BAB 4

Romance Completed 21704

“Penatnya cari kerja ni. aku ingat senang-senang je nak dapat kerja. baru aku tahu macam mana susahnya nak cari kerja sekarang,hmm..” Emma mengeluh letih sambil duduk di atas kerusi yang disediakan di tempat menunggu teksi. Sudah beberapa kedai yang dia pergi tetapi masih tidak dapat-dapat lagi pekerjaan untuknya. Baik restoran,café,butik,kedai buku mahupun kedai kek semua pekerjaan sudah penuh.

Sedang dia asyik termenung tiba-tiba dia ternampak satu iklan yang dilekatkan pada sebatang tiang. Pantas dia menghampiri tiang itu untuk melihat iklan yang dipamerkan. “Pembantu rumah diperlukan. Gaji lumayan. Umur 18 tahun ke atas” Emma membaca satu persatu isi yang tercetak pada kertas iklan itu.

“Hmm..boleh lah ini daripada takde. Yes,finally!” senyuman sudah merekah di bibir comel Emma. Dia membaca alamat yang ditulis “Eh, ini macam taman perumahan elit ini. mak ai, takkan lah aku kerja dengan datuk datin kot. Tapi kalau betul pun, apa salahnya hehe..” tanpa membuang masa lagi Emma menahan sebuah teksi yang lalu di situ lalu menuju ke rumah itu berdasarkan alamat yang diberi.

Datin Aida sedang sibuk menyediakan sarapan untuk keluarganya. Tidak menang tangan Datin Aida kerana tiada siapa lagi mahu menyediakan sarapan pada waktu begini. Setelah pembantu rumahnya berhenti beberapa minggu yang lalu, rumahnya juga tidak tersusun rapi seperti dahulu lagi. Bukan dia tidak pandai mengemas, tetapi dek ketiadaan masa kerana dia sibuk dengan perniagaan butiknya yang semakin ramai pelanggan akhir-akhir ini.

“Morning mummy,busy nampak” anak lelaki bongsunya Haykal menyapa Datin Aida dari belakang. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu. “Hmm..nak buat macam mana Haykal, kita kan dah tak ada pembantu rumah. So mummy lah yang kena buat semua ini. mummy masak simple saja ini. Mummy tak sempat lah Haykal, kejap lagi nak kena pergi butik pulak” balas Datin Aida lalu duduk di kerusi hadapan Haykal.

“Tulah kan mummy. Susah takde bibik ini. Haykal pun asyik makan kat luar saja lately ini. Yelah, kat rumah mana ada orang nak masak…” ujar Haykal dengan nada sedih yang dibuat-buat. Sengaja mahu memerli mummynya itu.

“Haykal perli mummy ey” balas Datin Aida sambil mata mengerling anaknya. Seolah tahu niat anaknya itu. “tahu tak apa” kata Haykal di dalam hati. Mulutnya sudah tersenyum lucu. “Haha..tak tahu lah kalau mummy terasa” ujarnya dengan senyuman comel itu. Sekali tengok dah macam muka ala-ala mamat korea sikit Haykal ini. muka jambu katakan. Berbeza dengan abangnya Haydar. Haydar kelihatan lebih macho dan agak pemarah orangnya. Tetapi kalau tidak cari pasal dengan si Haydar ini, dia mungkin akan melayan orang itu dengan baik sekali terutama kepada mummynya dan adiknya Haykal yang jambu itu.

Datin Aida turut tersenyum. Dia tahu anaknya memerlinya. “Oh ya,Haydar mana Haykal? Kenapa dia tak turun makan?” soal Datin Aida. “Dia dah keluar lah mummy. Tadi nampak macam nak cepat aje” balas Haykal sambil menyuap roti ke dalam mulut.

Sedang rancak dua beranak itu berborak tiba-tiba kedengaran bunyi loceng ditekan. “Biar Haykal pergi tengok” ujar Haykal. Datin Aida mengangguk.
Haykal membuka pintu besar itu. Mahu lenguh juga tangan ini hendak membuka pintu sebesar itu. “Yes,cari siapa?” soal Haykal memandang gadis comel di hadapannya.

“Err,tak ada cari siapa-siapa. Ni,boleh saya jumpa tuan rumah? Saya datang nak minta kerja jadi pembantu rumah sebab saya nampak iklan ini” jawab Emma sedikit gagap lantas menghulurkan kertas iklan yang dimaksudkan.

“Oh, I see..” Haykal memandang gadis itu dari atas sampai bawah. “Err..are you sure you nak jadi maid? Kenapa you nampak macam budak sekolah eh?” soal Haykal ragu. Emma sedikit terkejut dengan soalan lelaki itu. “haha..nampak sangat muka aku ini awet muda. Ada ke dia cakap aku budak sekolah” bisiknya di dalam hati. Sudah kembang kencut hatinya dipuji begitu.

“Eh, tak lah encik. Saya bukan budak sekolah lagi. Umur saya dah 18 tahun dah. Dah habis sekolah pun” Emma menjawab bersama senyuman.

“Ouh,haha..sorry. takde lah sebab muka you nampak cute macam budak sekolah lagi” balas Haykal yang juga turut tersenyum. “Eh,come. Jom masuk” ajak Haykal. Emma menurut sahaja langkah lelaki itu.

Emma terpegun dengan dekorasi rumah mewah itu. Sungguh besar ruang di dalam rumah itu. Kalau dia diterima jadi pembantu rumah itu, mahu patah juga pinggangnya kerana harus membersih setiap sudut ruang di dalam rumah itu. Emma hanya menelan liurnya. Risau juga bila difikirkan.

Emma dibawa bertemu dengan Datin Aida. Kelihatan Datin Aida gembira dengan kedatangan Emma kerana kelihatan selepas ini dia akan mendapat pembantu rumah yang baru. Mereka duduk berbincang di ruang tamu itu. Yang pasti,Emma tentu sudah diterima menjadi pembantu rumah di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience