BAB 12

Romance Completed 27771

“HAHAHA!!!”

Riuh rendah gelak ketawa Farel dan teman-temannya bergabung. Darwin yang sejak tadi berada di sebelah Farel hanya mendiamkan diri. Sesekali bila ditanya barulah dia membuka mulut. Hanya senyuman yang disungging. Senyuman plastik! Bila bersama kawan-kawan Farel, dirinya terasa kecil sekali. Sungguh dia tidak selesa. Penampilan mereka juga jauh berbeza dari dirinya dan kawan-kawan. Si lelaki-lelaki berpakaian lengkap serba mewah. Confirm hiasan dari hujung kaki sampai hujung kepala harga beratus-ratus. Yang si perempuan pulak masing-masing bangga mendedahkan paha dan dada. Bukan dia tak perasan sejak mula mereka bertemu tadi gadis-gadis itu tak jemu-jemu menghadiahkan senyuman sinis kepadanya. Bajet korang lawa sangat la eh? Kalau setakat muka bertepek bedak berinci-inci tu tak payah la korang perasan korang lawa. Dah habis jelita la tu kalau rambut warna pelangi? Helleh! Kalau luaran lawa, tapi dalaman tak lawa tak ada guna! Baik aku yang hanya pakai jeans dengan kemeja ni lagi lawa. Lagi sedap mata memandang. Tak gitu?

“Honey, This is for you.”

Lamunan Darwin terhenti bila terlihat bekas berbentuk segi empat dihulur kepadanya. “For me?” Soalnya inginkan kepastian.

“Yes, dear.”

Bekas itu diambil lalu dibuka. Terlopong Darwin sebaik saja melihat seutas rantai whitegold bersama sepasang anting-anting terletak elok di dalam bekas itu. Inilah rantai yang menjadi idaman selama ini. Tapi,Bekas tadi dihulur semula kepada Farel. “Sorry Darwin tak boleh terima hadiah ni.”

“But why?” Muka Farel kelihatan terkejut bila pemberiannya ditolak.

“Mahal sangat. Darwin tak boleh terima.”

“I ikhlas bagi you, terimalah ya dear..’’

“Farel¦”

“Hey bro. Dia tanak hadiah tu la. Dia nak hadiah lain. Asal lu tak faham-faham?” Selit Amy teman yang paling banyak bercakap diantara mereka.

Seisi meja menghembur tawa. Farel tidak terkecuali. Darwin sudah berasa hangin satu badan. Ingat aku muda sikit dari korang, aku tak faham maksud kau?

“You nak hadiah lain ke Darwin. I boleh kasi.” Farel sudah tersengih gatal. Wajahnya semakin mendekati wajah Darwin.

“Apehal awak ni Farel?” Darwin melenting dengan perbuatan lelaki itu. Hatinya sudah berdetak hebat.

“Kiss her! Kiss her! Kiss her!”

Jeritan itu makin menambahkan kelajuan rate jantung Darwin. “Kau apehal!?” Tangan Farel yang sudah mendarat di bahu membuatkan Darwin menjerit kuat. Laju dia berdiri. Kerusi Farel ditolak hinggakan lelaki itu tersungkur ke lantai.

Tindakan berani Darwin mengundang riak terkejut pada muka penghuni meja itu. Masing-masing terkedu melihat situasi itu.

“Kau!!!” Farel lantas berdiri. Merah mukanya akibat malu yang teramat sangat. Geramnya pada Darwin membuak-buak. Malunya pada kawan-kawan sudah tidak dapat dibendung lagi. Lalu tangan Darwin ditarik kasar. Sekali lagi dia mendekatkan mukanya ke muka Darwin.

Pangg!!! Bergetar hebat otak lelaki itu dengan tamparan yang diterima. Tidak cukup dengan itu, segelas air coke disimbah ke muka Farel. Darwin sudah tidak mampu mengawal amarahnya lagi bila lelaki itu makin melampau.

“Kurang ajar! Hey pompuan! Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau hah? Apa kau ingat selama ni aku betul-betul jatuh cinta dengan kau? Hey listen to me. You’re not my type! Pompuan kampung dan kuno macam kau tak layak untuk aku. Selama ni aku just main-main dengan kau. Kau ingat aku serius ke? Kau tampar aku eh? Berani kau tampar aku!” Ringan saja tangan tebal Farel melekat di pipi mulus itu. Tamparan dibalas dengan tamparan sehingga Darwin terdorong dua langkah ke belakang. “Kau ingat imej kau macam ni kau baik la eh!?” Sepantas kilat tudung putih yang tersarung elok di kepala gadis itu ditarik sehingga menampakkan anak tudung. Tak cukup dengan itu Farel turut merentap kasar kemeja yang tersarung ditubuh Darwin hinggakan kemeja itu terkoyak di bahagian bahu.

Darwin yang sudah menangis itu langsung tak dihiraukan.Yang dia tau, perbuatan gadis itu mesti dibalas. Teman-teman yang berada di situ bersorak ria menyokong perbuatan tak bermoral Farel. Lagilah dia menjadi-jadi. “Mari sini aku ajar kau macam mana cara nak hormat aku!” Darwin ditarik rapat ke tubuh. Pipi gadis it dicekak.

Darwin yang sudah bergetar satu badan dengan tindakan itu cuba mengumpul semangat. Allah… Serunya berkali-kali. Tangan kanan digenggam kuat sebelum tumbukan itu menusuk ke perut Farel.

“Arghh!!!” Lelaki itu menjerit. Tangannya terlerai jatuh dari pipi Darwin. Dia itu jatuh tersungkur.

Sekali lagi Darwin bertindak. Kali ini tendangan hebat naruto pulak yang melekat di buka lelaki itu. Bukk!

“Arghh!!”

Tanpa membuang masa Darwin memecut selaju mungkin meninggalkan tempat itu bila melihat teman-teman Farel juga telah bersedia untuk membuka langkah. Dalam hati hanya berdoa kepada Allah semoga dia selamat dari jin-jin yang bertopengkan manusia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience