BAB 7

Romance Completed 21704

“Encik Haydar, ini saya buatkan spagheti untuk encik. Special punya,hehe..” Emma meletakkan mangkuk berisi spagheti itu di atas meja. “Lambat seminit” balas Haydar sambil mata masih menatap skrin di televisyen.

“Fuhh,on time betul mamat ni” desis Emma di dalam hati. “Alah,seminit je pun encik. Jangan lah berkira sangat eh” balas Emma sambil tersengih. Haydar tidak membalas. Buat bodoh sahaja gayanya. “Encik rasa lah spagheti saya buat ini” ujar Emma lalu memulakan langkahnya ke dapur. “Siapa suruh kau pergi?” terdengar suara Haydar Emma terus berhenti melangkah.

“Dia ini nak apa lagi..” kata Emma geram dalam hati. “Aku nak kau teman aku makan” satu arahan keluar dari mulut Haydar. Perghh,dia ini memang boleh jadi askar. Selalu sangat bagi arahan sesuka hati dekat Emma ini.

Tanpa membalas Emma bergerak ke sofa untuk duduk. “Siapa suruh kau duduk?” soalan Haydar betul-betul buatkan Emma tersentak. “Tadi Encik suruh saya teman kan” balas Emma perlahan.

“Memang aku suruh kau teman. Tapi aku tak suruh kau duduk kan. Kau berdiri kat situ” balas Haydar selamba. Emma sudah buat muka tidak percaya. Haydar memang sengaja ingin membulinya. Tapi Emma tidak membantah. Dia bangun lalu berdiri di tepi sofa yang diduduki Haydar. Memang dah macam kuli batak Haydar memperlakukan Emma.

Emma hanya memerhatikan Haydar menikmati spagheti yang dibuatnya. Tidak pulak Haydar mengkritik apa-apa tentang masakannya. Kira okay lah itu spaghetti yang dia buat. Bangga pula rasanya. Naik lenguh juga kakinya berdiri macam itu. Emma sudah membuat muka bosan. Bosan melayan karenah anak kepada tuan rumah ini. Tetapi Haydar kira tuan rumah juga lah kan.

“macam mana encik? Best tak spagheti saya buat itu?” Tanya Emma ingin mengetahui hasil air tangannya itu sedap atau tidak. “Em,boleh lah..” balas Haydar malas. Jawapan macam tak ikhlas sahaja. Padahal habis juga spagheti itu dimakannya.

Emma mengambil mangkuk yang kosong itu. “buatkan apple juice untuk aku” kata Haydar. “kenapa encik tak cakap tadi. kalau tak boleh saya buat sekali dengan spagheti ini. senang lah sikit” balas Emma merenung wajah selamba Haydar.

“Kau jangan banyak cakap boleh tak? Aku suruh buat, buat sajalah. Kau tu kan bibik dah memang kerja kau lah layan apa yang aku nak” balas Haydar sedikit marah. Dia merenung tajam wajah Emma. Takut pulak bila Haydar tengok dia macam itu. Terus sahaja dia ke dapur untuk menyiapkan minuman tuan rumahnya itu. Kalau dia lambat sikit bising lah Haydar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience