BAB 1

Romance Completed 21704

Aku ingin mendengar lagi
simfoni yang begitu syahdu membawa lagu kau dan aku.
Masih terasa hangat
pelukan dirimu
engkau kasih kau yang kusayangi.

Engkau sering hadir disaat begini
bergurau senda dan menemani diriku
di malam-malam begini hanya ada rindu
ingin selalu dekat dekat dirimu.
Dan mengapa aku mulai sedar ini semua saat titik perpisahan antara kita mulai terasa. Mengapa aku seakan merasa sebuah kehilangan?
KRINGGGGGGGGGGG!
DERINGAN jam penggera pada telefon bimbit membingitkan telinga Emma membuatkannya celik. Namun dia masih malas untuk bangun. Maklumlah keputusan peperiksaan spmnya baru sahaja keluar dan sekarang dia masih menunggu tawaran untuk menyambung pelajarannya. Sementara dia masih bercuti ini, rutin hariannya tetap sama, bangun lewat, makan, menonton televisyen dan pelbagai lagi aktiviti yang kurang produktif. Adakalanya azan zuhur baru bangun. Inilah yang dinamakan anak dara alaf baru.

“Arghhh! Memekak je telefon ni. Bangun awal buat apa? ISHHH! orang nak tidur pun tak boleh” bebel Emma dengan mata yang masih terpejam.
“Mana pulak phone ni..” dia meraba-raba mencari telefon. Sudah tidak tahan mendengar telefon itu menjerit dari tadi.
Salahnya juga tidak mahu bangun walaupun sudah disetkan alarmnya itu.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Bunyi alarm yang membingitkan telinganya tidak lagi kedengaran. Tok tok tok! Kedengaran pintu bilik tidurnya diketuk. “Emma,bangunlah. Dah pukul berapa ini. cepat turun breakfast ” ujar mamanya di sebalik pintu itu.

“Ya maa…dah bangun ini. Emma mandi dulu lah lepas itu Emma turun” dia sudah bergerak menuju ke bilik air. “Yelah,cepat sikit tau” mamanya sudah beredar ke dapur.

“Morning maa! Hehe,mama masak apa?” Emma melabuhkan punggungnya di atas kerusi. “Hmm..morning. bagus betul anak dara sorang ini. pukul 10.00 baru nak bangun? Apa bangun lewat sangat ini Emma. Awak tu perempuan kenalah bangun awal. Nanti dah kahwin nanti mana boleh bangun lewat macam ini. apa nak jadi lah budak ini” itu dia. Sudah kena sembur si Emma dengan mamanya. Habis hal kahwin mamanya mengungkit.

Emma buat muka comel. Konon moga hati mamanya lembut bila tengok kecomelan anaknya itu. Biar sejuk sikit hati mamanya tidaklah mahu membebel setiap masa kepadanya. Dia pun sudah malas mahu mendengar mamanya membebel setiap hari. Padahal apa yang dikatakan mamanya sama sahaja. Semuanya gara-gara dia bangun lambat lah.

“Eh mama ni, dah kenapa menyimpang sampai hal kahwin bagai ni. Hello, Emma muda lagi lah, geli gleeman fikir nak kahwin jadi lain kali mama toksahlah nak mention perihal kahwin ni,’’ bebel Emma sambil tangannya laju menyuap nasi goreng cendawan ke dalam mulutnya.

“Baiklah Emma oi,..mama cuma nak ingatkan saja. Lagipun betul apa yang mama cakap. Lambat laun nanti Emma kena kahwin jugak kan. So, dari sekaraglah nak mula, ubah sikap tu bermula dengan amalkan bangun awal pagi lepas ni tau.’’ mamanya sudah pandai membalas sekarang. Rasakanlah Emma. Salah dia juga yang bangun lewat setiap hari.

“Hmm..yelah ma. Betul sangat itu apa yang mama cakap” dia buat-buat senyum. Sudah malas mahu membalas kata-kata mamanya. Mamanya itu pun bukan mahu mengalah jadi lebih baik dia diamkan sahaja.

“Hah ini Emma,lepas siap makan nanti tolong pergi kedai kejap. Mama nak suruh beli barang sikit” pinta mamanya. “Okay. Emma pun dah lama tak keluar rumah ini. boleh jugak cuci-cuci mata nanti” ujar Emma sambil ketawa.

“Macam-macam lah budak ini. dah lah,ini list barang-barang itu. Beli semuanya tau” mamanya menghulurkan senarai barang-barang itu kepada Emma. “Alright bos! Emma pergi dulu” ujarnya sambil buat gaya tabik spring kepada mamanya. “Ehh,lupa pulak. Duitnya ma?” dia tidak jadi memulakan langkahnya.

“Oh,lupa pulak mama nak bagi. Nah,jangan belanja lebih-lebih tau. Balancenya nanti simpan” mamanya sudah warning awal-awal. Dia baru sahaja bercadang mahu membeli majalah e-pop keluaran baru. Tak apa,setakat majalah sebiji berapa sangat harganya. Kira halal lah.

“Hehe,yelah ma..belanja sikit pun apa salahnya. Emma pergi dulu eh. Assalamualaikum,bye” dia meminta diri lalu keluar menuju ke kedai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience