BAB 3

Romance Completed 21704

Emma duduk enak di atas sofa sambil menonton rancangan yang disiarkan di televisyen. Macam tiada benda lain yang mahu dibuat. Setiap hari itulah runtin hariannya.

“Emm..boring lah. Cerita ini sahaja aku dah tengok tiga kali minggu ini. diorang ini takde cerita best sikit ke nak buat. Ulang cerita sama je” Emma membebel sambil menekan-nekan remote tv itu. Mencari rancangan yang lebih menarik mungkin.

Mama menghampiri Emma yang leka menonton televisyen. “Emma,tak ada kerja lain ke nak buat? Asyik-asyik tengok tv. Cuba lah buat sesuatu yang berfaedah sikit” kata mamanya sambil duduk di sofa bersebelahannya.

“Emma nak buat apa ma…? Cuba mama bagi cadangan. Apa Emma patut buat sementara Emma tengah honeymoon ini” balas Emma ketawa.

“Aik,mama pulak dah yang kena fikir. Hm,macam ini lah, apa kata Emma pergi cari kerja. At least dapat jugak duit kan. Anak mama ini kan suka shopping. So,kalau dah kerja senang lah sikit mama. Tak payah keluar duit untuk anak mama sorang ini” mamanya memberi cadangan. Tetapi ini macam jenis nak menjimatkan duit saja. Apa-apa sajalah.

“Hmm..cari kerja yaa..” Emma buat gaya sedang berfikir sambil meletakkan hujung jari di dagunya. “okay jugak kan ma? Nanti dah kerja Emma dapat duit. Bila dapat duit boleh shopping banyak-banyak. Yeayy! Haha” Emma ketawa gembira. Tak ada benda lain yang nak difikir. Shopping,shopping. Itu saja yang dia tahu.

“Apa-apa jelah Emma. Asalkan Emma buat something yang berfaedah. Dah lah,mama nak pergi dapur dulu. Jangan tengok tv lama-lama sangat tak elok untuk mata” mamanya sempat berpesan lalu beredar menuju ke dapur. Sementara itu, Emma ligat memikirkan pekerjaan apa yang dia ingin lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience