BAB 9

Romance Completed 21704

Emma sedang sibuk menyapu lantai di ruang tamu. Tidak pula kelihatan dua beradik itu. Biarlah lagi bagus jika mereka tidak munculkan diri. Senang Emma nak buat kerja. Tanpa dia sedar ada tangga berdekatan tempatnya itu. Kakinya semakin ke belakang dan semakin dekat dengan tangga itu dan tiba-tiba dia tergelincir. Ini memang dah tentu-tentu dia akan jatuh. Emma memejamkan matanya tetapi kenapa dia tidak rasa lantai yang keras sebaliknya macam ada seseorang yang memegang badannya.

Emma memusingkan kepalanya. Bulat matanya melihat Haydar rupanya yang menyelamatkan dia daripada terjatuh. Buat seketika mata mereka bertatapan. Lama juga mereka berkeadaan begitu. “Wahh! Ada drama lah kat sini” tiba-tiba bunyi suara Haykal menyedarkan mereka berdua.

Haydar pantas melepaskan badan Emma. Emma hanya berdiri tegak di situ. Malu. Malu dengan Haydar. Malu dengan Haykal. Manalah dia hendak letak muka. Haydar berdehem. Dia pantas bergerak keluar. Pergi melarikan diri lah itu. Yalah, dah terkantoi dengan Haykal tadi mesti lah malu.

“Eh eh,lari pulak. Malu ke cik abang oii” kata Haykal dengan gelak nakalnya. Memang suka kenakan orang budak ini. Emma sudah tidak dapat menahan malu lagi. “Er,saya pergi dapur dulu ya” kata Emma kepada Haykal dengan wajah yang tunduk.

“Baik-baik jalan itu..kan terjatuh nanti susah pulak. Orang yang nak sambutnya dah larikan diri itu” kata Haykal lagi sambil tergelak besar. Memang sengaja mahu menyakat orang Haykal ini. Emma cepat sahaja bergerak ke dapur.

Di taman Haydar sudah seperti cacing kepanasan. Duduk tidak kena berdiri pun ke hulu ke hilir. “kenapa dengan aku ini? apasal aku rasa lain macam bila dengan budak itu. Takkan lah aku dah…” Haydar berkata sambil berfikir. “Eh tak,tak. Tak mungkin aku suka dia. Aku suka buli dia itu betul. Tapi kenapa aku baik hati sangat pergi sambut dia tadi? kalau aku tak sambut mesti lah dia jatuh, bila dah jatuh dia mengadu kat mummy, bila mummy dapat tahu mesti mummy ingat aku atau Haykal ada buat pape kat budak itu. Yes,yes..aku cuma nak selamat dari mummy aje. That’s all” kata Haydar cuba menyedapkan hatinya. Dia tidak mahu ada apa-apa perasaan pada budak Emma itu.

“Tapi kenapa aku rasa macam ini? betul ke aku takde perasaan kat dia ini? Ahh! Kusut lah!” Haydar sudah kusut memikirkan tentang perasaan hatinya. Laju sahaja kakinya menyepak batu yang berada di situ. “Aduhh! Kaki aku..jahanam punya batu!” marah Haydar. Batu pula yang dipersalahkannya. Dia cuba berjalan ke arah kerusi dengan kaki yang sakit.

Muka Emma dah macam udang kena bakar sahaja. Bukan main merah pipinya. Malu sangat lah itu. “Ahh! malunya tadi..dah lah malu aku dengan Haydar tak habis lagi. Lepas tu boleh pulak terkantoi dengan Haykal. Ya allah,malunya!” kata Emma dengan pipinya
menutup muka yang terasa berbahang.

“Emma!” Emma terus mengangkat mukanya. Bunyi macam suara Haydar yang memanggilnya. Tetapi apa lelaki itu mahu. Tidak pulak Haydar ini berasa malu dengan kejadian tadi. “Baik aku pergi cepat sebelum dia bertukar jadi singa lapar” Emma pantas berlari kecil menuju ke taman.

“Er,ya. Ada apa Encik Haydar panggil saya?” soal Emma tunduk. Masih malu hendak mengadap muka Haydar. “Sini kau” panggil Haydar sambil tangan memegang kaki yang sakit. Emma bergerak ke sisi Haydar. “duduk” kata Haydar sepatah. Emma menurut sahaja. Haydar meletakkan kakinya di atas kerusi. Mata Emma bulat memandang kaki Haydar di depannya.

“Picit kaki aku” Haydar menyilangkan kedua kakinya. Gaya dah macam bos yang kejam. Mulut Emma terlopong sedikit. “Tunggu apa lagi. Cepat lah!” marah Haydar. Perlahan-lahan Emma duduk di atas rumput itu. Dengan pakai uniform bibiknya itu yang hanya paras lutut dia cuba membetulkan kain skirtnya agar tidak terselak. Nanti buat free show pula dia di depan Haydar.

Haydar dari tadi asyik merenungnya sahaja. Malu tadi pun masih belum hilang. Dengan perlahan tangan Emma menyentuh kaki Haydar. Dia memicit lembut. Ikutkan hati ingin sahaja dia memukul kaki Haydar itu. Biar patah terus. “dia ini ingat aku kuli batak dia ke? sesedap rasa suruh aku picit kaki dia. Setahu aku kerja bibik ini urus kerja-kerja rumah aje. Ni dah sampai kena picit-picit pulak. Dah lebih ni. tapi nanti kalau aku lawan dia tak pasal-pasal kena buang kerja. Hm..sabar jelah Emma” rungutnya dalam hati.

“Kuat lah sikit. Lembut macam pondan” kata Haydar marah. Emma buat muka menyampah tetapi di belakang Haydar lah kalau buat depan-depan memang kena lah Emma. “Em,encik Haydar..er,saya sebenarnya..” kata Emma tergagap-gagap.

“saya apa? Sejak bila kau gagap ini?” suara Haydar sudah meninggi. “Sebenarnya saya nak minta maaf pasal incident hari itu” kata Emma lancar. Takut bila dimarah begitu. “Ouh” kata Haydar sepatah.

“Ouh aje? Encik Haydar maafkan saya tak?” Tanya Emma lagi. “Tengok lah dulu” balas Haydar selamba. Bosan Emma dengan perangai selamba Haydar. “Jangan lah tengok-tengok macam itu encik. Senang cerita encik maaf jelah saya eh?” kata Emma sambil buat muka comel. Terkejut pula Haydar.

“kau tak payah buat muka macam itu boleh tak? Dah macam kucing kelaparan aje. Kalau kau nak suruh aku maafkan kau boleh..tapi kau kena buat setiap apa yang aku suruh” kata Haydar sambil mengangkat keningnya. “Em,okay. Encik nak suruh saya buat apa?” balas Emma. Dia ini macam tidak kisah saja kena buli dengan Haydar.

Haydar memikirkan cara untuk membuli si Emma ini. “Meh sini tangan kau” Haydar tertarik pula dengan cincin dijari Emma. Ini boleh dijadikan bahan mainan. Haydar sudah tersengih. “encik nak buat apa?” soal Emma bingung.

“Jangan banyak tanya lah. Sini tangan kau” balas Haydar geram. Emma lantas menghulurkan tangannya. Haydar mencabut cincin berbentuk rama-rama dari jari Emma. “Eh,encik nak buat apa dengan cincin saya itu. Cincin itu mama saya bagi tahu. Saya sayang cincin itu encik” kata Emma risau.

“kau nak tahu aku nak buat apa dengan benda ini?” soal Haydar. Emma mengangguk. Dia benar-benar bingung. “Itu dia!” lantas Haydar mencampakkan cincin itu jauh ke atas rumput. Bulat mata Emma. Matanya sudah berkaca. Sedih dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. “kau nak tak cincin yang kau sayang itu? Kalau nak, pandai-pandai lah cari. Good luck dear haha..” Haydar ketawa mengejek.

Laju sahaja kaki Emma bergerak di atas rumput karpet itu untuk mencari cincinnya. Dia terbongkak-bongkak mencari cincin itu. Seakan mencari jarum di dalam jerami sahaja. Belum tentu dia dapat menemukan cincin di dalam rumput yang luas itu. Namun Emma tetap tidak putus asa.

Haydar sudah ketawa terbahak-bahak. Geli hati melihat kesungguhan Emma. “Haha..apasal lah kau ni lurus sangat ah Emma. Cincin kau..ada kat sini” Haydar membuka tangannya. Memang betul cincin Emma ada bersamanya. Kesian Emma dibuli oleh Haydar. Kejam betul Haydar ini.

Haykal yang melihat kejadian itu terkejut dengan perbuatan Haydar. Pantas dia bergerak ke arah Haydar. “Weh,kau buat apa ini?” soal Haykal serius. “Takde apa” balas Haydar selamba. “Kau cakap takde apa? Itu! Apa budak Emma itu buat? Eh,kau buli dia kan?” kata Haykal geram. Dia memang pantang kalau tengok orang yang suka membuli ini. lebih-lebih lagi pada perempuan. Dia rasa bila-bila masa sahaja penumbuknya itu akan melayang di muka Haydar.

“Rileks la bro..aku boring lah. So,ada mainan kat depan mata aku ni hilang lah sikit boring aku” ujar Haydar sambil ketawa. “kau memang melampau” Haykal mencengkam kolar baju Haydar. “Weh,kau apahal nak marah-marah aku ni? dia itu awek kau ke?” Haydar sudah geram. Bila-bila masa sahaja perang boleh tercetus.

“Encik Haykal, encik Haydar kenapa ini? kenapa sampai nak bertumbuk ini?” Emma datang selepas melihat situasi yang berlaku tadi. “Awak tanya kenapa saya nak tumbuk dia? Sebab mamat ini sengaja buli awak! Awak tak nampak lagi ke Emma?” kata Haykal lalu melepaskan Haydar.

Emma terkejut. Mereka berdua bergaduh disebabkan dia? Dan sebenarnya dia tahu Haydar sengaja membulinya. Tetapi dia seakan tidak kisah semua itu. Dia pun tidak tahu kenapa dia sanggup buat apa sahaja demi Haydar. “Er,encik Haykal sebenarnya saya cari cincin saya yang jatuh kat atas rumput itu” balas Emma perlahan. Dia berbohong, padahal Haykal sudah melihat segala-galanya. Sanggup pula Emma berbohong untuk Haydar.

“Stop it Emma!..awak tak payah tipu saya. Saya dah nampak semuanya” kata Haykal lagi. Emma sudah tidak tahu ingin menjawab apa. Tidak sangka Haykal memerhatikan mereka tadi. “Eh korang tak payah lah nak berdrama sangat kat sini. Nah! Ambik cincin kau” Haydar meletakkan cincin itu dia atas meja lalu bergerak masuk ke dalam rumah.
Panas pula hatinya dengan mereka berdua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience