BAB 3

Romance Completed 27771

MUKA sudah kerut seribu. Mulut pulak dimuncung ke depan. Sesekali kepala digaru-garu. Keluhan berat sudah berapa kali dilepas. Dia geram! Dia tensi! Dia rasa macam nak je baling CASIO 570 itu ke dalam tong sampah besar kat depan Secret Receipe ni. Soalan mathematic engineering yang sudah hampir setengah jam ditenung bagai nak telan itu betul-betul mencabar tahap kesabaran. Lagi dikira lagi melalut jawapan. Lagi dikaji lagi rumit. Lagi ditilik lagi hatinya bengkak! Ditambah pulak dengan rasa bengang yang membuak-buak terhadap insan yang belum kunjung tiba. Tadi warned aku jangan lambat. Dia lambat boleh pulak! Urghh! Dizwan Hafez ni betul-betul nak kena lempar keluar bumi!

Pakk!! Haisyh! Aku tengah bengang nih ada pulak yang nak sua diri jadi mangsa. Mata tertacap pada sebuah buku tebal yang dilempar betul-betul di depan dia. Buku itu diambil sebelum covernya ditilik. Tak sampai pun satu saat, muka yang masam ya amat tadi bertukar ceria lain macam. Sengih lebar sampai ke belakang telinga. Lalu sepasang mata ’si pelempar’ buku tadi dicari. “PELANGI!” Jeritnya dengan penuh keterujaan. “Thanks weyh.”

Dizwan yang kelihatan cool dengan t-shirt putih dan jeans lusuh itu hanya membalas dengan menjungkit kening berkali-kali. Dia terseyum megah. Kerusi bertentangan dengan Darwin ditarik sebelum diduduk. Beg galasnya dilurutkan dari bahu dan diletak atas meja. “Sudah-sudah la tu. Dah nak juling aku tengok kau hadap cover dia. Dah tu riak muka pulak macam budak terencat. Adeh…” Ujarnya sambil menongkat dagu atas meja.

“Kau tahu tak berapa lama aku dok cari novel nih? Nasib baik kepala aku belum tumbuh tanduk.” Balutan plastik pada novel PELANGI itu direntap rakus. Dibelek-belek berkali-kali cover depan-belakang. Senyuman tak putus-putus. Sungguh dia rasa gembira ya amat dengan pemberian temannya itu. “Wan… aku pernah cakap ayat keramat ni tak?”

“Kau sayang aku?”

“Hahaha. Mana tau nih?” Si gadis ketawa ceria.

“Bukan ayat keramat yang sama ke kau akan cakap kat aku kalau aku kasi novel baru?”

Lagi sekali ketawa Darwin pecah. Nasib baik meja mereka berada jauh dari manusia lain. Kalau tidak mahu tertunduk saja Dizwan menahan malu. Darwin kalau dah gelak, jangan harap boleh cover. Sehabis mungkin dia lepas. Itu kalau depan Dizwan dengan kawan-kawan yang rapat je. Kalau dengan orang luar, nak-nak lagi dengan lelaki yang ada ciri-ciri idaman, bercakap pun mulut tak nampak bergerak. Bila ketawa siap dengan tutup mulut dengan tangan lagi. Suara pun dengar tak dengar. Berjalan terkepit-kepit penuh keayuan. Itu kalau depan orang lain la.

Dizwan bersandar pada kerusi. Tangan disilang ke dada. Begitulah reaksi Darwin bila diberi novel baru. Lagi-lagi novel dari novelis kesukaan dia. Boleh lah tengok dia asyik tersenyum sepanjang hari. Tidur malam pun belum tentu senyuman dia hilang. Dizwan yang bekerja sambilan di kedai buku seringkali dipesan oleh Darwin supaya membelikan dia novel-novel yang menjadi idaman. Kadang-kadang tu list yang buat oleh gadis itu berjela-jela sampaikan dia merungut…

“Kau saja kan nak papa kedanakan aku? Jangan sampai satu hari nanti kau jumpa aku mengemis kat tepi-tepi jalan. Kalau novel-novel kau tuh aku boleh beli seposen dapat dua…. seratus buah aku belikan kau setiap hari. Orang bagi betis nak jugak paha. Kira baik sangat-sangat aku ni beli novel kat kau tak pernah nak minta bayar. Tu pun tak cukup lagi ke?”

Dan jawapan yang akan dia terima…

“Heeeeelleh! Dengan aku pun nak berkira ke? Tu mula la tu nak mengungkit. Yela-yela… nanti aku bayar balik semua novel-novel tu. Tapi tunggu duit JPA sem depan la eh?”

Dia tersenyum lebar bila kenangan sem lepas menerpa. Ikhlas dia belikan gadis itu apa yang diinginkan walaupun segala pemberiannya berat diterima. Darwin nampak dari luaran memang materialistik. Dengar saja segala impian-impian dia, sudah cukup untuk membuatkan dia dipandang serong oleh orang lain. Namun tanpa orang lain sedar, gadis itu cuma gadis yang sederhana. Dia tidak suka meminta-minta. Tidak suka jugak bergantung hidup dengan orang lain.Nampak kasar tapi hatinya lembut. Nampak garang tapi orangnya mudah didekati. Muka Darwin terus direnung. Entah kenapa bila saja wajah kuning langsat itu ditatap, hatinya rasa tenang semacam. Bila serabut saja, suara itu yang dicari. Bila dia perlukan teman, bibir yang petah berkata-kata itu yang dipilih untuk berborak. Bila dia perlukan ketenangan, senyuman indah itu yang terbayang-bayang. Bila apa saja yang ingin dilakukan semuanya mesti ada kaitan dengan dia. Dengan seorang gadis yang bernama Amalina Darwin.

Kadang-kadang Dizwan keliru dengan hatinya. Pelik memikirkan kenapa perlu ada perasaan macam tu terhadap Darwin. Kenapa dia perlu ambil peduli pasal semua perbuatan, perangai, perasaan gadis itu. Puas dia mencari, menyiasat, menyoal diri sendiri namun jawapan yang pasti belum pun muncul-muncul.

“Weyh!”

Teguran kasar itu membuatkan Dizwan tersentak. Darwin yang tengah merenungnya dibalas. “Apa?”

“Asal kau tenung aku macam tuh? Tudung aku senget ke?Muka aku comot eh? Ada something kat muka aku? Nampak buruk ke? Nampak nazak?” Soal Darwin gelabah. Tisu yang berada di dalam sling bagnya ditarik keluar. Cepat-cepat wajahnya dikesat. Cermin kecik yang sudah sedia berada di dalam kocek beg diambil dan disuluh ke muka. Fuhh! Nasib baik tak comot.

“Adoiyaiii…” Dua kali Dizwan tepuk dahi dengan telah si teman. Dia mengeluh sebelum membuka mulut. “Kau ni kan…”

“Oh please! Not again…. Kita datang sini nak study kan? Bukan nak jalankan acara Dizwan-bebel-bebel-Darwin-tetap-tak-lut.” Pintas Darwin laju bersama sepuluh jari tersusun. Merayu agar lelaki itu berhenti dari membebelkan dirinya.

Dizwan ternganga. Mata terjegil bulat. Darwin dipandang bagai nak cekik. “Tau pun yang kau tu tak lut. Aku kasi nasihat langsung tanak ikut.”

“Wan, study jom? Aku dah ar sedia serabut dengan soalan math engine ni. Guna rumus betul pun jawapan tak dapat-dapat. Kang sekali dengan kau-kau aku lipat sumbat masuk rumus.” Gertak Darwin. Mata ditala pada buku yang terbuka luas. Casio 570 dicapai kembali sebelum dipicit-picit kasar.

“Degil kepala batu!” Kata Dizwan seraya mengeluarkan buku-buku yang bakal diselongkar segala isi perut untuk dimasukkan ke dalam assignment. Better kau siapkan kerja kau yang berlambak-lambak ni Wan. Kang tak pasal-pasal kena carry subjek yang sama sem depan. Whoaaa!!! Sumpah aku tanak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience