BAB 9

Romance Completed 27771

DIZWAN tarik senyum lebar setelah kelendar yang berada di atas meja study dibelek. Dia menghempaskan tubuh di atas katil. Kedua-dua tangan dikepak ke bawah kepala. Mata merenung siling.Kaki kanan ditongkat pada kaki kiri. Lagi dua hari birthday Win. Apa plan aku ah? Macam tahun-tahun lepas jugak ke? Ishy! Tahun ni plan lain la pulak. Tiga tahun berturut-turut asyik lepak kat Mid Valley jek. Haaa…. dia tersenyum lagi. Idea! Pantas dia bangun mencapai handset yang terletak di hujung kaki.

Nombor Nadzirah housemate Darwin dicari sebelum butang hijan ditekan. Tak sampai pun lima saat, panggilan terjawab.

“Asaalamualaikum, Nad.”

***

“WIN!!!”

Darwin menghentikan langkah bila terdengar namanya dilaung. Kepala melilau ke sekeliling mencari tuan empunya suara. Dan matanya terpaku pada sesusuk tubuh yang sedang berjalan menghampiri.

“Kau dari mana Wan?”

“Aku pergi jumpa Prof Azlan kejap. Kau ada kelas lagi tak lepas ni?” Soal Dizwan. Dia termengah-mengah. Punya la pecut habis mendapatkan Darwin tadi.

“Eh, bukan kau dah hafal jadual kelas aku ke?”

Aah erk… Dizwan menyengih. Sebenarnya dia dah sedia maklum yang yang Darwin tak ada kelas petang hari ni. Namun ditanya jugak. Saja nak habiskan liur. “Kau nak balik ke? Aku hantarkan.”

“Naik Nouvo kau?”

“Sejak bila aku pernah bonceng kau naik motor?”

Darwin koyak senyum. “Dah tu?”

“Kereta Acap.” Ujar Dizwan. Sejak hampir empat tahun persahabatan mereka, belum pernah Darwin membonceng motor dengannya. Bila ditanya kenapa… jawapan gadis itu… ’aku bukan tak suka naik motor, Wan. Kau jangan salah sangka pulak. Kat kampung aku selalu jek aku merempit dengan adik-adik. Tapi kalau nak membonceng dengan kau… tak dapat la. Kita bukan muhrim. Kau faham kan maksud aku?’ Ya! Memang mereka rapat. Memang mereka selalu berkongsi cerita. Memang mereka selalu melepak bersama. Mereka pernah digosip bercinta kerana hubungan mereka macam belangkas. Tetapi perbuatan mereka masih dikawal rapi. Masih ada batas. Mereka masih sedar bahawa mereka bukan muhrim. Masih sedar tentang batasan antara lelaki dan perempuan.

“Sorry ar Wan. Aku dah janji dengan Farel. Dia datang jemput aku kejap lagi.”

“Oooh…” Hancur luluh hati Dizwan ketika mendengar sebaris ayat itu. Terus dia rasa down. Namun dikawal riak muka. Senyuman dipaksa menghiasi wajah. “Kalau macam tu takpe la. Aku balik dulu.” Katanya seraya mengangkat kaki meninggalkan Darwin di depan kafe yang sesak dengan ratusan makhluk itu.

Melihat Dizwan sudah berjalan menjauhinya, Darwin sebak. Sebak sehingga kelopak mata terasa panas. Sampai hati kau Wan. Sampai hati kau lupa birthday aku hari ni. Rintihnya dalam hati. Sejak pukul 11.30 malam semalam, Darwin menghadap sony ericson W 705 kesayangan. Menunggu panggilan dari insan yang dia harapkan. Menanti mesej ucapan hari jadi dari lelaki yang selalu buat dia tersenyum. Namun tiada. Sampailah ke hari ini, number atau nama Dizwan tidak muncul di skrin telefon. Selalunya lelaki itu lah yang menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwin. Mereka akan berborak sampai lewat malam. Tapi tidak lagi pada tahun ini. Orang pertama yang memberikan ucapan hari lahir adalah Farel. Bukan Farel yang dia harapkan. Bukan lelaki itu yang dia nanti-nantikan. Darwin makin sebak. Dizwan sudah berubah. Banyak yang dah berubah. Hubungannya dengan lelaki itu semakin jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience