BAB 16

Romance Completed 27771

Tiga tahun berlalu

“DEY minachi. Apa yang lu tengah fikir hah?” Sergah Nadzirah yang muncul entah dari mana itu mematikan lamunan Darwin. Dia duduk di sebelah gadis itu sambil menikmati aiskrim bekas besar.

“Dey mak cik. Kata nak diet. Tapi bukan main besar lagi aiskrim kau sapu. Karang baju pengantin tak padan jangan nak banyak bunyi.” Bebel Darwin sambil ikut mencedok aisrim vanila masuk ke dalam mulut. Persahabatnya dengan Nadzirah masih berkekalan walaupun zaman belajar mereka sudah tamat. Nadzirah masih lagi housematenya even rumah sewa dah bertukar. Kerjanya sebagai Jurutera Biomedikal di Hospital Sungai Buloh dan Nadzirah pula sebagai guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya menempatkan mereka dirumah sewa yang sama.

“Tak adanya tak padan. Aku dah spare 1cm untuk pembesaran badan aku dalam tempoh dua bulan ni.”

“Helleh! Karang Acap bising kau tarik muka tak siap pulak.”

“Berani dia nak bising? Aku lari tinggal dia atas pelamin sorang-sorang hari kenduri nanti baru tau.” Seloroh Nadzirah seraya menghembur tawa. Dia bersyukur percintaannya dengan Acap sejak di universiti kekal sampai sekarang. Malah bakal sampai ke jinjang pelamin. InsyaAllah.

“Cakap berani ar.” Ejek Darwin sambil mencebik. Dia turut tumpang gembira dengan kebahagian teman-temannya itu. Khairul kini sudah pun pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya bulan lepas. Ain sudah beranak dua. Asma pun bakal menimang cahaya mata bulan depan. Nadzirah pulak on the way nak jadi isteri Acap. Tapi dia?

“Kau still tunggu dia ke?”

Soalan Nadzirah mengundang keluhan lemah dari bibir mungil itu. Sejak peristiwa pahit malam itu, Darwin sudah bertekad tidak mahu mendekati mana-mana lelaki lagi. Tekadnya itu makin kuat bila dia sudah pasti dengan feeling sendiri. Dizwan Hafez Abdul Manaf. Ya! Dia sedar bahawa lelaki itu yang dinanti-nantikan selama ini. Lelaki itu adalah prince charming dia yang sebenar. Namun ruginya dia tidak sedar perkara itu dari awal. Dan bila dia sudah pun menyedari hakikat itu, sayangnya sudah terlambat. Sejak malam itu, Darwin sudah tidak lagi bertemu dengan Dizwan. Di kampus, di tempat mereka selalu melepak, di mana-mana pun la. Bayang lelaki itu terus hilang darinya. Puas dia tertanya-tanya mana perginya Dizwan sampai lah satu hari, Acap memberitahu bahawa Dizwan sudah terbang ke German menyambung pelajaran di peringkat Master. Hancur hatinya. Darwin sedih kerana lelaki itu tidak mengkabarkan pemergiannya itu.

“Win, dia dah balik.” Suara Nadzirah membawa ingatan Darwin ke dunia reality.

“Sape?”

“Wan.”

“Haa!!??”

Senyum disungging lebar. “Esok dia nak jumpa kita semua.”

“Haaaaaaaaaaa!!?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience