BAB 1

Romance Completed 27771

Haihhhh! Haihhh Haihhhhh!

Masuk ni entah berapa juta kali dia mengeluh. Yang pasti sejak lebih dari satu jam yang lepas dia dipaksa duduk disitu bertindak sebagai pendengar setia. Kedua-dua tangan menongkat dagu.Mata tepat menala pada sepasang mata bulat yang tengah bersinar-sinar menghadap dia. Sesekali mulut terkumat-kamit mengikut bait-bait kata yang keluar dari bibir mungil yang tengah rancak berbicara tanpa henti. Tetiba mata terasa berat lain macam. Kepala sudah tunduk mencecah meja. Suara yang riuh rendah itu sayup-sayup menyapa telinga. Pandangan menjadi samar… samar…samar…dan terus gelap!

“Wan!”

“Hoi!” Mata yang berat tadi terus terbuntang luas bila terdengar namanya dilaung kuat. Rasa kantuk ya amat pun lesap bila belakang kepala dilibas dengan komik Wasabi 2. “Apehal main kasar ni? Sakit arrr!” Omelnya dengan dahi berkerut seribu. Budak yang berada di depan dia ditenung macam nak telan.

“Padan muka! Asal kau buat aku macam orang gila?” Hembur si gadis lantang. Tenungan yang sama dibalas.

“Aku buat apa?” Dia menjeling tajam sekilas pada si gadis tadi. Belakang kepala digosok. Boleh alzheimer aku kalau selalu kena macam nih. Haisyh!

“Kau buat aku cakap sorang-sorang apehal? Penat aku dok kepoh bercerita itu ini boleh pulak kau membuta macam tu jek?”

Dizwan mencebik panjang. Mata itu ditatap dalam-dalam dengan riak tak puas hati. “Win…boleh mati aku kalau macam ni selalu. Asyik kena paksa dengar story kau 24/7. Tak cukup dengan berjumpa face to face macam ni, dalam YM pun kau nak selit pasal impian kau yang tinggi melangit tuh. Itu tak termasuk borak dalam fon lagi. Kalau lain-lain cerita takpe ar jugak. Ini tak, asyik repeat benda yang sama jek. Jemu kau tau tak? Jemu!” Bebel Dizwan panjang lebar dengan muka tak siap. Dia merengus geram. Sungguh aku dah rasa penat nak mendengar cerita budak ni sorang. Urghh! “Kau tau tak apa ayat yang kau selalu repeat ?” Soalnya pada si gadis. Dengan muka mengejek dia bersuara… “Wan, aku nak kahwin dengan orang kaya. Anak datuk, tan sri. Anak raja ke. Handsome itu wajib. Paling koman pun muka mesti macam Jensen Ackles dalam Supernatural tu. Kereta cikai-cikai aku tak layan. Nak Merc… BMW… Porsche… Ferrari ke… local punya kereta tanak….”

Tersentak hebat Darwin mendengar omelan itu. Mata terkebil-kebil menentang pandangan sinis dari Dizwan.

Sempat dua kali air liur ditelan sebelum menyambung bicara. “Aku nak banglo enam atau tujuh tingkat. Nak vila besar-besar. Tanak rumah flat. Aku gayat. Heh! Yang banglo bertingkat-tingkat kau idamkan tuh tak gayat pulak? Dalam halaman vila tuh mesti ada swimming pool yang ada air warna biru. Tanak cetek. Nak yang dalam-dalam. Ceits! Kalau setakat berenang pun kena pakai pelampung baik tak payah. Bajet macam kau pandai berenang jek. Then, ada taman lorong-lorong macam kat negara omputeh. Kolam ikan wajib ada. Tanakyang mini. Nak yang besar berpuluh-puluh meter. Apa kau ada niat nak jadi penternak ikan keli ke?”

Dah hampir nak tercabut biji mata Darwin dengan bebelan Dizwan yang macam peluru bertubi tubi ditembak tanpa sempat direload. Ingin saja disangkal kata-kata itu namun gagal bila lelaki itu nampaknya masih tidak jemu-jemu melontarkan suara.

Muka Darwin yang dah macam tertelan tiga ekor bangkai cicak dikerling dua saat. Nafas ditarik panjang. Masih banyak yang ingin diomel. “Dah tu nak taman bunga berekar-ekar. Kononnya nak tanam berpuluh-puluh jenis bunga. Apa kau nak jadi florist buka kedai bunga bercawang-cawang ke lepas ni? Tak cukup dengan tu nak pelihara beratus-ratus haiwan dekat belakang vila. Oit! Kalau macam tuh orang tak panggil vila lagi dah. Layak dapat status zoo. Lepas tuh…” Ayat terhenti tetiba. Dizwan dah mula semput bila mulutnya berbicara tanpa henti. Tercungap-cungap dia menarik hembus nafas. Dada digosok-gosok. “Gila ar Win. Ilmu apa yang kau amalkan? Kau mampu bercakap tiga jam nonstop. Aku baru cakap sikit dah semput nak mati. Memang dahsyat ar kau.” Botol mineral yang dibeli ketika mereka singgah di cafe tadi dicapai lalu tudungnya dipulas sebelum airnya diteguk dengan rakus. Dah gaya macam orang tak jumpa air satu abad. Kalau boleh dengan botol-botol sekali dia nak telan.

“Hambik kau! Sape suruh kau bebel macam bertih jagung tengah meletup-letup kat dalam oven? And one more thing… sejak kurun bila kau dah pandai membebel ni, Wan?” Pintas Darwin laju bila sudah diberi peluang untuk bercakap. Bibir bawah dijuih. Muka Dizwan yang masih tercungap-cungap dijeling.

“Sejak kau dah terbang naik ke bulan tak turun-turun semula!” Dizwan tekankan ayat dengan nada sedikit meninggi.

Dia merengus bengang. Ada jugak rasa nak balas kata-kata itu namun dia terdiam bila melihat jelingan membunuh dari si sahabat. Darwin menyilang tangan ke dada. Muka dikalih ke arah lain tanda protes.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience