BAB 6

Romance Completed 20075

Tik tik tik.. jam loceng di tepi katilku sentiasa berdetik menjalankan
peranannya.

Aku bangun. Menggosok-gosok mataku yang masih separuh terbuka. Rambutku
yang terurai ku ikat ke belakang.

Aku memetik suis lampu tidur di atas meja. Sesekali aku menutup mulutku
yang sedang menguap beberapa kali.

"Hmm. Dah masuk waktu."

Aku mencapai tuala mandi.

Selesai membersihkan diri, mengerjakan solat Subuh dan mengemas katil,
aku menguak pintu bilik.

"Emmmm, sedapnya bau. Eh, mana awak dapat semua ni Airin?" Soalku.

Bau dua pinggan nasi ayam yang terhidang di atas meja makan membuka
seleraku untuk bersantapan pagi itu.

Airin tersenyum.

"Saya belilah, Zara. Kat restoran bawah tu. Saya memang selalu dengar
nasi ayam kat restoran tu memang sedap. Jomlah duduk. Kita rasa dulu.
Kalau betul sedap, bolehlah beli lagi.lepas ni." kata Airina.

"Wah wahhh. Bestnya macam ni. Ni awak belanja ke?"

"Yes dear. Saya belanjalah ni. Sukalah tu."

Aku tersengih.

Kami kusyuk menikmati nasi ayam. Sungguh sedap. Kuahnya yang pekat-pekat
sos tiram menambah lagi perasanya.

******

"Airin, hari ni saya lewat sikit balik tau."

Aku dan Airin berjalan beriringan menuju ke kampus.

"Apesal? Awak ada kelas petang hari ni?" Soal Airin.

"Taklah. Petang ni saya nak pegi library. Nak cari rujukan kat sana."

"Oh, orait. Saya dah lambat ni, Zara. Saya pergi kelas dulu ye. Kita
jumpa kat rumah nanti. Bye!"

Airin berlari-lari anak meninggalkanku.

Aku bercadang untuk lepak di /cafe/ kerana pagi itu kelasku bermula
lewat pukul 9.

*******
"Akak, bagi Cappucino panas satu." aku memesan minuman di kaunter
memesan minuman dan makanan.

Aku menarik kerusi. Biarpun masih awal pagi lagi, cafe itu sudah pun
dipenuhi dengan ramai pelajar. Cafe yang besar inilah menjadi port untuk
bersarapan bagi pelajar-pelajar di Universiti itu.

Aku duduk berseorangan melayan aplikasi Wechat sementara menunggu
minuman yang aku pesan sebentar tadi sampai. Sesekali aku melihat jam di
tangan kiri ku.

"Assalamualaikum."

Kedengaran suara seorang jejaka menegurku

Aku mengangkat kepala.
Terpana seketika.

Seorang lelaki yang segak berpakaian kemeja biru muda dengan memakai
cermin mata berdiri di hadapanku. Di tangan kirinya terdapat jam tangan.
Di lehernya tergantung tali leher berwarna biru tua, amat sepadan dengan
warna kemejanya. Rambutnya tersikat kemas. Wajahnya putih bersih. Tak
terlalu kurus, tak juga gemuk. Di bibirnya terpamer senyuman yang mampu
mencairkan ramai wanita. Caranya memandang ke arahku, sangat /cool/!
Perfect!

"Assalamualaikum." lelaki itu mengulang balik salamnya.

Aku mengelip mata beberapa kali.
"Ehm.. wa'alaikumussalam." jawabku.
Aku perasan akan banyak mata yang memandang. Tidak kurang juga
pelajar-pelajar perempuan yang berbisik-bisik.

Aku cuba mengecam wajah lelaki itu. Namun aku tak dapat mengecam
sepenuhnya kerana cermin matanya yang agak menjejaskan pengecamanku.

"Boleh saya duduk?"

Aku seolah-olah tak percaya. 'OMG! What? Dia nak duduk kat sini?'

"Hello? hello?" lelaki itu melambai-lambai ke wajahku.

"Eh, err, ya ya. Please sit." aku membenarkannya duduk semeja denganku.
Dia lantas menarik kerusi tanpa berlengah lagi.

Aku masih memandang kepadanya. Bukan pandangan kerana terpegun, tetapi
kali ini, pandangan hairan.

Bibirnya mengukir senyuman.

"Awak tak ada kelas pagi ni?" soalnya.

"Huh? Kelas? Ada tapi.. kejap lagi.."

Beberapa saat, seorang pelayan perempuan datang meletakkan secawan
Capucino panas.

"Awak ni siapa? Student baru ke? Tak pernah pun nampak sebelum ni?" Aku
menguraikan persoalan yang asyik bermain di fikiran.

Lelaki itu tersengih.

"Yup. Saya new student. Baru masuk hari ni. Tadi saya tanya dekat sorang
student tu dekat mana kelas saya. Diorang tunjuk awak. Sebab tulah saya
datang ni. Ingat nak masuk kelas dengan awak. Boleh kan?" jelasnya.

Aku mengangkat kening.

"Ohh. Mestilah boleh. Why not?" aku memberikannya senyuman yang paling
manis.

"Nama awak?" sambungku.

"Rayyan."

******
Aku memimpin Rayyan menuju ke kelas.

Keadaan di dalam kelas yang bising itu sudah pun kedengaran dari luar.

Aku melangkah masuk diikuti Rayyan.

"Guys! Senyap kejap."

Semua mata memandang tepat ke arah Rayyan. Mereka bergegas mendapatkan
tempat duduk masing-masing.

Aku mengukir sebaris senyuman.

'Hmm. Reti juga diorang nak ikut arahan aku.' Bisik hatinya.

Aku berdiri di hadapan kelas sementara Rayyan hanya berdiri di
belakangku. Rayyan kelihatan pemalu. Mungkin kerana belum biasa dengan
keadaan sebagai pelajar baru di Universiti itu.

"Guysss, kita ada student baru kat dalam kelas ni. Saya kenalkan, nama
dia,..."

"Err, takpe takpe. Awak pergi dapatkan tempat duduk awak ye." Bisik Rayyan.

"Huh??"

Perwatakan Rayyan tiba-tiba berubah seperti seorang guru yang
mengarahkan pelajarnya untuk duduk.

Tanpa berlengah, aku terus mendapatkan tempat dudukku. Sepanjang itu
juga, rakan-rakan sekelasku yang lain langsung tidak bersuara. Perhatian
mereka lebih tertumpu kepada seorang lelaki segak di hadapan lebih-lebih
lagi pelajar perempuan.

"Baik. Apa-apa pun, terima kasih, Cik Zara." Rayyan memandang ke arahku.

'Eh??? Dia tau nama aku? Satu demi satu benda pelik datang.' Desisku.

"Sila tenangkan diri, duduk dalam keadaan selesa dan tegak sebelum kita
mulakan pembelajaran. Sebelum tu, biar saya perkenalkan diri. Awak semua
boleh panggil saya Prof. Rayyan. Okay? Ada apa-apa masalah?"
"Tak ada Prof." sebulat suara menjawab.

Aku tunduk. Malu. Rupa-rupanya, lelaki yang mengaku dirinya pelajar baru
itu sebenarnya pensyarah yang akan mengajar di kelasku pagi ini.

Aku memandang ke hadapan. Satu pun tidak masuk ke minda tentang apa yang
PROFESOR Rayyan ajarkan.

'Kenapa dia tipu aku?' aku merasa sebal. Geram.

"Cik Zara? Ada pertanyaan? Saya tengok awak langsung tak fokus." tegur
Rayyan.

Aku baru tersedar. Kerana menahan rasa geram, aku segera bangun menuju
ke pintu kelas.

"Class, kita stop kat sini ye." Rayyan turut melangkah keluar mendapatkanku.

Semakin dia mengejarku, semakin pantas aku membuka langkah.

"Zara! Zara! Tunggu kejap."

Aku berhenti tanpa berpaling. Bunyi tapak kasut Rayyan semakin menghampiri.

"Huhh. Lajunya awak jalan. Awak ni atlet ke?" kata Rayyan.

Aku lalu berpaling menghadapnya.

"Yup, saya atlet. Atleast, saya bukanlah penipu." jawabku sengaja menyindir.

"Saya minta maaf. Saya tau salah saya. Please, forgive me?"

Aku diam. Masih menahan geram.

"Okay, apa kata saya ajak awak makan malam kat luar malam ni. Sebagai
tanda maaf dari saya?" Rayyan memandang tajam ke dalam mataku. Aku
melarikan pandangan. Tak biasa bertentang mata dengan lelaki bukan muhrim.

"No need. Saya ada hal malam ni."

"Come on, Cik Zara. Saya janji, lepas makan je saya akan hantar awak
pulang. Boleh ye?"

"Hmmm. Yelah." jawabku kasar.

"Dekat mana saya boleh ambil awak?" soal Rayyan.

"Tadi awak tanya kelas, orang tunjuk saya. Lepas ni, cuba dapatkan info
dari orang lain lagi. Okaylah. Saya nak pergi ke tempat lain. Ada hal
sikit."

Aku segera meninggalkan Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience