BAB 13

Romance Completed 21704

“Emma! ini ada surat untuk Emma ini…” panggil mama Emma. “surat apa ma?” soal Emma. Sebelum ini tak pernah-pernah dia dapat surat. “Entah. Mama pun tak tahu. Bukak lah tengok” mamanya menghulurkan surat itu kepadanya.

Bulat mata Emma membaca surat itu. “Maa! I got it! Emma dapat tawaran masuk kolej” jeritnya gembira. “Betul ke? tahniah anak mama. Happy mama dengar tau” kata mamanya turut gembira.

Tetapi Emma seakan terfikirkan sesuatu. Mukanya berubah sedih. “Em,maknanya lepas ini Emma kena berhenti kerja lah kan ma?” soalnya. “Yelah,Emma kan dah nak sambung belajar. Esok Emma pergi mintak berhenti kerja ya?” ujar mamanya.Emma sekadar senyum. Senyuman penuh makna.

********************

“Aunty..Emma terpaksa berhenti. Sebab Emma dah dapat tawaran sambung belajar itu” kata Emma menerangkan segalanya. “Em..yelah. aunty faham. Bagus lah Emma dah dapat sambung belajar. Aunty pun happy,tapi tulah..sedih jugak aunty Emma dah tak kerja sini lagi. Aunty pun dah anggap Emma macam anak aunty sendiri bukan macam pembantu rumah” sungguh terharu Emma mendengar semua itu.

“terima kasih aunty untuk semuanya” kata Emma cuba mengawal perasaannya. Dia sedih. Sedih mahu meninggalkan kerjanya,Datin Aida,Haykal dan juga…Haydar. “Yelah,Emma jaga diri ya?” Emma mengangguk dan bersalam dengan Datin Aida.

“Emma. Please take care yourself” kata Haykal pula. “Thanks. Insyallah Haykal” balas Emma. “Awak tak nak jumpa Haydar dulu?” Emma rasa sedih dah kecewa mendengar nama itu. “No. no need” balasnya. Dia sekadar tersenyum.

“Yeah,it’s okay. I faham” kata Haykal. “Emma pergi dulu ya. Jaga diri semua” kata Emma senyum lalu melangkah pergi dari rumah mewah itu. Terasa berat untuk dia meninggalkan rumah itu yang banyak memberi kenangan padanya. Terutama kenangan bersama Haydar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience