janji tetap janji. Cintanya hanya untuk Aimi Nadila,gadis yang sentiasa bertakhta di hati lelakinya.

“Ya Allah,andai dia jodohku kembalikanlah dia ke pangkuanku semula. Aku berjanji akan menyayanginya selagi aku bernyawa…”

Kalau dulu kita tak bertemu
Takkan pernah ku rasakan erti rindu
Kalau dulu kita tak kenal
Takkan pernah ku rasakan jatuh cinta

Kau berikan aku cinta
Dan semua yang terindah
Namun hanya sehari saja

Lirik lagu cinta yang ditulisnya itu direnung lama. Hatinya turut terluka. Aimi Nadila tak ingin melukakan hati lelaki yang masih dicintainya. Andai dia dapat mengundurkan waktu,dia ingin memilih untuk tidak mengenali Airil Fikri.

Kerana terpisah daripada cinta lelaki itu Aimi sering mengalirkan air mata. Dia terpaksa memilih insan lain kerana Airil! Kerana lelaki itu! Hari perkahwinannya makin hampir. Untuk katakan tidak,dia tak dapat mengelak. Yang pasti dia harus menghadapinya walaupun perit.

“Aimi,ibu tahu Aimi belum bersedia nak jadi isteri Am. Sebab tu ibu nak Aimi buat keputusan yang betul sebelum terlambat.” Masih tergiang-ngiang kata-kata ibunya semalam.

Ternyata Puan Syidah juga memahami hati anak gadisnya. Dia juga tak ingin Aimi bahagia kerana dipaksa. Dia ingin anak kesayangannya itu menggapai bahagia dari kejujuran hati yang sebenarnya.

Tetapi Aimi sendiri masih belum pasti apakah kesudahan hidupnya. Kenyataannya cintanya hanya untuk Airil seorang. Namun segalanya telah terlewat baginya. Cinta Airil ditolak. Saat ini hatinya terasa sakit.

Aimi masih tidak dapat lupakan peristiwa 2 hari yang lalu saat dia dan Airil secara kebetulan bertemu di sebuah pusat membeli-belah. Namun waktu itu dia sedang bersama Irham dan daripada reaksi wajah Airil yang tampan itu jelas menunjukkan dia kecewa apatah lagi terluka.
“Ya Allah,aku mencintai dia tetapi andai jodohku bukan dia,aku pasrah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience