BAB 10

Romance Completed 27771

Honda City warna merah laju memasuki kawasan parking Tasik Shah Alam. Dizwan keluar dari kereta dan meluru ke arah meja yang dipenuhi dengan lima orang kawan-kawan dia dan Darwin.

“Wan, Win mana?” Soal Nadzirah sambil melilau-lilau mencari kelibat housematenya itu.

“Bukan ke kau pergi jemput dia tadi?” Sampuk Acap pulak.

“Dia ada kelas ke?” Terjah Ain yang tengah sibuk mengatur makanan dia atas meja. Meja itu sudah sarat dengan pelbagai jenis makanan. Ada pizza, blueberry cheesecake kesukaan Darwin, makaroni goreng yang dimasak oleh Nadzirah, puding kotail hasil buatan Asma sendiri, segala jajan pun ada. Dibucu meja sudah dihiasi dengan belon berwarna warni. Atas kerusi pulak teratur dengan berkotak-kotak hadiah yang bakal diberi kepada birthday girl.

“Win mana ada kelas petang lah hari ni. “Balas Nadzirah laju. Semalam lagi dia Darwin sudah memberitahu yang tentang jadual kelasnya hari ni.

“Dah tu? Kau cari dia tak jumpa eh?” Khairul yang tengah mengikat belon pada bucu meja mencelah.

Dizwan pejam mata. Nafas disedut dalam-dalam. “Jom kemas?”

“Haaaa???” Enam suara di situ bergabung serentak. Masing-masing memaku pandangan pada Dizwan yang jelas menampakkan muka kecewa.

“Apehal pulak nak kemas? Kata nak surprisekan Win.”

“Dia takkan datang sini.”

“Asal?” Acap pandang wajah sugul Dizwan.

“Dia… dia dengan Farel sekarang ni.” Lemah suara itu dikeluarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience