BAB 15

Romance Completed 27771

Selepas satu jam berlalu, Dizwan menghantar Darwin pulang ke rumah sewanya. Dari jauh sudah kelihatan Nadzirah bersama dua orang teman yang lain sedang menunggu di halaman. Terkocoh-kocoh mereka mendapatkan Myvi merah itu sebaik saja terpakir di hadapan rumah.

“Win! Kau okey?” Laju Nadzirah bertanya setelah Darwin melolos keluar dar kereta. Panggilan yang diterima oleh Acap tadi betul-betul membuatkan dia semput. Kata Acap sesuatu tengah berlaku dekat Darwin.

“Jangan risau aku okay..’’ Lemah suara itu. Muka nampak sembab. Matanya bengkak.

“Apa yang Farel dah buat dekat kau?” Tak perlu ditanya siapa yang menyebabkan Darwin serabai sampai sebegitu rupa, dia sudah tau. Seharian gadis itu bersama dengan Farel dah sah-sah lelaki itu puncanya.

Darwin hanya diam. Tidak berdaya untuk menjawab soalan Nadzirah. Malu pada temannya itu makin menebal-nebal. Nasihat Nadzirah suatu masa dahulu tidak diambil pusing.

Kata Nadzirah dia tidak suka Darwin berkawan dengan Farel kerana lelaki itu bukan lelaki yang sesuai untuk dia. Farel bukan lelaki yang baik. Tengok sajalah cara dia ketika merenung teman-teman serumah Darwin. Lain macam dan nampak gatal. Dasar lelaki bernafsu tinggi!

“Masuk jom? Kau mandi then tidur. Takyah nak fikir pasal jantan tak guna tu lagi dah.” Lembut suara Nadzirah. Lengan Darwin dipeluk. Muka ditunduk sedikit memandang Dizwan yang berada dibahagian pemandu.”Thanks a lot Wan.” Ucapnya pada Dizwan bersama senyuman lega.

Lelaki itu membalas senyumanya seraya mengangguk.

“Kejap, Nad.” Darwin menghalang bila Nadzirah ingin menarik lengannya masuk ke dalam rumah. Kepala dikalih pada Dizwan. “Aku tak tau nak cakap apa selain thhanks for everything.” Katanya dalam satu nafas sebelum berlalu.

“Win!”

Panggilan itu mamatikan langkah Darwin.

“Happy birthday.” Dan honda city putih itu meluncur pergi dengan laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience