BAB 14

Romance Completed 20075

Dua hari telah berlalu. Aku menjejakkan kaki melangkah masuk ke dalam
rumah agamku.

Kehadiranku disambut senyuman seorang pembantu rumah berpakaian seragam
di depan pintu yang sudah pun berkhidmat bersama keluargaku selama 8 tahun.

"Bibik, mama ada tak?" Soalku.

"Ada cik. Dalam bilik Tengku." Jawab pembantu rumah itu dengan sopannya.

Aku mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Sebelum aku menaiki tangga,
aku sudah dapat terhidu bau sesuatu yang menyedapkan. Aku lantas
mengatur langkah menuju ke ruang dapur.

Kelihatan Makcik Lia sedang mengeluarkan sebiji kek daripada oven.
Melihat saja kehadiranku, Makcik Lia kelihatan teruja.

Aku lantas menghampirinya.

"Makcik Lia buat kek apa tu?" soalku.

"Makcik buat kek coklat fresh cream. Tengku yang suruh makcik buat. Ni
kan kek kegemaran kamu." jawab Makcik Lia.

"Terima kasihlah makcik. Susah-susah aje. Tak sabarlah nak rasa. Nanti
dah siap panggil Zara tau kat atas. Ni Zara nak jenguk mama dulu kat
bilik."

"Baiklah." Makcik Lia mengangguk.

Aku menguak daun pintu bilik mama dengan perlahan. Mama kelihatan sedang
membelek-belek album lama. Aku datang menghampiri.

"Assalamualaikum mama.." Mama lantas berpaling.

"Eh, waalaikumussalam. Anak mama dah balik.. mari sini peluk mama."

Aku segera datang kepada mama lalu merangkul tubuh mama bagi melepaskan
rindu. Setelah menyalam tangan mama, aku sempat mencium kedua-dua pipi
mama.

"Mama tengok gambar siapa tu?" soalku melabuhkan punggung ke atas tilam
di sebelah mama.

"Ni mama tengok gambar kita sekeluarga masa dulu-dulu. Tak sangka kan.
Dah besar dah anak perempuan mama ni. Dah boleh jadi isteri orang." usik
mama.

"Nak jadi isteri orang macam mana ma? Belum cukup lagi ni."

"Tak cukup apa sayang? Anak mama ni dah la cantik.."

"Hmmm.. zara tak pandai masak. Tak pandai kemas rumah. Nanti belum
sehari, suami dah lari."

"Uishhh.. nauzubillah.. zara ni.. tak baik cakap macam tu. Takpe, mama
boleh ajar. Makcik Lia boleh ajarkan. Tak pun, Zara masuk kelas memasak,
kursus jadi isteri. Nak tak?"

Aku tersengih.

"Mama... mama betul-betul nak Zara kahwin cepat ke ni? Beria-ia sangat
nampak nak suruh Zara masuk kursus tu semua."

"Mestilah sayang.. tengok tangan mama ni dah berkedut-kedut."

Mama menunjukkan tangannya.

"Kita ni makin meningkat umur makin tua. Mama nak sangat tengok anak
mama ni naik atas pelamin. Nak tengok kena sarungkan cincin. Nak tengok
bahagia dengan lelaki yang anak mama ni suka.. mama nak juga rasa
bermenantu, bercucu macam kawan-kawan mama yang lain."

"Ala, kalau belum ada jodoh nak buat macam mana ma.. sabarlah ma. Kalau
dah perancangan Allah, Zara kahwin awal. Adalah tu.."

"Nak mama carikan calon tak? Kawan mama yang sorang tu pun ada anak dia
yang masih bujang. Orangnya pun okay mama tengok. Nak tak kalau mama
kenalkan Zara dengan diorang?" aku membeliakkan mata.

"Eh, taknaklah ma. Taknak.. hmm. Seganlah macam ni.."

"Nak segan apa pula? Apa kata, kita set masa. Nanti mama call kawan
mama. Kita jemput makan malam. Haa, bolehlah Zara berkenal-kenalan
dengan diorang. Kalau masing-masing dah rasa serasi, jangan tunggu
lama-lama lagi. Kan?"

'Alahai... patut ke aku bagitau sekarang ni yang aku dah ada calon ye?'
Desis hatiku.

Tiba-tiba pintu dikuak setelah diketuk.

"Tengku, cik, kek dah siap. Silalah rasa." kata Makcik Lia sambil
tersenyum.

"Wahh.. jom mama.."

*******

Selesai menunaikan solat Isyak, aku dan mama duduk di meja makan
menghadap makanan yang terhidang. Kami menunggu kepulangan papa kerana
papa beritahu bahawa dia akan makan malam bersama pada malam itu.

"Assalamualaikum isteri dan anak papa.." Suara papa kedengaran di muka
pintu.

Aku lantas bangun mencapai beg dan baju kot di tangan papa.

"Papa, papa duduklah dulu. Kita makan malam sama-sama ye pa." arahku lembut.

"Thank you sayang. Letak je atas katil. Kita makan lekas." Kata papa
tenang sebelum menarik kerusi.

Aku segera berjalan ke bilik mama dan papa. Beg dan baju kot papa ku
letakkan di atas katil lalu melangkah turun ke ruang makan.

"Papa, papa penat ya. Macam mana kerja papa?" Soalku.

"So far, semuanya okay. takdelah masalah setakat ni. Zara bila sampai?"
"Pagi tadi pa. Zara cuti sebulan. Jadi, bolehlah Zara puas-puas
manja-manja dengan mama papa sebulan ni." Aku tergelak kecil.

Mama dan papa tersenyum.

"Yelah. Nanti orang tu dah kahwin, manja-manja dengan suami dia pula
kan." sampuk mama.

"Huh? Siapa yang nak kahwin ma? Makcik Lia ke?" Soalku buat-buat tidak
faham.

"Orang kata dia, Makcik Lia pula."

Aku tersengih.

"Kalau dengan suami, Zara taknaklah manja-manja. Kena tegas. Tak boleh
bagi muka sangat. Nanti Zara mena buli aje." kataku.

Papa tergelak mendengar.

"Ha, kalau suami Zara nanti buli anak papa ni, bagitau kat papa. Biar
papa ajar dia cukup-cukup." Papa berpura-pura menarik lengan bajunya.

"He he he.. macam tulah.. papa kenalah lindungi anak papa ni. Papa tak
kesian je dengan anak papa ni kalau kena buli."

"Mestilah sayang. Papa takkan biar sesiapa yang sakitkan hati anak papa
ni." Aku tersenyum riang. Jus oren ku teguk bagi membasahi tekak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience