SEMAKIN berdetak sakan jantung bila sesusuk tubuh yang amat dikenali sedang berjalan menghampiri mereka. Sungguh Darwin rasa macam nak rebah bila terpandang senyuman yang dah lama dia tak nampak itu dituju kepadanya.
“Assalamualaikum.” Dizwan yang berpenampilan kemas dari atas sampai bawah itu menyapa seisi meja di situ.
“Waalaikumusalam.” Jawab mereka serentak.
“Fuyooo…. Dizwan Hafez makin handsome tu.” Ternganga mulut Acap ketika melihat Dizwan yang kini sudah berubah. Berubah lebih matang. Kalau dulu dia budak motor yang hanya pakai baju ikut suka hati, tapi sekarang lelaki itu dah lain. Tengok saja lah t-shirt berkolar warna hitam bercorak merah sedikit di bahagian dada bersama jeans dark blue yang tersarung ditubuh. Rambut pun sudah tercacak rapi. Tak lagi macam dulu serabut serabai macam orang tak mandi setahun.
“Apa khabar anda orang German?” Celah Khairul pula sambil menghulur tangan.
“Aku still orang malaysia!” Dizwan tersengih-sengih “Alhamdulillah baik.” Kerusi ditarik. Dizwan duduk bertentangan dengan Darwin yang sejak tadi tidak memanggungkan kepala. “Nad, Ain, Asma… apa cerita sekarang?” Muka tiga orang gadis itu dipandang bergilir-gilir.
“Cerita aku… aku dah beranak dua. Bahagia dengan suami. Rapat dengan mertua.” Ain yang happy go lucky itu mula merapu. Seisi meja ketawa.
“I’m going to be a mother.” Asma sengih samapi belakang telinga.
“Aku pulak…”
“Nak jadi isteri orang kan?” Dizwan memotong laju ayat Nadzirah. Dia sudah maklum dengan perkahwinan temannya itu akan berlangsung tak lama lagi.
“Orang itu aku okey!” Sampuk Acap dengan muka bangga.
Dizwan tersenyum. Pandangan mula berlari ke wajah yang sudah lama dirindui. Wajah yang selalu muncul di dalam mimpinya. Wajah yang sudah lama mencuri hatinya. “Kau, Win… apa khabar?”
Oh! Speechless! Darwin jadi tak keruan. Debaran di dada makin menjadi-jadi. “Err… Alhamdulillah sihat.”
Dua mata saling bertentangan. Lama!
“Eh, Wan. Apa benda yang kau bawak berplastik-plastik tu?” Ain yang tersengih dengan situasi Dizwan dan Darwin menyelit tetiba.
Dizwan tersentak. Darwin tersentap. Oh! Malu! Dua-dua kalih pandang pada muka Ain.
“Ole-ole aku bawak untuk korang dari German.” Jawab Dizwan sambil menyelongkar keluar kotak-kotak yang dibalut cantik dan diletak atas meja. “Ini untuk kau…” Sebuah kotak diletak di hadapan Ain. “…untuk kau….” sebuah lagi disua kepada Khairul. “Kau…” Sampai giliran Nadzirah “…last untuk kau, Cap.” Kotak hadiah yang terakhir dihulur kapada Acap.
“Thanks Wan!” Masing-masing tayang muka excited.
Aku? Aku punya mana? Soal Darwin dalam hati. Muka sudah berubah. Sampai hati kau tak belikan ole-ole untuk aku Wan. Kau dah tak ingat aku lagi ke? Darwin mula sebak.
“Win punya mana?” Tanya Khairul pelik. Hah sudah! Kata sayang, kata cinta tapi boleh pulak terlupa nak belikan buah hati ole-ole macam orang lain.
“Alamak!” Dizwan tepuk dahi. “Sorry, Win. Hadiah kau aku lupa bawak.”
“Takpe.” Balas Darwin antara dengar dengan tidak.
“Nanti aku hantar kat rumah kau eh. Rumah dekat kampung.”
“Takpe la. Takyah susah-susah.” Darwin kupas senyum plastik. Padahal hatinya sudah meraung-raung. Sampainya hati Dizwan!
“Eh, Win. Aku nak tanya kau satu soalan boleh?”
“Apa?” Muka dikalih dari memandang muka Dizwan.
“Kau dah kahwin belum?”
“Haaah!?” Rasa macam jantung direntap kasar bila soalan itu menusuk corong telinga.
“Kau gila apa ni, Wan? Bukannya kau tak tau yang si Darwin ni still solo.” Ain turut terkejut mendengar soalan itu.
“Kalau macam tu…” Mata merenung dalam sepasang mata coklat itu. “Kita kahwin jom?”
Gulp!
Sumpah Darwin rasa macam tiga biji bas merempuh tubuhnya bergilir-gilir. Anak tekak berjaya ditayang. Mata tidak berkelip memandang Dizwan yang tengah tersenyum nakal.
“So… Whats you answer, miss Amalina Darwin? Yes or No?”
“Ermmm Ermmmm Darwin sudah gelabah. Resah semacam. Rasa macam nak lari jauh dari situ pun ada.
“Win, kau tak sedar lagi ke?” Acap bertanya. Dia dan Khairul sudah tarik senyum lebar.
Darwin kebingungan.
“Kau tak sedar ke kau tengah dilamar sekarang?”
“Erkk!?” Muka Dizwan kembali ditatap. Mencari kepastian di wajah itu.
Kedengaran nafas dihela lembut. Lembut pandanganya pada mata Darwin. “Aku bukan orang kaya. Bukan anak datuk mahu pun tan sri. Anak raja lagi la bukan. Aku tak mampu nak belikan kau banglo enam atau tujuh tingkat. Aku tak dapat hadiahkan kau vila mewah. Tak dapat jugak nak kasi taman lorong-lorong macam dekat negara omputeh untuk kau. Aku tak handsome macam Jensen Ackles dalam Supernatural. Aku tak cool macam Edward Cullen dalam Twilight. Tapi kalau kau nak semua tu aku akan cuba berusaha untuk penuhi impian kau. Kalau kau nak BMW atau Merc tunggulah aku simpan duit empat atau lima tahun lagi. Cash aku beli untuk kau. Tapi kalau kau nak aku buat surgery untuk ubah muka macam pelakon idola kau tu aku tak mampu. Berdosa besar mengubah ciptaan Allah.” Panjang lebar Dizwan menyusun ayat. Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis yang sudah bergenang kelopak matanya. “Amalina Darwin… Dizwan Hafez Abd Manaf cintakan kau. Sangat cinta. Tau… jiwang kan? Tapi ini la hakikatnya. Win, dari dulu lagi aku cintakan kau. Aku tak pernah cakap. Aku tak mampu nak cakap…”
“Kenapa?” Hanya satu perkataan yang keluar dari bibir itu setelah mendengar pengakuan jujur Dizwan
“Sebab aku Dizwan kau Darwin.”
“Apa masalahnya?” Soalan yang suatu masa dahulu pernah diungkap oleh Acap kini keluar dari bibir mungil Darwin.
“Friendship. Disebabkan satu perkataan tu lah yang membuatkan aku terpaksa pendamkan perasaan aku dekat kau.”
Berjurai air mata Darwin dengan kenyataan itu. “Wan… sebenarnya… aku… aku pun…. aku…” Darwin tidak mampu bercakap. Esakan dia semakin kuat.
“Syyyhhh… Aku tau. Kau takyah cakap. Aku tau kau pun ada feeling yang sama kan?”
“Mana kau tau?”Jelas muka Darwin kelihatan terkejut. Dia kalih pandang pada Nadzirah yang sudah tersengih-sengih. “Nad, kau…”
“Aku cuma bagitahu Wan benda yang betul je.” Pantas bakal isteri Acap itu menyelit. Tanpa pengetahuan Darwin, Nadzirah kerap kali berhubung dengan Dizwan di dalam email. Segala pekembangan Darwin diceritakan kepada lelaki itu. Perancangan Dizwan untuk melamar Darwin pada hari ini dia juga turut dirancang bersama. Acap, Khairul dengan Ain ikut bersubahat.
“Nad…” Darwin sudah malu. Malunya pada Dizwan hanya tuhan saja yang tahu.
“Amalina Darwin…” Lembut suara Dizwan. ” Will you be my princess charming? Atau dari segi kata lain “Sudikah kau jadi suri hidupku?”
Putus nafas! Geraham paling hujung ditayang. Mata bulat hampir-hampir nak tersembur keluar. Kedua-dua lutut sudah lemah. Nasib baik lah sekarang ni dia tengah duduk. Kalau berdiri confirm dah rebah.
“Darwin…” Panggil Dizwan bila gadis itu masih tidak memberikan respon. “Will you?”
“Aahh.. haaa… err… I will… I will” Malu-malu Darwin memberi jawapan.
“Yesss!!!!” Suara Nadzirah, Ain, Acap dan Khairul bersorak riang.
“Alhamdulillah” Jawapan positif dari gadis itu betul-betul membuatkan Dizwan melepas nafas lega.
Share this novel