BAB 2

Romance Completed 27771

“Win…” Diam sekejap. Nafas ditarik. Otak cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk ditutur supaya temannya itu bangun dari mimpi yang tak pasti. Mimpi yang sukar untuk dicapai. Mimpi yang baginya dah tinggi dari langit. “Berapa kali aku cakap kat kau…jangan tanam impian tinggi-tinggi macam ni. Tak semua benda yang kita impi akan tercapai. Tak semua benda dalam dunia ni perlu kemewahan. Tak ada benda yang sempurna. Kau punya impian kalau boleh semua nak yang perfect. Semuanya tinggi melangit.”

“Kita hidup perlu ada impian. Kau tak pernah dengar ke ayat tu?” Bingkas Darwina mendatar. Muka dikalih ke arah Dizwan semula. Apa kuno benar budak sorang ni? Semua orang berhak anyam impian apa. Semua orang berhak tentukan hala hidup sendiri. Kalau tak ada impian macam mana nak berjaya dalam hidup. Sudahnya diri sendiri tak maju-maju. Haisyh!

“Yeah! You’re right. Tapi impian kau tu terlalu tinggi dan belum tentu akan tercapai.”

“Kau tanak support aku eh, Wan? Macam ni ke kawan?” Darwin sudah mula berang. “Kata teman sejati. Friends forever la konon. Ceh!” Sinis ayat it diluah keluar.

“Kau dengar dulu cakap aku, Win. Jangan nak melenting tak tentu pasal. As your friend… aku tanak tengok kau frust kalau kau tak dapat capai segala mimpi-mimpi kau tuh.” Ikhlas lelaki itu kasi nasihat. Sungguh! Sungguh dia tak sanggup melihat gadis itu kecewa. Kalau ditanya kenapa? Mesti dia akan jawab ‘entah’ kerana dia sendiri tak ada jawapan. Yang dia tau, yang dia akan pastikan… gadis yang bernama Amalina Darwin Ahmad Najib ini akan sentiasa dilindungi.

“Mana kau tau mimpi aku takkan tercapai? Kau tukang tilik nasib aku ke?”

“Dah tu kau confirm ke yang impian kau bakal tercapai? Kau tukang tilik nasib sendiri ke?” Sindiran dibalas kembali dengan sindiran. Dizwan mengeluh lagi. Anak rambut disebak ke belakang. Asal la susah benar kau nak faham, Win? Harap angka umur je banyak. Tapi perangai macam budak bawah umur. Tak pernah nak ambil peduli nasihat aku! Tak pernah nak ambil iktibar tentang apa yang aku cakap!

“Dah ar Wan! Malas nak cakap dengan kau lagi. Asyik nak bangkang apa yang aku cakap. Langsung tanak support member sendiri. Macam ni la kawan…” Suara Darwin kedengaran sayu. Terasa dengan kata-kata Dizwan sebentar tadi. Sling bag yang berada di atas meja disambar dengan lalu disilang ke tubuh. Darwin berdiri. Sempat dia menjelirkan lidah kepada Dizwan sebelum mengatur langkah meninggalkan lelaki itu dengan muka tercengang.

“Boleh pulak dia tinggal aku macam tu je? Hey…Win!” Cepat-cepat Dizwan mengejar langkah Darwin yang sudah jauh ke depan. Bukan boleh ditegur sikit, mula lah tunjuk protes! Haisyh! “Win!!”

“Weyh! Kau apehal?” Bentak gadis itu bila Dizwan menarik tali bagnya. Langkah diteruskan dengan hati yang membahang.

“Rilex ar, beb. Asal nak hangin satu badan nih? Kalau kau tanak terima nasihat aku, tak ada hal la. Ignore jek. Takyah ar nak menyinga tak tentu hala. Kau ingat cantik ke tarik muka macam tu? Dah macam cencorot aku tengok.Buruk aku cakap kau. Kan aku pernah cakap yang lelaki tak suka perempuan tarik muka. It’s so ugly, you know?” Seloroh Dizwan sambil tersengih-sengih. Terkocoh-kocoh dia berjalan cuba menyaingi temannya itu. Muka Darwin dicuri-curi pandang. Makin lebar sengihan bila gadis itu masih tidak berubah riak.

Mendengar kata-kata itu terus langkah Darwin mati. Laju muka ditala ke arah Dizwan. Riak mukanya turut berubah. Senyuman pula yang disungging. “Aah la weh. Macam mana aku boleh lupa nasihat kau tu eh? Karang kalau mamat-mamat yang macam aku dok impikan tuh tengok mesti diorang tak kan jatuh hati kan?” Katanya lagi seraya menegang-negangkan ke dua-dua pipi dengan tangan. Win, kalau nak pikat prince charming… first, muka mesti manis. Ceria selalu. Baru la kau senyum diorang melekat. Ngeee~~

Dowh! Dizwan tepuk dahi. Dia tergeleng-geleng. “Tak sudah-sudah dengan prinsip kau tuh. Adeh… Otak kau dah tak boleh fikir benda yang lagi penting dari tu ke?” Dalam sibuk bebelkan si Darwin masih sempat dia mengangkat tangan kepada Malik, teman sekuliahnya yang berada sepuluh meter di hadapan. Lelaki itu membalas dengan senyuman serta menjungkit kening.

“Eh! Prinsip aku, suka hati aku la!” Tegas suara Darwin walaupun muka setia dengan senyuman manis yang dibuat-buat.

“Banyak la kau punya suka hati. Tak sudah-sudah dengan sikap degil kepala batu kau tuh!” Kata Dizwan dengan nada yang sama. Mata mengerling jam di pergelangan tangan. “Win, aku chaow dulu erk? Nak masuk kerja pulak. Esok jangan lupa masakkan aku sup ketam. Tepat jam 12 tengah hari, aku pergi amek, okeh?”

Darwin ternganga. Mata terkebil-kebil merenung Dizwan yang dah pun koyak sengih. “Banyak kacak punya muka! Sejak bila aku jadi maid kau?”

“Sejak bila-bila pun la. Aku tak kira. Esok, make sure aku boleh makan sup ketam!”

“Kalau aku tanak masakkan, apa kau boleh buat, huh!?”

“Aku boleh buat…” Dia berjalan medekati Darwin. Tangan dihulur ke atas kepala gadis itu sebelum… “tadaaa….”

“Wan!!!” Tanpa sempat mengawal suara, kuat dia menjerit geram. Kepala sudah senget ke kiri dek tarikan yang agak kuat itu. Ingin disepak kaki Dizwan namun gagal bila temannya itu sudah berlari meyelamatkan diri. Hatinya bertambah sebal bila melihat Dizwan yang sudah berada dua puluh meter di depan tunjuk thumbs up bersama hilaian tawa. Cepat-cepat lipatan tudung yang dah serabut itu dirapikan. Zalim punya member! Habis kedut tudung aku. Waaaa!!! Jatuh la saham kalau macam ni… Kaki diatur laju meninggalkan kawasan tasik itu. Dalam otak hanya terlayang satu benda. Ladies!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience