BAB 7

Romance Completed 20075

"Airin, malam ni saya makan kat luar tau."

Aku melabuhkan punggung ke atas sofa. Airin kusyuk menonton television.

"Rin, awak dengar tak ni?" soalku.

"Iye, saya dengarlah. Awak makan dengan siapa?"

"Em, dengan.. dengan.. Rayyan. Kawan satu jurusan dengan saya." Bohongku.

Kalau aku beritahu bahawa aku makan dengan Profesor Rayyan, pasti dia
akan menyangka yang bukan-bukan.

"Oh, okay. Tunggu apa lagi? Pergilah bersiap."

Aku bangun menuju ke bilik.

Malam itu aku mengenakan baju lengan panjang tebal bersama seluar jeans.
Shawl berwarna merah jambu muda selesai ku lilit ke kepala mengikut
keselesaanku. Simple!

'Agak-agaknya, dia boleh jumpa ke kaf mana rumah aku. Kalau dia tak ada
malam ni, maknanya dia tak mahir cari orang. Ha ha ha!'

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi hon di depan rumah.

Aku menyingkap sedikit tabir.

"Eh, dia ke tu?"

"Zaraaa.. Profesor Rayyan datang ni."

Aku membeliakkan mata.

"Gosh! Dia masuk ke?" aku segera menuruni tangga.

Kelihatan Airin sedang asyik bersembang bersama Rayyan di muka pintu.
Aku menghampiri mereka perlahan-lahan.

"Hah, dah siap pun." kata Rayyan.

Airin berpaling. "Lahh, apesal awak ni Zara? Prof ajak makan malam,
awak.punyalah simple macam ni. Tak menarik langsung." Tegur Airin.

"Ish, okaylah macam ni. Simple dan kemas. Makan malam je kan. Bukan nak
pergi wedding party pun."

Rayyan tergelak.

"Takpe. Saya tak kesah pun. Saya ajak kawan awak sebab nak minta maaf.
Apa-apa pun, kitorang gerak dulu ye."

Rayyan menuju ke kereta.

Aku memandang Airin.

Aku faham sekali dengan cara dia memandangku.

"Dah, pergilah. Balik nanti jangan lupa cerita tau. Take care. Pesan kat
Prof, saya suruh dia jaga kawan saya ni baik-baik." Airin sempat
mrngenyitkan mata.

Aku tersenyum kelat.

'Fikir yang bukan-bukanlah tu.' desis hatiku.

******

Sesampai di hadapan pintu, aku menguak pintu perlahan-lahan. Lampu ruang
tamu masih terpasang.
Aku melangkah masuk menuju ke tingkat atas.

"Dah balik ke cik Zara?" tegur Airin memberhentikan langkahku.

"Ish, awak ni Airin. Buat terkejut je tau. Ni kenapa belum tidur lagi
ni?" Soalku menghampirinya yang sedang duduk di atas sofa.

"Saya tunggu awaklah. Takut jadi apa-apa kat awak kan."

"Amboi, sayang juga awak kat saya ye."
Aku duduk di sebelah Airin.

"Kalau saya tak sayang, taklah saya tunggu ni. Hah, apa dia?"

Airin memalingkan tubuhnya menghadapku.

"What?" Soalku buat-buat tidak faham.

"Ishh, buat-buat tak tahu pula. Pasal koranglah? Macam mana boleh?"

"Hmm. Macam mana boleh? Entah." aku mengenjutkan kedua-dua bahuku.

"Alaaa, cakaplah Zara. Apa hubungan korang? Memang dah lama kenal ke?"
"Hmmm. Kitorang takde apa-apa hubungan pun Airin. Ni kebetulan je."
"Kebetulan? Prof sendiri ambil awak sebab nak ajak makan. And dia ajak
makan sebagai tanda maaf
Tu ke kebetulan? Hai, Zara. Takkan dengan sahabat sendiri pun nak
berahsia."

"Alaa, esok saya ceritakan ek? Saya nak masuk tidurlah. Dah lewat dah
ni. Awak tu. Jangan nak berjaga. Saya naik atas dulu. Bye."

"Yelah. Selamat malam Zaraaa."

Aku menghempas tubuhku ke katil.

Bip! Baru sahaja mataku terlelap, tiba-tiba telefon bimbitku bergetar.

"Sweet dream. Jumpa esok." -Prof Rayyan.

Aku segera meletakkan di tepi bantal. Lampu tidurku matikan. Lelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience