BAB 14

Romance Completed 27771

“WIN!!” Suara Dizwan bergema di seluruh Tasik Shah Alam. Berlari-lari dia di kawasan tasik itu sambil melaungkan nama Darwin. Gadis itu masih belum dijumpai. Dizwan resah. Dia serabut. Dia jadi tak tentu hala bila bayangan Darwin masih belum muncul di depan mata. Dia risaukan keselamatan Darwin. Sangat risau! “Darwin!! Laungnya lagi. Kali ini lebih kuat.

Langkah kaki terus diatur menuju ke depan tasik. “Amalina Darwin!!!” Betul! Keadaan Dizwan dah macam orang gila. Dah macam orang hilang anak pun ada. Mata melilau di seluruh tasik. Cahaya lampu yang berada disitu belum cukup untuk membantu dia mencari gadis itu. Kepala ditoleh ke sekeliling. Hinggalah akhirnya mata Dizwan terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang duduk di bawah pokok tidak jauh darinya. Bentuk tubuh itu amat dikenali. Sekali pandang pun Dizwan sudah dapat mengagak bahawa insan itu adalah Darwin. Perlahan-lahan kaki diangkat menghampiri si gadis.

Sebaik saja dia berdiri di hadapan temannya itu, Dizwan putus nafas. Jantung dah rasa tercabut jauh dari tangkal. Laju dia berpusing membelakangi Darwin. Jaket yang tersarung di tubuh ditanggal lalu di sua pada gadis itu. “Pakai ni.”

Huluran bersambut. Jaket Dizwan disambut dan disarung menutupi tubuh. Darwin hanya diam tanpa suara. Air mata cuba ditahan dari mengalir di depan Dizwan.

Dizwan betul-betul tersentap melihat keadaan Darwin ketika itu. Rasa amarahnya datang membuak-buak. Kedua-dua penumbuk dikepal kuat. Giginya bergetar hebat. Tak guna punya jantan! “Bawak aku jumpa dia!”

***

DIZWAN melangkah laju ke depan tanpa menoleh kiri dan kanan. Matanya tersasar pada satu susuk tubuh yang sedang berjalan menuju ke arah kereta. Belum sempat Farel membuka pintu kereta meluru Dizwan mencekak kolar bajunya. Jelas Farel terkejut dengan tindakan yang tidak disangka-sangka.

“Whats wrong, bro?” Soalnya bagai tidak memahami kenapa Dizwan bertindak sedemikian.

“Kau dah buat anak orang macam tu, kau boleh tanya aku… what’s wrong? Kau memang iblis la Farel! Sape kasi kau hak untuk sentuh Darwin hah!!!?”

“Wan…” Darwin yang berada di belakang Dizwan mencelah. Cuba menenangkan hati lelaki itu. Risau kalau Dizwan bertindak diluar jangkaan.

“Rilex ar bro. Gua gertak je tadi. Sape suruh dia cepat gelabah?” Farel masih tidak mahu mengaku bersalah. Langsung tidak ada riak bersalah di wajah itu.

“Gertak kau cakap!” Dizwan makin panas. “Kau dah tampar dia, koyak baju dia, cuba rosakkan dia, sampai nangis-nangis macam tu.. gertak ke namanya tu?”

“Alaa… dia saja je ngada-ngada. Perempuan zaman sekarang semuanya sama je. Nama je pakai tudung, tutup aurat tapi hakikatnya ramai yang dah rosak. Sama la dengan Darwin pun. Sebenarnya dia suka aku sentuh dia. Kalau boleh dia nak aku buat lebih lagi dari tadi. Tapi…”

Bukk! Tiga kali perut Farel ditumbuk. Kuat! Kali ini Dizwan betul-betul tak dapat mengawal perasaan. Penghinaan Farel terhadap Darwin langsung tidak boleh diterima. “Kau memang iblis!” Jeritnya pada Farel yang sudah merekot kesakitan di atas jalan. Dizwan tunduk mencekak kolar baju lelaki itu. Bertubi-tubi tembukan dikenakan pada muka Farel. Dizwan sudah menggila. Badan Farel juga turut dihempas berkali-kali di atas lantai. Sungguh! Dizwan sudah out of control!

“Wan! Cukup la tu. Mengucap weyh! Mengucap.” Darwin yang sudah kecut perut melihat keadaan Dizwan itu mencelah. Hujung t-shirt temannya itu ditarik-tarik. Dizwan mesti ditenangkan sekarang ni. Kalau tidak, keadaan akan bertambah teruk. “Wan… sudah la tu. Wan!”

Rayuan Darwin tidak diendah. Yang dia tau, Farel mesti dikasi pengajaran yang secukupnya. Perkara yang menimpa Darwin itu betul-betul membuatkan Dizwan mengamuk.

Darwin makin risau bila melihat Farel sudah lembik dikerjakan Dizwan. Lelaki itu sudah meraung-raung mintak dilepaskan. “Wan kau nak masuk jail ke? Asal tanak dengar cakap aku? Stop it! Please… I’m begging you.”

“Kau tak sayang aku ke, Wan?” Cepat-cepat Darwin menyoal bila dilihat Dizwan ingin menumbuk muka Farel yang sudah dipenuhi dengan cecair pekat warna merah. Dia yakin kalau sekali lagi tubuh lelaki itu dihinggapi dengan penumbuk Dizwan, memang habis lah Farel. Silap-silap boleh masuk hospital.

Kata-kata terakhir yang keluar dari bibir Darwin itu berjaya membuatkan Dizwan menghentikan perbuatannya. Gigi diketap kuat-kuat. Muka Farel ditenung tajam sebelum dia menolak lelaki itu sehingga terbaring di atas jalan. “Arrgghhh!!!” Kuat jeritan itu bergema di seluruh kawasan parking kereta. Rasa marah, geram, bengang, kecewa bercantum menjadi satu. Laju dia menoleh meninggalkan Farel terkulai di situ.

Melihat Dizwan yang sudah berada di depan, Darwin ikut mengangkat kaki untuk membontoti lelaki itu. Setelah masuk saja langkah ke tiga kedengaran namanya dipanggil. Dia menoleh.

“I’m so sorry.” Terketar-ketar suara itu meminta maaf. Farel merenung muka Darwin dengan renungan mengharap.

Nafas dihela sebelum menyambung semula langkah kakinya. Ucapan maaf Farel dibiar tergantung tanpa sebarang balasan. Sungguh dia belum dapat memaafkan perbuatan keji lelaki itu terhadap dirinya. “Wan!” Jeritnya bila Dizwan sudah jauh dari dia.

“Wan, tunggu aku.” Kata Darwin setelah langkah Dizwan berjaya disaingi. Muka lelaki itu dicuri pandang. Nampak tegang. Serius. Stress. Sejak mereka kenal, inilah kali pertama dia melihat lelaki itu mempamer riak sebegitu. “Wan… aku…”

“Puas!!? Hah!!? Puas ke!!?” Herdikan Dizwan tetiba itu membuatkan Darwin tercengang. Langkah mereka terhenti. Dizwan merenung tajam ke dalam mata Darwin. “Dia ke prince charming yang kau idam-idamkan selama ni? Ini ke perkara yang kau harapkan berlaku kat diri kau!? Kononnya dengan Farel semua impian kau akan tercapai? Dengan Farel kau boleh bahagia? Kau sedar tak kau hampir-hampir dirosakkan oleh lelaki yang kau agung-agungkan selama ni? Kau sedar tak Win yang kau dah banyak berubah. Kau sedar tak yang kau hampir musnahkan masa depan kau!? Kau sedar tak!!?” Bertubi-tubi tengkingan dihadiahkan buat Darwin. Dizwan merengus kasar sebelum meninggalkan gadis itu di belakang.

Dizwan meluru laju untuk mendapatkan kereta yang berada dua puluh meter di hadapan namun langkahnya terhenti bila telinga menangkap bunyi esakan dari belakang. Dia menoleh. Darwin sudah bertinggung di atas jalan sambil membenamkan muka ke lutut. Gadis itu menangis. Esakan makin kuat. Melihat keadaan itu, Dizwan mengeluh. Muka diraup. Rambut disebak ke belakang. Sumpah dia tak boleh tengok Darwin menangis. Luluhnya rasa. Lambat-lambat kaki diangkat ke arah gadis itu. Sling bag yang tergalas ditubuh itu dicapai lalu zip dibuka. Sehelai tisu ditarik keluar lalu dihulur kepada Darwin. “Nah.”

Huluran bersambut. Darwin masih belum mendongak. Bahunya terhincut-hincut menahan sedu. Dia malu pada Dizwan. Dia malu pada Nad. Dia malu pada teman-teman yang lain. Dan yang paling dia malu pada diri sendiri. Rasa kecewa dan sedih turut menyesakkan dada. Sungguh dia rasa lemah ketika ini. Ingin diluah segala perasaan pada Dizwan namun mulut berat untuk berbicara tidak seperti selalu.

Dizwan ikut bertinggung menghadap Darwin. Gadis yang sedang tertunduk itu direnung sayu. “Aku pernah kasitau kau tak perempuan paling nampak buruk bila dia nangis?”

Lambat-lambat Darwin menggeleng.
“Kalau lelaki-lelaki yang kau impikan tu nampak keadaan kau ni, macam mana diorang nak lekat?” Seloroh Dizwan cuba menceriakan situasi.

Lagilah Darwin meraung mendengar kata-kata yang dianggap sindiran dituju kepadanya. Laju kepala digeleng. “Aku tanak kahwin dengan orang kaya lagi dah. Aku dah tanak banglo enam atau tujuh tingkat. Aku tanak swimming pool besar-besar. Aku tanak taman bunga yang berekar-ekar. Aku tanak tanam impian tinggi melangit lagi. Aku tanak… Aku tanak… aku dah serik.” Tangisan Darwin semakin berlagu-lagu. Makin menjadi-jadi. “Wan… aku… aku…aku…”

“Apa?”

“Aku nak nangis.”

Tersenyum nipis dia dengan permintaan itu. “Aku halang ke?”

“Aku tanak kau tengok aku nangis. Aku tanak kau dengar.”

Panjang nafas disedut. “Ada earphone?”

Darwin mengangguk.

“Kasi aku pinjam.”

Darwin menyeluk earphone di dalam beg lalu dihulur kepada Dizwan.

Lelaki itu menyambung tali earphone tadi dengan hp ditangan. Kedua-dua eaaphone disumbat masuk ke dalam telinga. Dia duduk sambil memeluk lutut membelakangi Darwin. “Nangis la. Aku janji tak dengar.” Ujarnya tanpa menoleh. Kemudian lagu Say (all I need)- OneRepublik mendayu-dayu di telinga.

Dan disini pada amalam ini di bawah pancaran lampu jalan yang samar-samar… di belakang lelaki itu Darwin meraung sepuas-puasnya. Segala pekung di dada dilepas keluar. Biar dia rasa lega. Biar dia rasa tenang. Biar dia boleh lupakan perkara yang paling pahit berlaku kat dirinya pada malam ini. Wajah Farel dilontar sejauh mungkin dari ingatan. Tidak pernah dia menduga bahawa impian yang selama ini dianyam akhirnya memakan diri sendiri. Dia sudah tersalah memilih teman. Salah memilih prince charming yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience