BAB 7

Romance Completed 9652

Suasana Cafe Kopitiam beransur tenang seperti biasa. Petang itu,Airil Fikri mengatur pertemuan bersama Aimi Nadila. Dengan penuh kekuatan di jiwa dia ingin meluahkan isi hatinya di hadapan gadis itu.

“Aimi,err… Awak masih cintakan saya?”

Hampir tersembur air yang diminum Aimi sebaik-baik sahaja mendengar pertanyaan itu terpacul dari mulut Airil. Tetapi sempat dikawal. Wajah Aimi yang putih bersih berubah kemerah-merahan.
“Apa yang awak mengarut ni? Kita cuma kawan aje. Saya mengaku memang saya senang dengan awak tapi tak bermakna saya cintakan awak. Lupakanlah benda yang lepas.”

Belum sempat Airil mengeluarkan sepatah kata,Aimi bingkas bangun lalu mencapai beg tangannya. Dia bagaikan sudah tidak selesa dengan keadaan itu. Dia meminta diri.

“Err… Awak nak pergi mana?” Airil sempat bertanya. Wajah ayu Aimi bertudung bawal dipandang lama.
“Saya ada hal. Malam ni ada program khas kat sekolah dengan pelajar. Saya harap awak faham.” Balas c .

Airil Fikri ditinggalkan sendirian di Cafe. Aimi berharap Airil mengerti kepergiannya. Nama pun guru kaunselor kan? Pasti apa yang dikatakan tadi dipercayai Airil walaupun hakikatnya alasan itu tadi tidak benar sama sekali. Namun dalam diam dia tersenyum bahagia.

Sewaktu Aimi bergegas untuk meninggalkan cafe,tanpa disedari sekeping foto tercicir dari buku nota yang dipegangnya. Setelah Aimi jauh dari pandangan,Airil terpandangkan sekeping foto yang terjatuh di atas lantai.

“Mesti barang Aimi punya.” Desisnya.
Dia mengambilnya. Sebaik-baik sahaja menatap gambar itu,dia… dia…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience