BAB 18

Romance Completed 27771

“Tapi asal kau tinggalkan aku macam tu je dulu? Kau pergi German pun langsung tak kasi tau aku. Asal, Wan? Sampai hati kau kan? Aku called tak dapat. Hantar email tak reply. Lepas tuh phone number pun kau tukar. Sedih gila kau buat aku mcam ni Wan.” Tersekat-sekat Darwin bersuara. Air mata mengalir lagi.

“Aku jauhkan diri aku dari kau selama tiga tahun ni sebab aku nak kasi ruang dekat kau. Kiranya nak uji kau la. Nak kasi kau rindu aku. Tak sangka tindakan aku akhirnya berjaya. Tengok… kau pun dah jatuh cinta dengan aku kan? Hebat tak aku?” Dizwan angkat kening dua kali. Dia tayang sengih pada Darwin yang dah menangis macam budak kecik tak dapat lolipop berbentuk ‘love’ . “Win, minggu depan kau balik Muar tak?”

“Asal?” Air mata diseka dengan belakang tangan. Haisyh! Malu la pulak menangis depan orang.

“Tadi kan Wan ada cakap nak hantar ole-ole untuk kau kat kampung.” Khairul dengan baik hatinya tolong menjawab bagi pihak si sahabat.

“Kasi kat sini dah la. Asal sampai nak hantar sampai kampung pulak?”

“Aku nak kasi dekat parents kau sekali.”

“Huh?” Darwin makin confuse.

“Ole-ole aku berupa sireh junjung dan cincin belah rotan. Lepas tu maybe ada pantun-pantun sikit kot.”

Mulut Darwin separuh ternganga bila sudah dapat menangkap maksud Dizwan yang tersirat itu. “Meaning…. kau nak pinang aku!?”

“Haa… faham pun sayang ni. Penat abang bagi clue. Kita bertunang terus. Then, tahun depan kita kahwin. Sempat la aku nak kumpul duit dulu. Okey sayang?”

“Yeerrkk!” Terjelir lidah Darwin dengan gelaran ’sayang-abang’. “Meremang bulu tengkuk aku.”

Hahaha!!! Ketawa pecah lagi. Khairul, Acap, Nadzirah dan Ain masing-masing tersenyum ceria tumpang gembira dengan kebahagian teman-teman mereka.

“Win.”

“Hmm.”

“Sekarang kita dah jadi girlfriend-boyfriend kan?”

“So?”

“Takkan nak kita nak terus cakap kau-aku kot? Kasar sangat bunyinya tu. Langsung tak romantik.”

“Dah tu nak guna gelaran apa?”

“Sayang-abang?”

Empat kepala lantas menoleh serentak menghadap muka Dizwan sebelum…”Yerrkkk!!!”

Dan… sekali lagi meja itu ruang itu bergema dengan gelak ketawa.

Dua hati sudah berbunga-bunga cinta. Darwin bersyukur kerana cintanya selama ini sudi disambut oleh Dizwan. Dizwan tersenyum bahagia bila cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.

Darwin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W. T kerana DIA telah menemukannya dengan prince charming dia yang sebenar. Putera idaman yang dia yakin mampu menjaga dan menyayangi dirinya seumur hidup dan itu sudah memadai baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience