BAB 10

Romance Completed 21704

Selepas beberapa minggu kejadian Haykal dan Haydar bergaduh disebabkan dia dibuli oleh Haydar, Emma menjadi lebih pendiam dari sebelum ini. Mungkin sebab takut atau malas nak melayan mereka berdua.

Emma membasuh pinggan-pinggan yang kotor itu. Lebih banyak termenung pula Emma sekarang. Kadang dia selalu juga teringatkan Haydar. Sampai kerja yang dibuatnya jadi tidak betul. Sedang asyik dia termenung tiba-tiba “Auchh!” Emma menjerit kecil. “Ya allah,tangan aku berdarah lah” dia tidak sedar pinggan yang dibasuhnya itu pecah dan kaca itu terkena sedikit pada tangannya.

Haykal yang kebetulan masuk ke dapur itu melihat Emma sedang menilik tangannya. “Emma,are you okay?” Haykal sudah bergerak ke arah Emma. Terperanjat Emma dengan kehadiran Haykal. “Dia ini buat aku terkejut aje. Nasib tak melatah depan dia. Kalau tak buat malu aje” kata Emma dalam hati.

“Eh,saya okay. It just my hand…” Emma menunjukkan tangannya yang berlumuran darah itu. “your hand! Macam mana boleh jadi macam ini?” soal Haykal terkejut. Dia memegang tangan Emma dan cuba melihat luka itu. “Tadi basuh pinggan lepas itu tak tahu macam mana pinggan itu boleh terpecah pulak. Tu yang terkena tangan ini” kata Emma memberitahu apa yang terjadi tadi.

“Tulah..lain kali kalau buat kerja jangan asyik berangan. Tengok sampai berdarah macam ini” bebel Haykal. “Meh nak tengok” Haykal memegang tangan Emma. Dia cuma ingin membantu. “Ini kenapa ini? siap pegang-pegang tangan lagi” Haydar pula muncul dari belakang. Rasa panas pula hatinya tengok Haykal main pegang-pegang tangan Emma. Pahadal Haykal nak membantu saja.

Terkejut bukan main Haydar melihat tangan Emma berdarah. “Emma,what happen?” kenapa tangan kau berdarah?” giliran Haydar pula yang bertanya. Penat Emma nak menjawab. Belum sempat Emma nak menjawab Haydar memegang tangannya dan hendak bergerak ke ruang tamu.

“Weh,weh..kau nak buat apa ni?” Haykal menghalang langkah Haydar. “Tepilah kau. Aku nak pergi sapu ubat kat tangan dia ni. Apasal? Kau nak jugak ke? balas Haydar. “Eh,apahal kau baik hati pulak nak tolong dia ini? Bukan kau selalu buli dia ke?” Haykal sengaja cakap macam itu. Nak tengok reaksi Haydar macam mana.

Haydar tercengang seketika. Tak tahu nak jawab apa. “Er..er..ahh,tepi lah kau” Haydar menolak sedikit bahu Haykal lalu bergerak ke ruang tamu bersama Emma. Haykal ketawa sendiri “Haha..Haydar,Haydar..kenapa aku rasa dia macam ada perasaan je kat Emma tu? Hmm..nampaknya bibik aku lepas ni jadi kakak ipar aku lah jawabnya haha..” kata Haykal ketawa memikirkan semua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience