BAB 7

Romance Completed 27771

‘’Wan, kau still hidup lagi ke? Ke dah arwah? Aku cari kat kampus tak jumpa-jumpa. YM kau pun dah lama tak On. Email aku kau tak reply. Aku called tak pernah-pernah nak jawab. Asal ni? Mana kau hilang? Kau tunggu la petang karang aku pergi terjah kau kat kedai buku! Aku pergi kau tade nahas! Sumpah aku rindu kau!

Ayat mesej yang terakhir itu membuatkan dia setuju menghadap muka Darwin pada petang ini. Rindunya untuk menatap sepasang mata coklat itu akhirnya terlerai bila Darwin betul-betul muncul di depannya sekarang. Dizwan makin keliru dengan hatinya sendiri. Dia masih tidak faham kenapa dia tidak dapat menerima kehadiran Farel ke dalam hidup Darwin. Dia tak dapat terima bahawa kini Farel lah orang yang sentiasa buat Darwin tersenyum. Dia tak dapat terima lelaki itu yang menjadi pilihan Darwin. Tapi kenapa? Kenapa aku perlu ada perasaan macam ni? Soalan itu yang selalu berlegar-legar diruang minda Dizwan.

“Win… aku nak tanya boleh?”

“Sejak bila kau pandai mintak permission nak tanya aku nih? Selalunya main terjah je.”

“Sejak kau dah berpunya. Mana boleh aku suka hati main terjah macam dulu.”

Terkedu Darwin dengan jawapan Dizwan itu. ’Sejak kau dah berpunya’. Kau dah berpunya ke Darwin? Tak tau kenapa kata-kata Dizwan itu membuatkan dia tersentap. Sayu pun ada.

“Kalau Farel propose kau nanti, kau terima?”

Sekali lagi dia terkedu. Darwin berfikir. Lama.

“Win…” Sapa Dizwan bila dilihatnya gadis itu membisu tanpa jawapan.

“Rahsia ar. Mana boleh cakap.” Selorohnya. Cuba menyembunyikan gugup yang tetiba melanda diri.

Dizwan tersenyum nipis dengan jawapan itu. “Kau bahagia dengan dia?”

“Kalau tak bahagia, aku takkan berkawan dengan Farel.”

Terasa macam jantung mula berdenyut perlahan. Muka ceria bertukar sayu tetiba. Kerja yang tertangguh disambung kembali. “Win… kau sayang aku tak?” Tanpa sedar soalan itu dilontar.

“Of course la! Kau kan ka…” Darwin mati kata. Dia termenung sendiri. Win, Wan kawan kau kan? Kawan kan? Ye! Dizwan Hafez kawan aku. ” …kau kawan aku. Kawan baik aku. Mesti ar aku sayang.”

Dizwan mengeluh lemah. Kau dengar tu Wan? Kau kan kawan dia. Kawan baik dia. Relationship korang no more than friend. Apa yang aku harap dari Darwin sebenarnya? Dah ternyata kitorang kawan. Dizwan Hafez tolong buang feeling kau jauh-jauh. Tolong berhenti berharap. Tolong berpijak di bumi yang nyata! Apehal nak feeling meeling kat member sendiri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience