BAB 5

Romance Completed 21704

Hari ini merupakan hari pertama Emma bekerja sebagai pembantu rumah di rumah mewah itu. Berdebar juga hatinya. Maklumlah,pertama kali kerja. Mestilah berdebar kan. Ting tong! Emma menekan loceng rumah itu. Hati yang berdegup kuat itu cuba ditenteramkan. “kenapa berdebar semacam ni” tutur Emma perlahan.

Pintu dikuak dari dalam. Terpancul wajah seorang lelaki di depan Emma. Buntang mata Emma melihat lelaki di hadapannya. Lelaki itu juga menunjukkan reaksi yang sama tetapi cuba dikawal. “Engkau? Kau buat apa kat sini?” terpacul soalan dari mulut lelaki itu.Hairan juga dia apa yang perempuan itu mahu sampai sanggup datang ke rumahnya ini.

“Err,saya..” belum sempat Emma meneruskan katanya Datin Aida muncul dari belakang. “Eh,Emma..mari masuk. Hah Haydar,ini lah pembantu rumah baru kita. Emma nama dia. Emma,ini anak aunty Haydar” Datin Aida memperkenalkan mereka berdua. Terkejut juga Haydar mummynya membahasakan dirinya ‘aunty’ dengan budak perempuan itu.

Emma juga segan sebenarnya mahu memanggil Datin Aida dengan gelaran itu. Rasa macam tidak layak pulak. Tetapi Datin Aida sendiri yang suruh dia memanggilnya begitu. Dia pun malas cakap banyak. Ikutkan sajalah.

“what? Pembantu rumah kita? Kenapa Haydar tak tahu pun” Haydar menyoal sedikit geram. Mana tidak geram. Pembantu rumahnya itulah yang menyebabkan dia lambat ke universitinya. Bukan saja lambat,habis bajunya basah dan melekit dek kerana disimbah dengan air minuman perempuan itu.

“Mummy tak sempat nak bagitahu Haydar. Haydar pun jarang melekat dekat rumah. Macam mana mummy nak bagitahu” balas Datin Aida seakan cuba memujuk hati Haydar. Datin Aida mengerling jam di tangan. “okay lah, mummy kena pergi ini. ada hal sikit kat butik itu. Emma,awak buat apa yang aunty dah cakap semalam ya? Still remember right?” soal Datin Aida.

Emma tersentak seketika. “Er,ahh ya..ingat datin. Eh,aunty” balasnya sedikit gagap. Terkejut juga dia tiba-tiba ditanya oleh Datin Aida. “Okay good. I have to go now. Buat kerja elok-elok ya and Haydar, make sure you treat her nice okay tapi jangan buat benda bukan-bukan pulak. Remember that” sempat lagi Datin Aida memberi amaran pada Haydar. Manalah tahu kot-kot jadi apa-apa kan. Sudah lah mereka duduk berdua sahaja dalam rumah itu.

“Alright mummy. Don’t worry. Takkan lah Haydar nak buat apa-apa kot
Kat ‘budak’ macam ini” balas Haydar sambil menekan perkataan budak itu. Emma hanya diam sahaja. Selepas Datin Aida berlalu pergi,dia terus menuju ke dapur untuk memulakan kerjanya.

Haydar hanya melihat dengan ekor matanya. Nampaknya terpaksalah dia duduk berdua dengan perempuan itu hari ini. Di dalam otak sudah memikirkan macam-macam. Tetapi cepat-cepat dia tersedar. “Dengan minah macam tu? tak mungkin kot..” ujarnya sambil ketawa lalu berlalu ke ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience