BAB 2

Romance Completed 21704

Haydar berlari termengah-mengah sambil membetulkan tali lehernya yang senget. “Alamak dah lambat ini. dah lah hari ini kena buat presentation. Mati aku kena sembur kaw-kaw punya dengan lecturer ini!” Haydar mengerling sekilas jam di tangan. Dia terpaksa berjalan 500 meter ke universitinya kerana kereta mewahnya itu buat hal pula.

“Ya Rabbi, nikmatnyalah minum air ni. lega sikit tekak aku. dah lah panas ini dapat minum air macam ni memang syok lah” dia menyedut sampai terpejam mata. Berangan buat iklan air pulak tengah-tengah jalan ini.

Sedang asyik dia menyedut minumannya itu,tiba-tiba…gedebukk! Dua orang manusia itu sudah tertiarap di atas jalan raya. “Aduhh! Sakitnya. Siapa lah yang buta sangat ini. tak nampak ke aku kat tengah jalan ini” Emma sudah membebel geram.

Haydar terkejut besar melihat bacunya cantik kena simbah dengan air minuman perempuan di depannya. Dia sudah tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Sudah lah dia lambat, lepas itu datang lagi satu bala di hadapannya sekarang. Malang betul nasibnya hari ini.

“Woi mangkuk! Kau tengok apa kau buat? Habis basah baju aku. eeii,aku dah lah lambat,jumpa pulak dengan makhluk yang mata letak kat lutut! Malang betul lah aku hari ini” Haydar sudah memarahi perempuan di depannya. Mulutnya lancar sahaja menuturkan kata-kata yang boleh dikatakan kurang sopan dan mencari pasal itu.

Emma terkejut apabila dimarahi oleh lelaki itu. Bukan dia yang melanggar lelaki itu tetapi dia pulak yang kena marah. Tapi bukan ke salahnya juga. Yalah,sampai terpejam mata itu apahal? Konon nak drama sangat. Haaa..sekarang ambil kau drama yang real punya Emma.

“Sorry lah. Saya bukan sengaja nak simbah awak dengan air itu. Lagipun awak yang langgar saya dulu. Jadi bukan salah saya sorang lah” Emma memberanikan diri untuk membela dirinya.

“Habis mata kau tu letak kat mana? lain kali jalan tu pakai mata. Kau ingat aku ada masa nak layan semua ini? aku dah lah lambat! Tambah lagi terlanggar kau pulak kat sini. Ikutkan hati nak je aku cekik kau ni. dah lah! Malas aku layan budak takde mata macam kau ini”

Haydar bergerak untuk meninggalkan tempat itu. Sempat lagi dia melanggar bahu Emma. Sengaja lah itu. Sakit juga hatinya berjumpa dengan perempuan itu. Habis basah dan melekit bajunya. Terpaksalah dia menjawab dengan lecturernya.

“Hah? what? Dia yang langgar aku dulu lepas tu cakap aku buta lepas tu siap langgar bahu aku lagi. Apa ini? ouh,this is too much! Aku dah minta maaf pun kat dia. Apa yang dia tak puas hati lagi. Bukan aku sengaja nak simbah dia. Ingat aku beli air tu mahal-mahal untuk simbah baju dia ke? huh,habis air aku..oh,mama…”
Emma sudah buat muka hendak menangis. Sepanjang perjalanan dia tidak habis-habis membebel tentang lelaki yang terlanggarnya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience