BAB 6

Romance Completed 21704

Emma membasuh pinggan mankguk yang bertimbun di dalam singki itu. “Ish,ni dah berapa tahun tak basuh ini. takde bibik seminggu dua dah bertimbun macam ini pinggan dalam sink. kalau sebulan,mesti limpah punya pinggan mangkuk ini” bebel Emma sambil tangan ligat membasuh pnggan mangkuk itu.

Sedang asyik Emma membasuh pinggan, tiba-tiba dia merasakan macam ada sesuatu dibelakangnya. Hati berdebar bukan main. Mana lah tahu kot-kot rumah ini…ada sesuatu ke. otaknya sudah memikirkan yang bukan-bukan.

“Ya allah,kau lindungilah aku” Emma berdoa terkertar-ketar. “Wei,yang kau berdoa bagai ini apahal? Kena sampuk ke?” suara haydar itu lebih menambahkan debar di hati Emma.

“Alamak! Aku ingat hantu tadi, tapi mamat ini pulak yang muncul. Hish,apa dia nak ini..habis lah aku” bisiknya di dalam hati.

Bukan main rapat lagi kedudukan mereka berdua. Haydar hanya berdiri seinci sahaja di belakang Emma. Mahu tak berdebar si Emma itu. Haydar ini pun kenapa. Tiba-tiba sahaja muncul di belakang Emma. Dah cair kot dengan Emma ini. Entahlah.

“Er,encik Haydar nak apa ini?” Emma berani menyoal walaupun dada dah rasa macam nak pecah. Cool Emma cool.

“Aku lapar. Buatkan aku makanan. Aku nak siap dalam masa 20 minit” ujar Haydar memberi arahan. Gaya dah macam askar lah pulak. Ada cita-cita jadi askar kot Haydar ini.

“Ok..okay…nanti saya buatkan ya encik Haydar” balas Emma sementara tangan masih ligat membasuh pinggan. Tiba-tiba terasa tangan Haydar merayap di tepi badannya. Kena sampuk ke Haydar ini. di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa kuatnya jantung Emma mengepam.

Takut juga Emma kalau-kalau Haydar ini buat benda yang tidak baik kepadanya. Dia pun tahu Haydar masih lagi marahkannya kerana incident hari itu. “Err..encik Haydar nak buat apa ini?” terketar-ketar Emma menyoal. “Kau rasa aku nak buat apa?” Haydar pula menyoalnya. Dia sudah tersenyum di belakang. Kelakar pulak melihat perempuan itu gelabah bukan main. “Em..manalah saya tahu encik nak buat apa” Emma berani membalas.

Memang tidak selesalah hendak buat kerja kalau begini. Pinggan yang dibasuhnya entah cuci ke tidak. Tangan Haydar masih lagi merayap di tepi badannya lantas ting! Bunyi gelas bersentuhan itu mengejutkan Emma. “Fuhh..dia nak ambil gelas rupanya. Mati-mati aku ingat dia nak buat benda tak elok tadi. hish,aku ini suka fikir benda bukan-bukan” Emma mengucap lega di dalam hati.

“Haha..kau mesti ingat aku nak buat benda pelik kat kau kan?” dengan selamba Haydar menyoal. Sengaja mahu buat Emma malu. “Ish,mana ada. Saya memang dah agak pun encik Haydar nak ambil gelas itu. Lagipun takkan lah encik Haydar berani nak buat benda tak elok kat saya kan” balas Emma sedaya upaya mengelak dari diketahui oleh Haydar apa yang difikirkannya tadi.

“kenapa? Kau ingat aku tak berani?” soal Haydar. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Emma. Perghh, dia buat hal lagi. Kali ini Emma dah tak mampu nak bergerak. Kalau dia pusing kepalanya ke kiri memang wajahnya akan bertembung dengan wajah Haydar. Tidak sanggup dia mahu menatap wajah lelaki itu yang memang boleh dikategorikan sebagai lelaki handsome.

“Err..tak..tak..saya tak maksudkan macam tu pun” balas Emma. “Habis itu?” Haydar menyoal lagi. Ahh! Emma sudah tidak tahu lagi mahu jawab apa pada lelaki itu. “Encik Haydar..saya tengah buat kerja ini. boleh tak encik jangan kacau saya” Emma berani juga menyuruh lelaki itu supaya tidak mengganggunya. Rimas betul dia.

“Hmm,okay…buat lah kerja kau itu. Jangan lupa masak untuk aku. Aku nak siap dalam berapa minit?” Haydar masih lagi mendekatkan wajahnya pada bahu Emma. “Err..30..eh,20 minit kan..” jawab Emma tersasul. “Good. Bagus betul lah bibik baru ini. senang aku nak handle” kata Haydar lalu bergerak ke peti sejuk untuk mengambil minuman.

Dalam hati Emma dah mengutuk macam-macam tentang Haydar itu. Selamba betul dia buat macam itu tadi. Baru sehari kerja sudah macam-macam Si Haydar ini buat hal. “Mamat ini selamba aje duduk dekat dengan aku macam itu. Dia ingat aku ini apa? Sesedap rasa main lentok atas bahu aku. ini semua saham tahu,hampeh betul” marah Emma perlahan. Takut pulak Haydar dengar apa yang dia bebelkan. Nanti tidak pasal-pasal lain pulak jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience