BAB 11

Romance Completed 21704

“Macam mana kau buat kerja hah? kau ini memang tak reti guna mata kan? hari itu aku terlanggar kau pun sebab kau itu yang jalan tak pakai mata. Ini basuh pinggan pun sampai boleh berdarah macam ini. sebab apa? Sebab kau berangan kan” itu dia! Bila Haydar membebel mengalahkan mak nenek. Emma diam sahaja.

Haydar menyapu ubat dengan cermat pada tangan Emma. Baik pula Haydar ini. Emma memang dah terbuai dengan keprihatinan Haydar ini. matanya tak berkelip pun memandang Haydar. Apakah ini cinta? Emma sudah jatuh cinta dengan mamat yang selalu membulinya? Biar betul.

“kenapa dia baik sangat ni..” kata hati Emma. “Ahh,Emma..kau suka dia ke?” matanya masih menatap wajah Haydar. “takkan lah aku suka dia..” dilihat Haydar begitu bersungguh merawat tangannya. “tapi,kalau aku suka dia pun,tak mungkin dia akan suka aku jugak kan” pandangannya masih lagi tidak beralih. “Hm..mungkin aku sorang aje yang rasa perasaan ni. Haha,Emma..kau bertepuk sebelah tangan nampaknya” Emma terus menundukkan wajahnya.

Tidak mahu hatinya kecewa melihat Haydar. Kenapa perasaan ini mesti wujud? Dia sedar yang dia tidak sepatutnya punya perasaan terhadap Haydar anak kepada majikannya. Siapa lah dia,dia hanya seorang bibik dan tak mungkin Haydar akan pandangnya.

Haykal memerhati sahaja mereka berdua dari atas tangga. “Haha,bro..kau dah suka kat budak tu. Aku boleh nampak. Tapi tulah, ego kau tinggi sangat bro ” kata Haykal yang dari tadi menjadi pemerhati. Betul ke Haydar dah mula suka dekat Emma? Entah lah,hanya dia saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience