BAB 12

Romance Completed 21704

Tanpa sedar dah dekat tiga bulan Emma bekerja sebagai bibik di rumah Datin Aida. Walaupun cuma tiga bulan tapi seakan sudah lama dirasakannya. Dia tidak tahu sampai bila dia akan terus bekerja di situ. Mungkin lepas dia dapat tawaran belajar ke mana-mana institusi. Itu pun kalau dia dapat lah.

Hari ini Datin Aida tiada lagi di rumah. Sibuk betul datin seorang itu. Dan sudah semestinya yang tinggal hanya anak-anak lelakinya itu dan bibiknya Emma. Seperti biasa Emma menyiapkan tugasnya di dapur. Memasak,membasuh pinggan mangkuk dan banyak lagi lah.

“Emma!” tersentak Emma yang sedang mengupas bawang. “Ish,mujur tak terpotong jari ini. Dia ini pun selalu jerit-jerit panggil nama aku. tak reti panggil elok-elok ke” bebel Emma geram.

“Emma!” Haydar menjerit lagi memanggil nama Emma. “Haa..ya nak pergi lah ini” Emma bergegas menuju ke taman. “Ada apa Encik Haydar?” Tanya Emma termengah-mengah. “Buatkan aku orange juice” pinta Haydar. Dia sibuk menyiapkan assignmentnya itu. Pandang Emma pun tidak. Haydar bila buat kerja serius bukan main.
“Okay encik” kata Emma lalu bergerak ke dapur untuk menyiapkan minuman Haydar. Emma berjalan ke arah Haydar sambil membawa orang juice bersamanya. Dia melangkah perlahan-lahan di atas rumput itu. Dan tanpa disedari kakinya tersadung batu yang berada di situ.

Orang juice yang dibawanya elok jatuh tertumpah dia atas assignment Haydar. Haydar tidak percaya apa yang dilihatnya. “Encik! Saya minta maaf. Saya tak sengaja tertumpahkan air tu kat atas kerja encik” kata Emma takut-takut. Habis lah dia kali ini.

“Kau buat apa ni hah?! kau tau tak susah payah aku buat benda ni? kau selamba je simbah air itu atas assignment aku!” marah Haydar. Dia memang benar-benar marah kali ini. “saya mintak maaf encik, saya betul-betul tak sengaja” Emma rasa bersalah sangat.

“Eh,kau tak payah mintak maaf lah. Maaf kau tu takde guna! Kau ni memang suka main simbah-simbah kan? Dulu kau simbah aku dengan air kau tu, sekarang assignment aku pulak yang kena! Eh,kau memang sengaja kan?” Haydar menarik kolar baju Emma. Emma dah macam nak menangis sahaja.

“Tak encik, saya tak sengaja. betul” kata Emma. Matanya sudah bergenang dengan air. Bila-bila masa sahaja dia akan menangis. “jangan tipu lah! Kau memang sengaja nak balas dendam kat aku kan. Yelah,selama ni kan aku selalu buli kau. Tu yang kau sengaja simbah air kat assignment aku. Kau sengaja nak tengok aku susah kan?! Tengking Haydar kuat di telinga Emma. Main tuduh aje Haydar ini.

Takkan lah Emma sengaja buat begitu. Memang dia geram juga selalu kena buli dengan Haydar tapi dia tidak lah kejam sangat sampai nak membalas dendam seperti yang dituduh Haydar. “tak encik,sumpah…Saya takde niat pun nak balas dendam. Saya mintak maaf encik Haydar” balas Emma bersungguh-sungguh.

“Ahh! Muak aku dengar maaf kau tu” Haydar mencekik pula Emma. Dah macam nak membunuh ini. kalau dibiarkan boleh hilang nyawa lah Emma. Emma dah terbatuk-batuk. Dia menunjal pula kepala Emma. Ini macam dah lebih.

“Haydar! What the hell are you doing!” Haykal datang dan cuba melepaskan tangan Haydar dari terus mencekik Emma. Mereka sama-sama bergelut dan akhirnya terlepas juga tangan Haydar. Emma terbatuk-batuk dan sesak nafas. Dia mengurut dadanya. Rasa semput bila dicekik begitu.

Woi,kau ni dah kenapa?! Kau nak bunuh dia ke?!” marah Haykal kepada Haydar. Haydar seakan baru tersedar. Apa yang dia dah buat tadi? Dia memandang Emma yang sudah menangis itu. “Aku,aku..aku tak sengaja” sungguh dia tak sengaja. Mungkin sebab dia terlalu marah yang buatkan dia jadi hilang kawalan macam itu.

“Tak sengaja kau cakap? Kau dah macam nak bunuh dia tahu tak?! Kalau betul pun dia ada buat salah kat kau takkan lah sampai nak cekik macam tu!” kata Haykal geram. Haydar tak tahu nak jawab apa. Diam sahaja. Mungkin masih terkejut kot.

Emma pantas sahaja bergerak ke dapur. Sungguh dia sedih sangat ketika itu. Sanggup Haydar buat begitu padanya sedangkan dia bukan sengaja pun. “Aku memang bodoh suka orang macam dia!” dan dia menangis sepuasnya di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience